Wednesday, August 19, 2009

Perbualan Suami & Isteri

Masa : 6 petang
Lokasi : Di dalam kereta


Isteri baru pulang dari kerja. Suami datang menjemput di stesen lrt. Suami tidak sihat, baru pulang dari hospital.

Perbualan bermula.

Isteri : Eh abang, kenapa tak pakai mask ni. Pakai2. Abang tu dahla tak sihat. Bahaya sekarang ni tak pakai mask. Boleh berjangkit kat orang lain nanti.

Suami : Awak jelah yang pakai.

Isteri : Eh apa pulak saya. Abang la.

Suami : Kalau takut berjangkit, baik awak pakai.

Isteri : La kenapa pulak saya yang nak kena pakai mask. Abang lah yang pakai sebab abang yang sakit. Orang sihat pulak nak kena pakai. Dahla pakai mask tu panas, rimas, meruap, blablablabla (bebelan seorang isteri)

Suami : Tak nak berjangkit baik awak pakai. Abang taknak.

Isteri : Yelahhhhh... (Malas nak bertekak dengan suami dan takut berjangkit si isteri terus amik mask yang baru dibuka dan pakai semula) *sebelum tu si isteri memang dah pakai mask sepanjang perjalanan pulang dari tempat kerja.

Pukul 7 malam kedua2 suami isteri ni pun tiba di rumah. Anak dan adik sudah menunggu di rumah.

Isteri : Ar bang, cepatla pakai mask. Nanti jangkit pulak kat anak nanti. Kita sakit takpe, kalo budak2 yang kena. Kesian kat dorang blablablabla (bebelan seorang isteri)

Suami : Koranglah yang pakai. Abang taknak.

Isteri : Wah... ini sudah lawan tokei. Dia sorang sakit, abis 1 rumah kena pakai mask pulak. Yang sakit tak mahu pakai (isteri mengomel dalam hati)

Isteri : Abang... pakailah mask ni. Tak kesian ke tengok anak. Kalau dia sakit macam mana????

Suami : (Hanya tersenyum macam kerang busuk. Tiada reaksi)

Isteri : Ok2lah. (Terus amik mask try sarungkan kat anak yang baru berusia 5 bln. Aisey.. besar pulak mask ni. Tak muat lah)

Anak : Isk isk.. apa ni? Rimaslah. Tak bestlah mak. Apa nih??? Isk isk.. (sambil tangan yang comel dok tarik2 mask tu) <- dialog adalah imaginasi si ibu

Isteri : Huhu.. kesian anak mak. Kesian kat kita semua. Ok fine! Sume tak payah pakai mask! (sambil berdoa mohon Allah jauhkan penyakit dari kita semua)

Sekian.

6 comments:

Anonymous said...

cite nih ade kene mengene ngan u kan?

fahmijaes said...

kesimpulan: jgn mengharapkan doa tanpa berusaha

ena said...

bagus uji, bagus..same2 promosikan pemakaian mask ni, ramai yang ambik ringan bende ni, padahal bahaye kan...

Diarihatiku1976 said...

kesimpulannya uji.. sendiri kena jaga kesihatan diri sendiri....

Puteri Satu said...

gelak tak tahan tul baca entry ni...

Anak umur 5 bulan : Hish apa la yang mak ngan bapak aku bising2 ni... pasal mask pun nak bising... wekekekek...

Chenta said...

salam...

ala..., awak cakap ngan hubby, pakailah mask, baru nampak macho !

ekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!