Thursday, August 27, 2009

Mari Bertadarus

Jumaat lepas, Kak Rozaini roger aku.

"Ji, nak join tadarus tak?"

Tadarus? Bunyi macam menarik. Rugi kalau lepaskan peluang nih. Aku tak pernah join tadarus di ofis. Seronoknye kalau dapat mengaji dengan kawan2 sepejabat kan? Ar.. tak payah pikir panjang2.

"Boleh jugak. Bila & macam mana nak join?"

"Cepat call CC Jannah. Nanti CC explain"

"Ok!"



Maka...


Sejak Isnin lepas aku dah start bertadarus dengan group aku (CC Rosminah & Cik Yati) Dua2 otai besar Jabatan (aku lak otai kecik berbadan besar, ahaks!) 1 group ada 3 orang dan setiap group diberi 3 juzuk untuk dihabiskan pada bulan Ramadhan ni. Kumpulan lain (dari setiap bahagian) pun dapat juzuk mereka masing2. Beramai2la kami mengaji di bulan Ramadhan ni di surau bahagian masing2. Alhamdulillah...

Hari Isnin kami bertiga pulun baca juzuk 20 sampai abes (group aku dapat juzuk 20, 23 dan 26). Hari Selasa baca separuh juzuk 23. Hari Rabu sambung juzuk 23 sampai 24. Hari ni setelkan juzuk 24. Esok dan minggu depan insyaAllah baca juzuk 26 sampai selesai. Pas tu, blh join group lain pulak bertadarus beramai2. Meriah!

Untuk pengetahuan semua, ni 1st time aku join tadarus dengan orang luar. Sebelum ni pernah la buat dengan adik-beradik di rumah tapi tu pun masa sekolah2 dulu. Dah besar sket bukan senang nak berkumpul. Dah kawen & ada anak kecik ni lagi la. Mengaji sorang2 ajelah kat umh. Sambil ngaji sambil enjut anak dalam buai. Hiks!

Erm... apa perasaan aku pertama kali bertadarus dengan orang luar ni ye?

Ya, aku dapat rasa ada kupu-kupu yang sedang terbang dalam perut aku (yang kiut ini)!

Aku sangat suspens dan berdebar2. Macam mana bacaan kita diperdengarkan pada orang ramai. Bagaimana kalau tersalah baca, tersilap hukum. Malu rasanya. Malu!

JANGAN MALU KAWAN2. Kesalahan dan kesilapan dalam pembacaan cepat2 kawan kita akan betulkan. Itu bagusnye tadarus! Ada orang yang saling menunjuk ajar.

Suspens dan berdebar2 hanya mula2 aje. Hari pertama, suara macam keluar tak keluar. Siap ada vibrate2 lagi (suara menggeletar) Ahaks! Over kan aku. Macam nak masuk pertandingan musabaqah je. Tapi alhamdulillah, hari kedua je dah ok dan semakin ok.. dan konfiden untuk hari seterusnya :)

*Tak lama lagi ada khatam Quran di Angkasapuri (join dengan orang2 Kementerian). Aku harap dapat join. First time ni nak khatam dengan rakan2 sepejabat. Teruja!!!

5 comments:

Diarihatiku1976 said...

wah.. tak sangka ko joint gak.. akak pun joint gak.. tapi akak group ngan orang-oprang PSM jer..

Puteri Satu said...

uiks...uji..hang ngaji sedapla akak dengar... suara hang comey je...! ahaks....ngaji pun pandai...!

fahmijaes said...

teruskan usaha. nak gak dgar puan adha ni ngaji ;)

Mak Izz said...

Diarihatiku1976 - baru nak join tahun ni kak. nasib baik kak rozaini roger. kalo x, harem! ekekek. yelah.. org PSM ramai, leh abes 30 juzuk sdn. bhd.

PuteriSatu - ye ke kak? *aicece.. malu sudeh. pe pun thanks kak sbb ajak sy. kalo x, xdela. thanks a lot! (mudah2an setiap baris ayat yg sy bc tu, akak dpt pahalanya sekali insyaAllah)

fahmi - tq. wo ho ho.. ko dgr syarifah khasif tu ngaji tiap2 hr kt ch9. cmtula aku ngaji. wakakakak! *verrangan

Nur Irfan Juezrie said...

erm. alhamdulillah.. sama2 la kita mengumpul sebanyak mungkin pahala di bulan yg mulia ini..insyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!