Sabtu lepas aku sempat ke Malaysia International Commodity Conference & Showcase 2009 (MICCOS) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Aku pun taktau ada program resaksa ni, Farizal yang beria2 ajak aku ke sana. Nak tengok anak2 pokok katanya. Mak pun beria2 nak pergi. Dorang bajet MICCOS ni macam MAHA. Kami gerak dari rumah pukul 3.30 petang, sampai setengah jam berikutnya. Orang dah tak berapa ramai. Okla kan, tak payah berasak2. Kami parking kereta jauh tapi ada bas shuttle yang dah sedia menunggu. Comel sangat bas shuttle ni tau. Sampai 1st station transit naik bas shuttle yang ke dua then baru gerak sampai ke pintu masuk dewan. Sekali dah sampai sana (jengah semua dewan) tak jumpa pun sebatang anak pokok. Ekekek.. MICCOS ni lebih kepada pameran komoditi (berasaskan perkayuan). Kesian Farizal dan mak.
Shuttle bus yang cute. Takde pintu & tingkap. Berangin sangat tau naik bas ni. Best!!!... (aku memang suka open air ni)
Muka enjoy naik bas. Izz pelik2 je tengok kiri kanan. Opah Izz pun hepi gak. Enjoy!!!
Muka tak sabar2 nak jenguk anak pokok. Tapi nan ado, kesian...
Tapi apa pun, sebab kaki dah melangkah & dah sampai pun ke tempat yang dituju. Maka haruslah jalan2 kan tengok booth2 yang ada di sana. Dewan A, Dewan B, Dewan C & Dewan D memang penuh dengan macam2 program. Ada booth jualan, ada conference, ada pameran dan macam2 lagilah. Kat luar (di tengah2 kawasan lapang di luar keempat2 dewan) ada pentas & artis buat persembahan. Tapi aku rasa itu bukan artis lah. Mungkin MICCOS jemput mana2 kumpulan nyanyian untuk buat persembahan. Aku takdelah teleku tunggu depan pentas tu tengok show. Cuma bila kuar & masuk dewan tu dengorla mereka2 perasan artis ni menyanyi. Fuh, suara tak sedap langsung. Ada sumbang2 sket. Wat pekak telinga je. Nasib baik bila dah masuk dalam dewan tak dengar dah suara2 sumbang itew. Izz pun tak suka bila suasana bising & hingar bingar.
Aku puji MICCOS ni sebab di setiap pintu masuk dewan ada gerai minuman koko brand apa tah. Yang penting rasanya sedap dan sejuk. Bila dah letih dan rasa dahaga tak perlu melilau cari air mineral or cari mana2 gerai minuman sebab gerai koko ini dah tersedia dengan percumanya. Percuma je ok.
Jom tengok gambar kami jalan2 di sekitar kawasan pameran di Dewan A.
Pergola, kabinet dan perabot berasaskan kayu di hutan hujan tropika Malaysia.
Hasil getah asli. Sangat kenyal dan tidak membahayakan kanak2 tau. Izz belum pandai duduk lagi, so dia tak enjoy pun. Mak Izz je yang lebih2 paksa Izz duduk atas kuda getah tu. Hehe...
Pas kuar dari Dewan A kami jengah Dewan D. Dewan B & C just jenguk gitu je dari luar. Malas nak masuk, tak larat sangat dah. Sebelum balik, minum2 dulu di foodcourt. Mak makan laksa, Farizal makan burger, aku makan waffle je. Air pun cuma beli 1 then kongsi2. Hehe.. Pukul 6 kami gerak ke tempat parking kereta (naik bus shuttle lagi, i likeeee). Apa yang kami shopping sempena MICCOS kali ini? Farizal beli produk Permata Hijrah (cuba nak elokkan mata dia yang dah bertahun rabun, hehe) dan aku beli seluar raya Izz (slack khakis) yang berharga RM10. Aku rasa dah murah sangat dah tu. Yey.. cukup dah baju raya Izz. Pasni takyah shopping dah.
Pukul 7 sampai rumah. Lega!!! Walaupun pulang tanpa anak pokok, tapi produk Permata Hijrah & seluar raya Izz tu dah cukup berbaloi la pemergian kami ke sana. Jumpa lagi next year MICCOS 2010! (yolah tu...) Sekian.
6 comments:
erm.. nk jugak seluar raya khakis rm10 utk irfan.. huhu
rajinnyer berjalan ye..aku ni tak habis2 lagi sindrom duk umah. biler nak habis pun aku tak tau. anak ina pun aku tak pegi tengok..mggu depan dah poser..sian ina.
uiks..miccos pun ada jual suar khakis ek....rm10 lak tuh...
rajin gak uji jenjalan tempat cenggitu ye...
cuti2 yg best :)
wah.. camner leh sampai dulu ni.. kita baru mikir nak gi tapi uji dah sampai dulu plak... kalau tak silap ada temuduga terbuka kan jumaat lepas...
Ju - aisey akak beli utk izz je, tak teringat lgsg utk irfan. next time ar (kalo teringat) kiki..
Anonymous - nk wt guano sue, jgn slhkan diri sendiri, slhkan cik hormon. kuakuakua.. xpe, ina fhm. nt dh ok p la lawat (wlupn anak ina dh bsr cm izz) aish.. bila nk lwt anak aku pulak? ekekek.
PuteriSatu - ada macam2 booth termasukla booth baju. terjumpa yg murah, rembat aje. kualiti nmpk mcm bgs. sy minat je jln2 gini, selain dpt spent masa dengan keluarga tersyg dgn aktiviti berpekdah kita pn dpt tambah ilmu sambil cuci2 mata. hehe!
fahmi - yezza, habiskan masa dengan orang tersayang. sgt bermakna!
Diarihatiku1976 - ar la kak mmg ada temuduga. miccos ni start dr 13 - 16 aug aritu. sy ari sabtu br tau, tu pn sbb bc iklan bunting kt tiang lampu (ahaks). kalo tak, idok tau pun.
Post a Comment