Tuesday, April 12, 2011

Trip to Kuching, Sarawak: Day 1 (Part 2)

Salam semua... bertemu lagi kita dalam entry Trip to Kuching, Sarawak, hari pertama dalam bahagian ke-2. Seperti makluman dalam entry lepas, kami berempat telah dibawa menaiki landrover untuk ke tempat penginapan kami. Ke manakah tempat istirehat kami selama 4 hari 3 malam di Kuching ni ye? Jeng jeng jeng...


Gambar kabur?


Yezza... search image di Bing. Dah terang biji mata anda? Di sinilah tempat kami menginap sepanjang percutian, HARBOUR VIEW HOTEL. Sampai hotel around 3 petang. Kawan2 serombongan ramai belum sampai lagi. So kami lepak2 di bilik dahulu. Unpack barang dan tunaikan kewajipan kepada Allah. Masa ni aku masih belum dapat roommate sebab Kak Zack dan Kak Faridah sebilik. Kak Fadzilah pula sebilik dengan urusetia lain. Jadi... aku sebatang kara buat masa ni. Dah sampai bilik haruslah menghempaskan badan yang cute ke tilam yang empuk. Hati tamak cepat2 ambil bantal extra untuk aku (rugilah sape sebilik dengan aku nanti).


Bilikku syurgaku!


Tilam empuk kami! (bantal masih dua, aku belum ambil lagi bantal extra tu)


Suka sofa merah... suka!!!


Coffee and tea. Sampai ke sudah aku tak bancuh air. Last2 bawak balik je. Trip sangat padat manade masa nak bancuh2 air. Hehe.. (ayat berlagak)


Wow bathroom ada tab. Yeahhhhhhhhhhh!!!


Snappy pic dekat sinki bathroom. Motif? (wajah menikmati keindahan tandas). Hebat tak boleh pegang kamera dan handphone sekaligus? (kantoi kamera & handphone cap ayam) Keadaan bilik adalah sangat selesa, roommate pun serasi (akan ku perkenalkan siapakah roommate ku sebentar lagi). Cuma bathroom tu je... sadis sikitla. TAKDE HOSE! Hose la.. gelung getah untuk salur air paip tu. Ya, saya mengaku. Saya menginap di hotel tanpa salur getah selama 4 hari 3 malam. Persoalan bagaimana dan macam mana saya dan seluruh ahli rombongan beristinjak tidak perlu saya jawab di sini. Masing2 kreatif dalam melampiaskan hajat. Lu pikirla sendiri! Ekekeke...


Bagasiku ketika mula2 datang. Dekat 13kg jugak ni. Balik nanti macam mana? You'll wait and see :)


Pemandangan dari bilik (tingkat 3). Sebelah hotel aku adalah tokong cina yang BESAR. Ada cerita pasal tokong cina ni, nanti2 aku cerita ye.


Tidak jauh dari hotel2 lain seperti Hilton, Grand Margherita, Riverside Majestic dan hotel2 lain.


Lepas rehat2 sekejap, sms ahli keluarga beritahu dah check-in bilik, sms kawan karib mengadu perihal perjalanan (hehe) then akak bilik sebelah call (Kak Zack) tanya nak jalan2 dekat Waterfront tak? Eh mestilah nakkkkkkkkk... Nasib baik mereka tidak melupakan aku yang sebatang kara ni.


Wah.. apa sesak2 ni? Ok masa kami turun lobi nak ke Waterfront kebetulan kawan2 kami baru je sampai. Tu pasal la sesak tak hengat nih. Kelam-kabut bellboy mengangkut barang masing2 ke bilik. Dan kelam-kabut jugalah urusetia mengagih2kan kunci bilik dan sebagainya. Aku, Kak Zack dan Kak Faridah tidak mahu menyesak2kan fikiran maka jomlah kita berjalan2 menghirup udara petang yang segar di Waterfront. Sebab tu lah aku cakap best pergi penerbangan pertama, rileks je.

Sebelum beredar, cubaan untuk mengambil gambar candelier tetapi kualiti gambar adalah menghampakan (motif nak jugak letak dalam entry ni?). Sukati ler!

Keluar dari hotel kena lintas sebatang jalan yang sibuk untuk ke Waterfront. Tapi ada traffic light la. Eh lupa pulak nak cerita, hotel aku ni betul2 berdepan dengan Waterfront. Jalan kaki beberapa langkah je pun dah sampai. Bangunan warna-warni di atas adalah bersebelahan dengan hotel kami. Hotel juga rasanya.


3 of us! Seperti biasa, aku yang paling somel antara semua :P Kak Zack dan Kak Faridah dah pun mencecah usia 50-an tetapi tenaga mereka cergas macam orang muda. Woh.. kagum aku dengan semangat dorang.


Berlatarbelakangkan Sarawak River Cruise yang hanya dibuka pada malam hari.


Lagi pose lentok tepi Sungai Sarawak. Tiba2 aku feeling macam dekat tepi Sungai Perak pulak. Haish... pergi makan angin mana2 pun mesti teringat kampung! Gambar tak banyak sebab aku segan nak suruh akak2 ni ambil gambar aku banyak kali. Dahla tangan bergoyang memanjang (eh dorang yang kata la.. bukan aku kata). Selepas mencuci2 mata sepanjang Waterfront, kami pun kembali ke hotel. Aku dah ada roommate tau! Kak Ani namanya. Nanti aku letak gambar dia. Borak2 dengan Kak Ani, berkenalan apa yang patut (sebab Kak Ani bertugas di Angkasapuri, aku ni di Sime Darby) tak pernah bersua muka kami ni. Bersihkan diri siap2 untuk aktiviti malam nanti. Ke mana?

Jabatan Penerangan Malaysia, Kuching, Sarawak. Mereka sediakan makan malam yang enak untuk kami semua peserta rombongan PUSPANITA Jabatan Penerangan Ibu Pejabat.

Aku dan Kak Ani roommate ku yang comellll! Masa ni kami tengah dengar ucapan oleh Pengarah Sarawak, Encik Resat. Lepas ucapan adalah masa untuk menjamu selera dan diiringi dengan persembahan dari artis PENTARAMA. Diselang-seli dengan nyanyian karakoke oleh staf Penerangan Sarawak dan ahli PUSPANITA sendiri. Aku tukang tengok je, suara takde masa depan. *Gambar memang sengaja diedit.


Dari kiri; Kak Jizah, Kak Jeeva, Kak Mariani (staf BMKK Sarawak) dan aku. Warga BMKK Ibu Pejabat dan Sarawak bergabung di dalam sekeping gambar (tah pape je ayat ni)


The crowd. Gelap sangat masa ni sebab pencahayaan kurang. Seronok la pertama kali ke sini. Berkenalan dengan staf2 di sana. Sebelum ni asyik bercakap dalam telefon tapi tak pernah berjumpa. So kali ni jumpa, borak la sampai tak tahu nak borak apa dah. Menjelang pukul 11 kami pun beransur pulang kembali ke hotel. Letihhhhhh... letak je kepala kat bantal aku terus terlelap (tak sempat teringat kat anak pun). Esok pukul 6 pagi dah kena turun breakfast. 6.45 pagi bas akan mula bergerak ke destinasi seterusnya. Ke mana kitak?


Selamat malam Kuching! Selamat malam Kak Ani! Hehe..


::to be continued::

8 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

akak pegi sarawak hari tu pun duduk hotel harbour view gak...nampak gak tokong cina tu...tp kira hotel tu dah kira tgh2 la, sedang elok la nak shopping situ sini...kan...

lynaleng said...

laaaa bersambung lagikkk..

Nur Irfan Juezrie said...

wah.. best nya.. ce cite lg.. ce cite..

Anonymous said...

bestnyer berjalan ye.

ummirayyan said...

noks..bangunan warne wani tu bukan otel..sopping mall le..kat tingkat atas ada panggung wayang..tempat memakan..

Mak Izz said...

ya kah? la.. kalo aku tau harusss terjah tgk midnite aritu. nasik sudah menjadi bubur. len kali jelah :)

-anidaothman- said...

bestnyaa.....p bumi kenyalang....ada Ole-ole dak untuk orang sinik ??? hahahahaha...

akak coMEL....ar

Mak Izz said...

nida - mmg best nida. pertama kali dalam sejarah la katakan. ole-ole ada tapi utk ahli kuarga saja. utk nida takda. tunggu akak fly obesi la br beli ole-ole kt nida, br class!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!