Wednesday, March 10, 2010

Checkup Izz 1 Tahun

8 Mac, awal2 pagi aku dah ke klinik (Farizal yang hantar). 10min pas amik nombor, nurse panggil bagitahu yang checkup Izz adalah pada 9 Mac jam 2 petang. What the.... Erm taktaulah macam mana aku boleh tersilap tengok tarikh. Dahla Farizal dah booking awal2 untuk half day. Kautim2 dengan nurse pun tak dapat checkup terus, kena jugak tunggu esok. Ok takpelah. Esok petang je aku turun klinik lagi. *Punyela rajin ulang alik klinik.

9 Mac, jam 2.30 petang aku sampai ke klinik (adik aku Meer yang hantar). Farizal kena kerja seperti biasa. No more half day. Izz seronok sangat sebab Meer hantar naik motor. Vroom.. vroom.. Pukul 3 petang baru nombor aku dipanggil. Timbang berat dan ukur panjang Izz. Result: Berat 8.9kg (naik 800 gram dalam masa 3bln) dan panjang 76cm (naik 4cm). Nurse siap cakap "Panjangnye...". Erm, panjang ke? Aku rasa Izz cam rendang je :) Tunggu lagi sampai 3.30 petang baru dapat masuk jumpa nurse. Lama gilak! Izz dari buas tak reti dok diam (siap goncang2 kusi) terus tertido menunggu. Nasib baik aku tak tertido. Pas jumpa nurse tunggu lagi untuk injection MMR. Kul 4 baru panggil no and cucuk. Alhamdulillah Izz tak menangis. (Nasib baik, lega hati aku). Nurse bekalkan ubat demam kalau2 demam. Tak demam, tak payah bagi. So far sehingga pagi tadi (sebelum g keje) Izz tak demamlah. Harap2 biorle tak demam langsung. InsyaAllah...

Next checkup 28 Sept nanti pada usia Izz 1 tahun 6 bulan. Lepas raya tu. Kebetulan masa tu Izz dh ada adik (insyaAllah). Mesti aku bertambah busy dengan checkup Izz dan checkup adik Izz. Apepun moga anak2 ku sentiasa sihat, cergas dan aktif selalu.

Checkup Izz di HKL pada bulan Julai nanti. Tak tahu siapa yang akan temankan Farizal bawa Izz ke klinik. Kemungkinan aku masih dalam pantang waktu tu. Ehm...

3 comments:

jackapron said...

apsal gamba izz sampai 6 bln aje!

Nur Irfan Juezrie said...

erm..hopefully sumenya selamat.. insyaAllah.. best la izz nk dpt adik.. hehe

Mak Izz said...

jack - takde masa nk update gmbr.

jue - insyaAllah, tengkiu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!