Monday, August 10, 2009

Majlis Tautan Hati PUSPANITA

Jumaat lepas, PUSPANITA Jabatan Penerangan menganjurkan Majlis Tautan Hati untuk semua ahli PUSPANITA di jabatan aku ni. Majlis ni adalah majlis tahunan yang diadakan setahun sekali. Majlis yang berlangsung sehari suntuk ni diadakan di Dewan Bestari, Wisma Sime Darby. Sejak pekeliling berjimat keluar, semua acara pun buat di ofis saje. Jarang2 dah dapat buat di hotel. Last year majlis ini dibuat di Hotel Grand Continental. Seberang jalan je dengan ofis aku ni. Tak kisahla buat di mana2 pun, asalkan pengisiannya menarik, tertarik lagi dabomb!

Ok, bermacam-macam program telah dijalankan dalam majlis ni antaranya Mesyuarat Agong (acara utama), ceramah, jualan lelong amal, sumbangan kebajikan & hadiah untuk ahli (yang baru berkahwin, menimang cahayamata, menerima menantu dan yang bersara). Yang bestnya Majlis Tautan Hati pada tahun ini, buat pertama kalinya, beberapa pertandingan yang menarik telah dibuka untuk semua ahli bertanding menunjuk bakat iaitu Pertandingan Solekan, Puzzle dan Karaoke.


Majlis bermula jam 8.30 pagi. Tapi aku turun lambat sket dalam 8.45 pagi cmtu. Sampai2 je terus ke kaunter pendaftaran. Kat atas meja dah ada kertas kehadiran bahagian2. Sign kat kertas kehadiran then dapat doorgift dan boleh duduk di tempat pilihan masing2. Aku pilih sit depan row ke 4 sebelah kiri (dekat dengan pentas)

Barisan beg doorgift. Lupa pulak nak amik gambar isi kandungan beg tu. Untuk pengetahuan semua, dalam beg ada majalah Rapi & MIDI (edisi lain2 tak sama dengan orang lain punya), dapat 1 buah buku nota & sebiji muffin chocolate (creamy yummy). Tapi agaknya memang rezeki aku agaknye, ntah macam mana dalam beg aku aku ada 2 biji muffin. Maybe tersalah letak kut. Rezeki jangan ditolak dik... Pulun abes. Rasa muffin lembut, enak dan lazat seperti menikmati muffin di kaki pergunungan Alps. Sungguh segar dan mempersonakan.

Tengok, tak sempat amik gambar muffin dah tinggal separuh. Hikhik.. Sementara menunggu ketibaan semua ahli yang lambat benor datang nak penuhkan dewan (maybe terikat dengan tugas kat ofis masing2) maka aku sempat snappy2 kawasan sekitar dalam & luar dewan.

Mula2 amik gambar tuan punya blog dulu dengan banner majlis. Hem, cantik kan kaler banner tu, pink colour (my fav colour). Oh lupa nak cerita, tema warna pada majlis kali ni ialah pink & hitam. Maka beramai2lah mereka ni mengenakan pakaian yang bermacam2 fesyen berwarna pink & hitam. Tapi ada jugak beberapa orang yang memakai baju tak mengikut warna tema. Maybe tak sempat kut.. atau terlupa.. atau mungkin tak tahu menahu. Hehe... btw saksikan gambar2 sepanjang majlis berlangsung.

Hamper dan hadiah untuk cabutan bertuah (ada 80 buah semuanya). Setiap bahagian DIWAJIBKAN untuk sponsor 5 hadiah. Kira takde penaja luar le. Sendiri punya majlis sendiri taja ok! Tapi ada jugak pengarah2 bahagian dan timbalan2 pengarah yang baik hati menyumbangkan sesuatu untuk dicabutan bertuahkan. Hehe.. (ayat apa la ni).

Hadiah2 kebajikan. Ada frame ayat al-Quran, ada anak2 patung, ada hadiah yang dibungkus kemas & ada buahan2 dalam bakul. Ehm.. menarik... Jom tengok kat luar dewan pulak ada apa.

Akmal's Corner. Pakaian dan barang2 perhiasan original material from India. *Kak Akmal ni salah sorang officer di Cawangan Perhubungan Antarabangsa. Dia memang dah lama berkecimpung dalam arena perniagaan material dari India. Barang memang eksklusif, harga pun eksklusif dik non. (Akak tudung bunga kaler oren tu bukan Kak Akmal tau, tu akak yg jual tudung kat bawah ni. Tiba2 terenterprem)

Beraneka jenis tudung (dijual oleh orang luar yang menyewa tapak dengan kami). Aku tak belek pun tudung2 ni sebab aku bukan boleh pakai pun. Dada mak bidang nyah, x tertutup aurat2 di dada kalau pakai tudung ni. Dangerous!


Bermacam-macam jenis kek, muffin, cupcakes etc. Masa ni aku just snappy2 je. Masa nak balik baru rembat kek coklat 1 hanya RM10 ok. Rasanya sangat lazat berkrim.

Ini pulak gerai barang-barang makeup. Aku tak jengah pun. Males! Nanti terbeli aku jugak yang susah. Ok dah round2 tengok apa barang jualan jom kita masuk semula ke dalam dewan.

Orang2 kuat PUSPANITA sedang berbincang sesuatu. Lihat tema pakaian, pink dan hitam ok.

Gerai jualan lelong amal barang2 terpakai (hanya barang yang berkualiti baik sahaja yang dijual). *Di atas meja penuh dengan pakaian (t-shirt, baju kurung, seluar slack, blouse)

Deretan barang2 lelong jualan amal. Ada handbag, teddy bear, kasut, pasu tembikar dan macam2 lagi. Jom tengok harga barang.

Kasut jenama Alfio Raldo ni hanya berharga RM9.99 sahaja. Sangat murah kan. Kualiti masih baik macam belum pernah dipakai. Entah2 memang belum pernah dipakai kut. Hehe..

Teddy bear HANYA berharga RM8 sahaja. Kesian kat teddy bear tu kan, ada ke patut tampal tag harga kat tengah2 dahi je. Jatuh maruah teddy bear tu taw! Ekekek. Hem, sapelah yang rembat barang2 ni nanti ye. Aku? Idok... aku hanya beli kek coklat sahaja pada hari itu. Katakan TIDAK pada barang2 lain (kempen berjimat-cermat)

Sesi Mesyuarat Agong bermula dipengerusikan oleh Puan Manisah, Timbalan Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara. Sori gambar tak clear, gelap pulak tu malah nampak kepala2 lagi. Hehe, aku hanya snappy gambar melalui tempat duduk aku je. Malu nak bangun, kalo badan comel lote takpe jugak. Pada mulanya mesyuarat berjalan dengan lancar tapi bila dah masuk sesi soal jawab agak hangat sketla. Penuh dengan emosi tau. Aku malas nak masuk campur tapi aku pesan kat semua AJK PUSPANITA, bila dah berpesatuan gini jangan cepat sangat emosi ok. Tangani semua masalah dengan penuh profesional. Biasalah, mana2 persatuan pun mesti ada cacat cela. Kita tak boleh puaskan hati semua pihak. Ok jom snappy2 lagi.

Semasa bermesyuarat. Ramai gak kan ahli2 PUSPANITA yang hadir. Penuh kerusi sampai ke belakang dewan. Erm, kerusi belakang memang penuh. Mari kita tengok kerusi kat bahagian depan pulak ye.


Ye... kosong. Kerusi kat depan tak penuh. Mentaliti orang dewasa bekerja tak lari jauh dengan mentaliti budak2 sekolah. Tetap taknak penuhkan kerusi di bahagian depan. Bukan nak kena jawab soalan pun. Tapi tak taulah apa puncanya jadi begitu ye? Yang pasti aku tetap duduk di depan. Sebab apa? Sebab yang pertama, aku boleh lihat keseluruhan acara yang berlaku di pentas dengan lebih jelas. Yang kedua, aku dapat dengar ceramah & ikuti mesyuarat dengan lebih fokus (sebab suara pun jelas) dan yang ketiga, aku boleh memandang anak mata tiap2 orang yang bercakap di mikrofon. Eye contact gitu! Hehe.. apepun, lain padang lain belalang. Lain orang, lainla ragam. Tak gitu?

Tamat Mesyuarat Agong, sesi ceramah pula. Ceramah oleh Ustazah Rahimah dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bertajuk Kerja Adalah Ibadah. Tajuk ceramah ni adalah serupa dengan tajuk Program Nur Iman & Ceramah Islam Hadhari yang aku attend beberapa bulan lepas. Takpelah, tajuk sama tapi pengisian tetap berbeza kan? Bergantung pada penceramah la jugak. Sesi ceramah sangat cepat dan express sebab masa untuk sesi ceramah dah terguna pakai semasa sesi Mesyuarat Agong tadi. Kesian aku tengok ustazah ni. Tercungap2 dia berceramah. Nak amik nafas pun tak sempat. Tapi alhamdulillah, mesej tetap juga sampai dengan baik (untuk aku la. Untuk orang lain aku tak tau). Sebelum menamatkan ceramah ustazah sempat berkempen tentang amalan sedekah. Rupa2nya YAPEIM ada buat amalan bersedekah melalui potongan gaji. Ustazah bersemangat edarkan borang. Nak share saham akhirat bersama2 katanya. Aku join tapi takla banyak buat potongan. Sekadar mampu je. InsyaAllah kalo mampu pada masa2 mendatang, kita potong lebih sket ye. Bukan untuk sesiapa pun, diri sendiri jugak di akhirat nanti (insyaAllah).

Tada... tiba2 ada badak kaler oren ye? Inilah hadiah yang aku dapat dari PUSPANITA (thankssss) bukan untuk aku la tapi untuk Izz Haris. Siap ada riben hadiah lagi kt dada badak tu. Comel kan? Nasib baik dapat badak kaler oren. Kalau dapat teddy bear kaler pinky2 harusla bukan Izz Haris yang main nanti tapi Mak Izz. Huahuahua...

See Leen dapat apa? Cabutan bertuah tempat pertama lagi tau! Memang Leen sangat2 bertuah pada hari tu. Tahniah untuk Leen (sebab dapat hamper cabutan bertuah) dan tahniah untuk diri aku (sebab dapat badak kaler oren -> untuk Izz) Mak tetap vangge!

(Tapi kan u ols, masa aku nak naik pentas amik hadiah Izz tu, aku terdengar sok sek sok sek kat belakang. "Bila Uji ni kawen? Bila Uji ni beranak?" Erk, terkonpius aku sekejap. Punyala aku tak glamer kat ofis ni sampaikan aku kawen dan mengandong 9 bulan pun dorang tak perasan. Ahakssss. Takpelah, yang penting sekarang dorang dah tahu. Btw dulu aku dah edar kad jemputan kawen kat semua division & sepanjang 9 bulan mengandong aku tetap ada kat ofis ni. Bukan salah aku dorang tak tahu menahu kan? Hehe)

Kat bawah ni aku letak jelah gambar aktiviti2 sepanjang majlis. Pertandingan solekan dan puzzle. Beria2 dorang bertanding. Bertanding secara sihat takpe kan.


Pertandingan Solekan.








Sori la kawan2, aku hanya sempat snappy gambar dorang before makeover je. Sebab selepas makeover aku tak turun dewan dah. Naik pejabat pukul 2 petang kunun2 nak solat Zohor sekejap. Tapi terus terperangkap dengan tugas2 yang menimbun (sejak pagi) kat meja. Huhu.. sodey. Eh cerita belum tamat lagi. Jom tengok gambar2 kami pulak. Posing jangan tak posing.


Ruby dan Leen.


Kak Zah dan teddy bear lelong yang telah diborong abessss.


Aku dan Ruby.

Pas posing2 amik gambar tadi, aku dengan kawan2 pun naik pejabat sebab nak solat Zohor. Tapi pas solat, semua2 pun tak dapat turun dewan semula sebab terikat dengan tugas.

Amacam puas tak jamu mata tengok gambar2 sepanjang majlis. Dengan gambar posing kami tadi maka tamatlah entry Majlis Tautan Hati untuk kali ini. Tahun depan kalau ada lagi majlis ni dan aku pun masih ada lagi di sini, insyaAllah aku menulis lagi. *Gambo makan2 semua tak sempat snap. Kelam kelibut beratur amik makanan. Lapor weh!

* Seronok sekali sekala berkumpul beramai2 dengan semua staf di bawah satu jabatan. Baru kenal nama dan rupa. Macam2 karenah. Hehe.. Ape2 pun kami tetap enjoy!!!

5 comments:

Puteri Satu said...

"Bila Uji ni kawen? Bila Uji ni beranak?" Erk, terkonpius aku sekejap. orang yang sok sek-sok sek itu....adakah akak????? ahaks....

Mak Izz said...

kuakuakua.. sudah gaharu cendana pula. sambung jgn tak sambung. kuakuakua...

Nur Irfan Juezrie said...

wah... meriah betul.. besttt...

Diarihatiku1976 said...

uji.. awat tak amik gambar akak ni... adohai.. baru nak glem tadi..

Mak Izz said...

ju - mmg meriah. hopefully next year more meriah. hehe..

Diarihatiku1976 - alahai kak, cukup2la gmbr akak penoh enterprem kt blog PuteriSatu. kt blog sy bior geng2 mkk je lah pulak. hikhik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!