Friday, August 28, 2009

Macam Nak Beli Benda Ni

Sejak 2, 3 menjak ni Izz selalu kebasahan pada waktu malam. Means pampersnya bocor. Bukan bocor kerana ditebuk tupai (ahaks) tapi bocor di tepi kiri kanan dan belakang pampersnya. Maklumlah, Izz sudah semakin besar jadi pee dia sudah semakin banyak dan Izz sendiri sudah semakin lasak. Bila gerak lasak sangat, pampers yang elok terletak pada tempatnya sudah beralih kedudukan. Selalunya terlorot ke bawah. Sebab tu selalu bocor pada belakang pampers. Haishhh... masalah betol.

Bila pampers Izz dah bocor, mulala dia rasa tak selesa, tidur pun tak lena. Mula lah hek.. hek.. ar... kadang2 jadi baran je kita nih. Tapi tak pernah baran lagi taw! (ahaks). Yelah, mana budak tu nak tido lena? Dah seluar & bajunya basah. Cuba bayangkan diri kita sendiri ni tengah sedap2 tido (airliur meleleh) tiba2 je kita rasa seram sejuk.. seram sejuk.. Bukan seram sejuk sebab ada makhluk lain dok menumpang tido sama tapi sebab sudah kebasahan... kalo air biasa takpe gak. Ini air shingshing (harusla melekit dan hancing kan) huhu. *tapi pee Izz belum melekit & hancing lagi. Besar2 esok tak tau ler. So kesian sangat dengan Izz kan.

Mula2 dulu aku guna pampers Drypers. Hem Drypers tidak berjaya menahan kebocoran untuk Izz. Walaupun aku salin pampers Izz jam 12am dan salin 6am berikutnye, kompom2 dah basah. Adoi.. kesian anak mak. So aku tukar pakai Huggies Comfort Dry (kaler merah tu) kadang2 ok kadang2 basah. Erm macam mana nak buat ni ye? Pampers ni bukan calang2 harga dia (walaupun belum beat lagi harga Mamy Poko yang aku tak mampu nak beli tuh, hehe) tapi.. still bocor jugak. Erm.. camne nak buat ye?

Aku try guna Drypantz. Yezza.. berjaya. Tapi cost Drypantz dah RM20 ++ untuk size M24. Sebulan ada 30 hari. Erm, tak boleh jadi ni. Huggies pakai siang lagi.. Drypantz pakai malam lagi.. erm cannot2. Ni baru anak sorang. Anak 2, 3 nanti camno? (wah banyaknye anak aku nanti) Sesuatu harus dilakukan!

Maka pencarian pun bermula. Surfing2.. Looking2.. Bloghopping2..

Aku rasa macam nak beli benda ni lah.


CLOTH DIAPER a.k.a LAMPIN KAIN MODEN


Apa benda ni ek? Mana yang dah tau, angguk kepala sekarang. Aku cakap angguk! Hehe.. (Gurau senda je weh) Ar... mana yang belum tau tu, korang boleh baca kat sini, sini dan sini. *sekadar menyebut beberapa website.

*Nak beli ke idok ye?

4 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

uih.. akak.. kesian izz.. fikir2kan la.. ju pun ekceli tak tau menahu sgt CD ni.. n tgh dok bc2 ni ha.. hehe.. maklumlah baru 4 bulan ++ jadi ibu..huhu..

Puteri Satu said...

ji.. try pakai momy poko la malam.... siang pakai huggies... Aqilah mang cam tu je akak buat... sebab selalu leaking tu la... tak per la perabih sikit untuk anak... janji dia lena tido kan....

fahmijaes said...

arkh...no komen.

Mak Izz said...

ju - tu ler dok pikir2 lg nih. tunggu saat yg sesuai je nih (haha)

PuteriSatu - tu la kak, mungkin blh dipertimbangkan. anak x lena mak nye pn x lena jgk kan. hehe.. blh bikin tensi tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!