Wednesday, August 26, 2009

Izz Checkup 5 Bulan

Tadi aku baca blog kawan aku Seri. Tajuk entry dia semalam "eii cendawan tumbuh..." buat aku ketawa terbahak2. Korang nak tahu, kejap lagi aku cerita. Baca dulu kisah ni.

Petang semalam aku bawak Izz checkup untuk umur 5 bulan. Padahal Ahad depan Izz dah masuk 6 bulan pun. Lambat benor kan. Nak buat macam mana, dah klinik bagi tarikh lambat kita ikut jelah. Pergi klinik petang2 ni seronok sebab takde orang. Buat pertama kalinya Farizal ikut sama ke klinik. Yelah, sebelum2 ni aku bawak Izz checkup waktu pagi. Waktu pagi ni, klinik penuh macam tin sardin. Jadi tak perlulah Farizal nak menyibuk sama. Kaum bapa memang DILARANG KERAS menunggu di dalam klinik. Kalau nak tunggu isteri, tunggu di luar (ada bangku disediakan untuk kaum bapa). Kalau taknak menunggu di situ berpanas2, tunggula dalam kereta ye. Yang penting jangan menyemak dalam klinik sebab klinik sangatla kecik, penuh sesak dengan kaum ibu & kanak2. Untuk tidak merimaskan suasana dan menyempitkan lagi keadaan elokla kaum bapa tunggu di luar saja ye.

Oleh sebab petang tak ramai orang (semalam masa aku sampai cuma ada 2 pasang parents dengan bayi masing2 sedang menunggu). Masa nurse timbang & ukur Izz, Farizal belum sampai lagi, sibuk cari parking. Dah habis ukur baru Farizal sampai. Izz punyela menjerit2 marah bila nurse tu nak ukur lilit kepala & dada dia. Dia tenung tajammmm je kat nurse tu. Mentang2la nurse tu bangsa India. Amboi... racist ke Izz Haris? Tak baik tau! Berat Izz tak naik banyak bulan ni. Bulan lepas berat Izz 6.9kg tapi semalam 7.1kg (naik 200gram). Ukut lilit kepala pulak 40.5 cm (naik 0.5cm) dan ukur lilit dada 41cm (naik 1cm). Panjang Izz dah 65cm (naik 2cm). Huhu.. anak mak dah semakin besar.

Masa jumpa nurse (nurse semalam lelaki, Najmi nama dia), Izz diam je. Nasib baik dia tak mengamuk. Dah abes check semua, tunggu turn untuk cucuk pulak. Nurse Najmi juga yang akan cucuk Izz. Izz punyalah marah bila nurse Najmi suruh baring ikut posisi breastfeed (Izz memang trauma baring posisi ni). Kaki pulak terajang2 tak kasi kita pegang. Geram betul! (dalam geram tu rasa kesian jugak) Masa Izz checkup umur 2 bulan, nurse Najmi juga yang cucuk. Memang Izz meronta2 dan menangis time tu. Tapi masa nurse2 lain (perempuan) cucuk masa Izz umur sebulan & 3 bulan, Izz ok je. Duduk diam, tak meronta & tak menangis langsung selepas cucuk. Hem, mungkin nurse lelaki cucuk kasar tak lembut macam nurse perempuan kut. Mungkinlah kut.. cuma Izz aje yang tau.

Pas cucuk Izz menangis sekuat ati, uwaaa... nape nangis ni? (jangan nangis Izz, malu mak. Izz kan boy. Ekekek!) Pujuk2 baru diam. Balik tu nurse bekalkan ubat demam. Masuk je dalam kereta Izz terus lena. Owh mengantuk sangat rupanye anak mak ni. Sampai rumah masukkan Izz dalam buai, tak sempat bagi ubat. Izz terjaga pukul 7 malam baru bagi ubat. Izz ni bukan senang nak makan ubat (mak cakap sama macam aku kecik2 dulu, sua ubat je muntah). Masuk je separuh, abis Izz muntahkan semua. Dengan susu yang dia minum sebelum tu pun dia muntahkan sekali. Huhu.. sabar jelah. Izz ikut perangai mak ye... harussss bersabar banyak2 kan (hehe).

Tadi call Acik, tanya macam Izz hari ni. Acik bagitau badan Izz dedar2 sket. Aku suruh Acik tukarkan baju Izz pakai singlet berlubang & lapkan badan Izz dengan towel basah. Takut juga kalau2 dia demam. Acik check suhu around 36.5 darjah. Tak demam cuma dedar2. Huhu.. risau. Harap2 Izz ok dah petang ni. Kalau tak ok gak, harus aku EL esok (alasan takmo g kerja, huhu)

So next checkup 29 September nanti. Seminggu selepas raya. Agak2 nurse jamu kuih raya tak nanti? (Hahak, melampau la tu...) Harap2 Izz tak menangis masa nurse cucuk nanti.

Berbalik kepada entry "eii cendawan tumbuh.." oleh kawan aku Seri yang buat aku ketawa terbahak2 tadi. Bukannye apa, aku memang mati2 ingat Seri tulis entry pasal cendawan. Dah jadi tokei cendawan ke minah ni? Rupa2nye pasal topi anak dia si Aryan tu. Hikhik.. lawak sungguh! Btw aku tambah ketawa sebab aku teringat yang Izz pun ada topi yang lebih kurang sama macam topi cendawan Aryan tu. Tapi kami tak panggil topi tu topi cendawan, kami panggil topi labu-labi. Hahak.. cobak tengok gambar kat bawah. Ada persamaan tak?


Topi cendawan Aryan kaler putih.


Cendawan betul kaler merah.


Izz memakai topi labu-labi (masa ni Izz umur 9 minggu) *sila abaikan memek muka Izz ye.


See the topi of labu-labi, hampir sama dengan topi Izz kan? Ekekek...

*Ragam budak2 sering buat kita tertawa. Terasa seperti di dalam syurga!

4 comments:

fahmijaes said...

no. komen

Diarihatiku1976 said...

memang lawak ler weh.. senyum sorang akak baca n3 ko ni...ahahakss

Nur Irfan Juezrie said...

heheh.. lawak betul.. leh lak kaitkan topi anak dengan cite labu labi..

puan serie syasha said...

emm byknya ko dah citer..byk dah aku ketingglan..tp xpe, bangga nih aryan masuk blog ko nih, hehe..
aku pgl gak topi ni topi labu labi.. mmg klakar kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!