Thursday, December 1, 2011

Sato Sports Carnival

Sabtu lepas, company Farizal menganjurkan Sports Carnival yang melibatkan semua staf Sato. Sebagai isteri contoh, pagi2 lagi dah bangun dan siapkan budak2.  Agak sukar nak mandikan dorang awal2 pagi ni. Bising je mulut abang Izz, "Nak mandi air panas... nak mandi air panas..." Adeh.. pandai pulak ko demanding ye. Sebab water heater masih tersimpan rapi dalam kotak di dalam stor (abah sila amik perhatian), maka gigihla aku masak air panas untuk buat air mandian dorang. Tak koser nak dengar Izz melalak pagi2. Dan tak koser tengok dorang selsema sebab sejuk. Kesiannnn...

Dah siap semua bergeraklah kami ber-4 ke Kompleks Sukan Shah Alam. Jalan clear je, pagi2 Sabtu sape je nak terhegeh2 di jalan raya kan? Setibanya di kompleks, agak sukar mencari parking sebab dah ramai staf yang sampai lebih awal. Pusing kali ke-2 baru dapat parking. Terus zassss ke khemah makanan sebab acara dah nak start. Perut harus diisi dahulu sebelum bersukan. Pesanan penaja dari Doktel Adha. Hehew... perut lapar sebenornya. Tahniah Sato kerana menyediakan menu breakfast yang boleh tahan best. Ada bihun goreng, nasi lemak, karipap mini, sandwich mini dan 2 ketul sosej dalam setiap beg plastik. Teh tarik juga disediakan. Memang kawwww! Sebab dah lambat, maka abah sempat jamah makanan sedikit dan terus ke padang. Aku bertugas menyuap budak2 makan dulu. Dah settle baru ke tempat duduk penonton. Masa ni semua pasukan sedang berarak di balapan. Ada 4 buah pasukan semuanya, rumah Kuning, Hijau (rumah abah), Merah dan Biru. 


Time ni, dorang dah abis berarak. Baru nak masuk line rumah masing2. Aku suka tengok rumah Kuning sebab dorang ada maskot, Naga. Hihih... kreatif sungguh!

Masa semua pasukan dan beratur di padang, aku pun carila kelibat abah Izz dan Hasanah. Main lambai2. Soh bebudak lambai abah depa, Izz dok mencari tapi tak jumpa2.  Budak kecik kan, agaknya penglihatan tak matang lagi. Kehkeh.. aku jelah yang mengusya abah dari jauh. Bebudak sibuk dengan aktiviti terkejut dan macam2 lagi.

Acara pertama adalah acara senamrobik berirama. Masa ni Izz dah bising2 cakap nak turun.. nak turun.. Korang bayangkanlah aku handle 2 orang budak masa ni. Kesian jugak dekat Izz, maka tangan sebelah kiri dukung Hasanah, tangan sebelah kanan pimpin Izz bawak dorang turun ke balapan. Dengan harapan nak soh Izz dan Hasanah join acara senamrobik tu (sebab budak2 lain pun turun juga). Tapi rupa2nya, dorang lebih banyak terpacak jakun je kat bawah tengok ramai orang bersenamrobik. Dah nak abis tu baru aku nampak Hasanah terenjut2 sikit badan dia. Walah.... macam2 ler. Dah abis tu bawak dorang naik atas semula. Duduk dan tengok acara padang. Abah Izz naik atas sebab dia takde join apa2 acara waktu pagi.

Dah berpeluh2 sebab panas dan penat (penat tawaf seluruh kompleks)

Happening juga la tengok semua acara. Ada acara lari 4x25meter, tarik tali, bawak bola pingpong dalam sudu, sepak raga bulat dan etc. Acara indoor pun ada macam badminton, futsal dan pingpong.

 Abah adalah team hijau. Maka aku gigih mencari t-shirt hijau untuk bebudak nih. Sebelah kanan tu Zaidi (ofismet abah) dan Zahira. Izz dan Hasanah bertambah seronok sebab ramai kawan2 sebaya dekat sini.

Abang Izz merajuk sampai peluk dinding sebab kena marah dengan aku. Biasalah.. budak2 kan bila tempat ramai2 orang macam ni perangai dia luar biasa sikit. Heheh!

Hasanah yang kepenatan. Aku je yang tak pakai baju hijau sebab tak sempat nak cari. Btw bukan senang nak jumpa tshirt size aku. Huhu~ *Tak pepasal jadi team rumah Kuning pulak. Adeh..

Abah hanya join acara sepak raga bulatan dan dapat tempat ke-2. Tahniah abah dan pasukannya!

Masa ni game futsal baru nak mula. Pergh... memang hebat tengok dorang ni main. Aku dah lupa pulak team mana yang menang. Yang pasti, team Hijau tak masuk final. Heheh!


 Dalam stadium, aku duduk dengan pasukan Kuning. Baru sesuai! Kihkih.. 

Selesai acara indoor, kami semua berkumpul semula di luar. Acara kemuncak adalah acara padang akhir, cabutan bertuah dan ucapan penutup oleh MD Sato. Keputusan sukan, keseluruhannya dirangkul oleh pasukan rumah Biru. Rumah Hijau tempat terakhir rasanya, lupa pulak. Alah.. tak kisahlah menang atau kalah, yang penting semua warga Sato dapat berkumpul bersama2 meraikan karnival sukan yang best ni. Clap! Clap! Clap! Tahniah buat semua pemenang (samada acara sukan atau pun cabutan bertuah). Tahun ni takde luck untuk kami sekeluarga. Takpelah.. tahun2 yang akan datang mana tahu rezeki kami pulak :) Entry ini diakhiri dengan 2 keping gambar budak comot yang lasak sangat sampai mak kurung dia kat tempat ni. Berguna jugak tembok batu ni. Hehe...



Tengok tu, Hasanah protes dengan menggigit tembok. Aduhai... anak sape nih?
 

Akhir kata...


"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

2 comments:

~~AzaLea~~ said...

kiut giler muke anah minum susu sambil mate terpejam...


hijau + kuning = dh mcm penyokong Kedah pun ada...

akak tak join mane2 sukan ke??? huhuhu...

Mak Izz said...

kiut ke buruk? terkekeh2 akak dgn jaki gelak bila tgk gmbr huduh dia terpejam minum susu tu. kehkeh.. ha'ah kan, hijau kuning dh jd kedah walaupun banjor :)

xde sukan utk spouse la, utk anak2 je ader tu pn 5thn ke atas. ikutkan ati nk join acara lompat kijang ataupun lompat galah, tp xde la pulak ^___^ acara mewarna pn ader tp utk bebudak je. kalo mak bdk blh join, mesti akak juara kan (tp kena lawan dgn bebudak jelah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!