Usai Rejab dan Syaaban, kini Ramadhan menjelma lagi. Ramadhan.. bulan 1000 keberkatan, bulan 1000 ganjaran. Bersama2 kita tingkatkan amalan, sempurnakan yang wajib dan lipat gandakan yang sunat. Moga kita semua sama2 beroleh manfaat. InsyaAllah...
Esok hari ketiga kita berpuasa. Sejak pagi Jumaat hp aku tak henti2 berbunyi. Terima msg dari kawan2 yang ucap Selamat Berpuasa. Zaman sekarang ni macam2 jenis ucapan yang sampai ye. Ada yang straight to the point dan ada yang bermadah2.
Cth straight to the point seperti "Selamat Berpuasa dari kami sekeluarga" dan "Salam Ramadhan al-Mubarak, selamat berpuasa".
Mana yang puitis, ucapan lebih dalam bentuk madah beritma dan mana yang kreatif, siap berpantun2 lagi. *Tapi msg puitis dan msg berpantun2 ni selalunya fwd msg dari orang2 lain kan? Tak kisahlah, yang penting maksudnya sama. Ada juga ucapan dalam bentuk nasihat & doa. Yang ini memang bagus!
Kat sini aku nak coret sket msg2 yang aku terima dari kawan2. Macam2 jenis! Jom kongsi.
Pertama:
Perkataan yang cantik ALLAH. Lagu yang merdu AZAN. Novel yang menarik AL-QURAN. Senaman yang baik SOLAT dan DIET yang mujarab PUASA. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa!
Kedua:
Berakhir sudah tirai Syaaban, kini tiba lambaian Ramadhan, luhur iman ikhlas amalan, luhur ibadat diberkati Tuhan.. Mohon ampun untuk segala kesilapan.. Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Ketiga:
Semoga Ramadhan ini menemukan kita dengan erti sebenar ikhlas & sabar. Perbanyakkan istighfar dan ibadah. Selamat berpuasa dan maafkanlah segala kesilapan saya.
Keempat:
1 hari lagi NAFAS ini menjadi TASBIH, 1 hari lagi TIDUR ini menjadi IBADAH, 1 hari lagi PAHALA ini di LIPAT GANDAKAN, tapi.. itu semua tak akan terjadi tanpa MAAF tulus darimu... mohon maaf atas kata2 yang terlanjur & semua sikap yang menyakitkan.. jika seumur HIDUP adalah DOSA, maka TAUBAT ubatnya, jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah PEMUTIHnya. Selamat berpuasa..
Kelima:
YA ALLAH, ku doakan di Ramadhan ini, muliakan & sayangi saudaraku ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati & murahkan rezekinya, teguhkan keimanannya. Berikan nikmat beribadah, jauhkan dari fitnah & musibah. Suburkan KEISLAMAN dengan rasa kasih sayang, Amin... SELAMAT BERPUASA.
Keenam:
Syaaban pergi tidak terasa, ingatan murni pada yang ada, bersihkan jiwa sabar berpuasa, Ramadhan membawa pahala berganda. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. ~pengemis cinta Illahi, perindu syahid abadi~
Ketujuh:
Jika hati sejernih air, jangan biar ia keruh. Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan iman. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga semua amalan kita mendapat keberkatan Allah s.w.t.
Kelapan:
Eh sampai kelapan ke.. takyahla cam dah banyak sangat je nih. Cukup2lah madah berhelah kat atas tu je ye.
Macam2 pesen kan msg ucapan zaman sekarang. Itu baru ucapan selamat berpuasa. Dekat2 nak raya nanti hambek ko.. dengan segala lemang rendang, ketupat palas, kuih almond london sume kuar ye. Nak bagi ucapan lebih bombastik, susunla macam2 kata dan madah pujangga. Tak kisahla apa2 pun kan, yang penting mesej sampai dengan selamat & membawa maksud yang baik. Hehe..
Untuk kawan2 yang menghantar msg ucapan selamat berpuasa kepada aku, aku ucapkan berbanyak terima kasih ye. Aku nak buat pengakuan di sini yang aku memang tak reply msg ucapan2 korang (sorang pun aku tak balas). Bukan aku tak mahu balas dalam erti kata nak menyombong ke haper tapi... aku sebenarnya.. tak mampu nak balas. Kredit hp aku telah kehabisan. Heheh!
So di sini, aku nak amik kesempatan untuk reply msg kawan2 (di mana aku sangat menghargai ucapan itu, tanda korang masih mengingati aku walaupun kita berjauhan) dan aku tujukan juga ucapan ini kepada semua kawan2 yang mengenali diri aku dari dulu, kini dan selamanya;
"Selamat berpuasa semua! Sama2 menambah pahala di bulan yang mulia ini. Moga Ramadhan kali ini membawa seribu pengertian untuk kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mohon maaf atas segala kesalahan kata ataupun laku. Take care"
Selamat berpuasa & jangan ponteng puasa!
*Msg ucapan di atas cuma dalam bentuk teks ye. Bentuk bergambar atau bentuk2 lain yang lebih up to date tak termasuk. Sekian, terima kasih.
4 comments:
Tak lama lagi nak Raya . Lagiklah meriah !.. kann..kann..
U dpt msg nih ker u cilok!
selamat berpuasa jugak dari akak yang jauh....ahaks...
selamat berpuasa
Post a Comment