Wednesday, April 13, 2011

Trip to Kuching, Sarawak: Day 2 (Part 1)

Pagi2 lagi dah bangun dari tidur bersemangat waja untuk menjalani aktiviti hari kedua di Kuching. Aktiviti adalah sangat ditunggu-tunggu iaitu Membeli-Belah di Pasar Serikin. Yeayyyy!!! Dalam hati awal2 lagi memasang tekad tidak mahu berbelanja sangat. Tetapi bila kaki sudah menjejak, tatkala mata sudah tertancap pada aneka barang yang menggamit jiwa dan nafsu serakah, kosa kata "tidak mahu berbelanja" bertukar menjadi "tidak malu berbelanja". Hohoho..

On the way ke Pasar Serikin, Bau. Boleh tahan jugak jauh. Perjalanan dari hotel makan masa lebih kurang 40 minit.


Tiba2 di pagi yang hening bas berhenti di sebuah bulatan yang comel (aku sebut tiba2 sebab tengah sedap buat taik mata dalam bas). Apakah kaitan dengan gambar di atas? Oh.. rupa2nya ada tugu menarik untuk diphotogrupkan bersama kami. Terima kasihla urusetia kerana bersusah-payah menurunkan kami yang memang photogedix ni.


The rombongan from Semenanjung. Cuaca sejukkkk sangat time nih. Mujur cakap tak keluar asap je dari mulut. Carilah aku di mana ye?


Dari kiri; Kak Wan (our unofficial photographer), aku, cc Rusminah (ex-cc transport) dan Kak Wana (librarian).


Ui dahle tu. Moh le kita naik bas. Pasar Serikin tak sabor tunggu kita tuh. Naik bas semula dan teruskan perjalanan.


Hampir tiba di Pasar Serikin. Singgah lagi di gerai2 jual sayuran di tepi jalan (nak ke toilet sebenarnya). Dato' KP cergas untuk turut sama mengikuti rombongan Cik Kiah. Lelain menjamu mata melihat sayuran segar dari ladang.


Cuba teka ini apa? Clue: Monkey Pot


Apakah yang Cik Yati genggam itu?


Comelnya sayur ni.. tak tau sayur apa. Geram rasa nak kunyah2


Segar2 semua. Terbaik dari ladang!


Kak Fadzilah.. tunjuk apa tu?


Benda yang sama di dalam bekas yang lain. Ulat sagu! Sape berani mencuba?


Nyum nyum! Lazat dan enak seperti sengkuang (jika makan mentah) dan rasa seperti udang (jika digoreng). Mahu mentah atau goreng?


Bergambar jelah. Tak nak makan. Takotttt...


Setelah puas berpoya2 di gerai jual sayur dan ulat di tepi jalan, masing2 masuk ke dalam perut bas dan teruskan perjalanan. Tak sampai 10 minit dah sampai pun Pasar Serikin yang indah dan permai. Yeayyy!!!


Tempat parking kenderaan sangatlah besar. Baru sesuwaiiii!


Oh.. gini rupanya Pasar Serikin. Seperti pasar pagi di kampungku (ceay.. teringat kat kampung) Masa ni memang bestlah berjalan sebab masih lengang. Awal pagi la katakan. Cuaca pun masih sejuk lagi. Kami diberi 2 jam je masa untuk membeli-belah. Apa??? 2 jam??? Pada aku 2 jam tu hanyalah untuk survey je. Jadi terpaksalah belajar shopping cepat2 walaupun memang tersangatlah sukar untuk dilakukan. Teehee ^__^


Lembaga hitam gigih mengambil gambar tikar Sarawak :P


Tikar lagi. Barang wajib beli. Tapi tiada seorang pun ahli rombongan yang beli. Takut kena extra luggage weh!


Aneka jenis beg dan helmet untuk kanak2. Tak ingat pulak harganya. Tapi murahlah kalau compare dengan harga di KL. Comel sangat2. Rasa nak hangkut satu bawak balik. Tapi mengenangkan mana nak sumbat helmet sebijik tu, maka airliur yang meleleh tadi hanya mampu dikesat sahaja.


Beg2 untuk orang dewasa pulak. Pun hampir terjerumus untuk membeli sebuah handbeg vintage. Sedar diri bahawa keperluan lebih penting dari keinginan, maka airliur meleleh buat kali ke-2 tadi juga hanya mampu dikesat. Wuuuu... sedey...


Kerepek turut dijual. Macam2 perisa ada. Masa ni tak peduli nak mengisi tembolok. Nafsu membara nak beli barang je.


Pasu dan meja sisi jati. Cantik dan kemas buatannya.


Saksikan wajah angkuh ku yang konon2nya berlagak dapat bergambar dengan kain ela sulaman manik yang cantik nak mampus dengan harga termurah. Sekali bila tengok2 balik, macam aku angkuh bergambar dengan bantal kekabu tu je. Haish... kesilapan berposing memang mengaibkan.


Ha.. ni baru betul gambar kain dan baju sulam manik. Cantik sangat kan? Rasa macam puteri Jawa je kalau pakai baju2 ni (wei, ada saiz ko ke?) *pasrah*


Wajah beriman di samping roommate. Berselindung di balik kainan telekung mewah motif bunga2an dengan harapan kelihatan sedikit 'kecil'. Yes, berjaya!


Ukiran demi ukiran


Bunga2an segar bermacam warna dan rupa


Frame ayat2 al-quran


Jewelleries, blouses & toys


Jam unik pelbagai bentuk yang dibuat dari kulit cengkerang laut dan (apa tah). Kreatif sungguh!


Pelbagai jenis cenderamata. Macam2! Pilih aje nak beli apa.


Beg anyam yang menjadi tarikan utama


Barangan antik


Gitar turut dijual weh!


Macam2 pattern langsir yang harganya sangat berbaloi


Kerusi rotan yang sangat comels. Untuk ayah ada, untuk mak pun ada dan paling syok untuk si cilik pun ada. Macam mana pulak lah nak mengangkut naik flight tu ye? Cuci mata jelah.


Kerang2an sebagai hiasan gantung kat rumah. Macam di pulau2 pulak ye.


Lot of the rings!


Jam pusaka eyh! Jam antik untuk dimiliki



Penat tak tengok gambar? Kalau korang tak penat, meh nak bagitau betapa penatnye aku mengupload gambar. Hehe.. Tengoklah macam2 ada kan dekat Pasar Serikin ni. Sediakanlah wang secukupnya, memang tidak menyesal kalo bershopping. Barang murah2 sebab kebanyakan barang adalah dari Indonesia. Sesiapa berkunjung ke Sarawak jangan lupa datang ke sini tau. "Membeli-belah adalah terapi bagi kaum hawa"


Jam 10.30 pagi semua peserta rombongan kembali ke bas dengan membawa muatan masing2 termasuklah aku. Apa yang aku beli ye? Di penghujung entry nanti aku bagitau ye. Destinasi selanjutnya adalah ke sebuah perkampungan Islam di Pedawan. Cerita selanjutnya tunggu...


p/s: Gambar2 dalam entry ni dicopy paste dari FB unofficial photographer Kak Wan Zaidah (ada gambar dekat atas, sila cari) dan kamera Kak Fadzilah. So jangan tertipu la dengan kualiti gambar yang cantik ni ye. Kamera aku masih HAMPA jadi macam malu nak letak dalam entry ni. Untuk Kak Wan dan Kak Fadzilah, terima kasih sudi share gambar. Love u ols!

::to be continued::

9 comments:

ummirayyan said...

noks..tengkiu upload banyak gegambar tu..sumber inspirasi aspirasi pepsi..hmm akan ku terjah Serikin tu sbb da ternampak mende yang menarik di situ...

Mak Izz said...

sama2 umirayyan. esok lusa jgn lupa g serikin shopping kaw2 tau.

lynaleng said...

mak oiii pjgnye entri u...

lynaleng said...

mak oiii pjgnye entri u...

Mak Izz said...

panjang ke? manade. penuh gambor je. nk panjang tunggu novel i siap k :P

Nur Irfan Juezrie said...

akak try tak ulat sagu tu?? hehehe

Mak Izz said...

jue - tak try. turun bas pn tak sbb ngantok.. dorang je bersungguh2 posegedix dgn ulat tuh. ada sorg je yg makan (kalo x silap la). dia la yg ckp kalo mentah rs sengkuang, kalo goreng rasa udang. jue teringin ke? masak lemak cili api lg sedap kut :P

Nur Irfan Juezrie said...

erm.. ju tingin?? tak ingin la.. semua benda2 yg seangkatan dengan U*** ju takut + geli.. sorrry!!!!!

Mak Izz said...

haha.. saje akak gurau2. akak pn geliewwww tau. geliewwww geleman! bukan kata makan, pegang pn geli!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!