Tuesday, August 18, 2009

Suspens!

Tengahari tadi abah call. Bagitau baru pas jumpa doktor kat klinik. Selsema! Baru2 ni abah demam 2 hari. Tapi dah baik. Tadi doc check macam ada demam sket and selsema, so doc soh refer hospital.

Huh, aku suspens!

Abah tanya pendapat. Aku cakap better la g hospital check. Risau sangat nih. Virus H1N1 tengah menggila. Mana tahu entah2 dah tiba giliran kami (harap2 takla). Abah decide nak check kat Assunta je sebab dekat dengan ofis. Lagipun belum confirm lagi betul2 dah kena atau belum.

Aku tunggu dengan debaran. Tak putus2 doa kat Allah pohon segalanya baik.

Pukul 3 abah msg bagitau doc dah amik sampel darah. So tunggu result. Maybe dalam setengah jam lagi dapat result.

Still suspens!

3.30 aku call abah, abah cakap belom dapat result lagi. Ya Allah, ko lindungilah ahli keluargaku.

4.10 abah msg "dah dapat result". Mencanak aku call abah, "alhamdulillah, takde pape. Just demam & selsema biasa"

ALHAMDULILLAHHHHHHHHH... risau sungguh tadi. Terima kasih Ya Allah!!! Selamatkanlah kami dari wabak ini Ya Allah. AMIN...

*Walaupun dah lega tapi aku masih suspens. Sebab kita tak tahu situasi pada masa2 mendatang. Selamatkah kita? Harus ambil langkah drastik ni.

4 comments:

Puteri Satu said...

akak betul2 suspen... alhamdulillah tak de apa2...

fahmijaes said...

muga sihat2 selalu

dieya said...

Alhamdulillah...moga kte dilindungi...Kat ofis nad pon ade yg dh kena ni..takutnyaaaa...

Mak Izz said...

alhamdulillah.. moga kita & keluarga semua dilindungi dan dijauhkan dari sebarang penyakit mahupun musibah. jaga kesihatan baik2 ye sume...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!