Thursday, August 6, 2009

Yes Berjaya!!!

Baru je semalam aku dok cerita pasal Izz baru2 belajar meniarap kan. Btw malam tadi dia telah menunjukkan kemajuan yang tidak disangka2. Balik kerja petang semalam, Acik bagitau aku yang Izz dah pandai meniarap sendiri. 2 kali dia tengok Izz tunjuk skill. Wah.. betul ke? Selagi tak tengok dengan mata kepala sendiri, aku masih belum puas hati.

Sekali malam tadi dalam pukul 10 macam tu, Izz mula menunjukkan skill. Waaa.... betul lah! Dia dah boleh meniarap sendiri tanpa bantuan. Tangan dia dah tak tersepit bawah dada lagi dah. Wah... Izz berjaya! Alhamdulillah... Bila dah pandai meniarap sendiri ni, dia obses nak gerakkan badan dia ke depan. Amboi... over anak mak ni. Baru boleh meniarap dah kalut2 nak belajar menyusur pulak. Izz belum berjaya lagi ke depan atau ke belakang tapi dia dah boleh kalihkan kedudukan dia ikut arah jam. Abis semua tenaga dari otot2 kencang dia tu digunakan sepenuhnya. Ehm harap2 pasni Izz semakin rajin berlatih dan terus berlatih (macam nak masuk sukan Olimpik la pulak).



Izz: Iey mak ni.. kecoh2 je Izz dah boleh meniarap. Malu la Izz. Babab kang!

Mak: Hehehe...

4 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wow.. sekalung tahniah buat izz.. nti leh lawan meniarap dgn irfan ye?

Mak Izz said...

maceh... bukan kata lawan meniarap, lawan gusti pun boleh. hehe!

Nur Irfan Juezrie said...

heheh.. jom!! tgk sapa yg menang..

Puteri Satu said...

akak dulu masa aqilah baru pandai niarap... ya allah... punyalah bersorak... saat itu adalah satu moment yang sangat sweet untuk dikenang.. akak siap record lagi... sekarang klu tengok video tu..alahai...so cute.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!