9.15 pagi dah bertolak dari ofis ke LCCT, Sepang. Singgah di R&R (mana tah) untuk minum pagi. Dari kiri; abang Aziz (pilot), Kak Fadzilah (S/U PUSPANITA Jabatan) dan Kak Zack. Masa ni kami berlima, lagi sorang Kak Faridah (tiada dalam gambar).
Yeay.. dah sampai LCCT. First time aku sampai sini, tak sangka rupa2nya LCCT ni kecik aje. Yang kat depan, tudung jingga tulah Kak Faridah. Semua ahli PUSPANITA yang turut serta dalam rombongan ni seramai 33 orang. Bagaimanapun, penerbangan kami ke sana menaiki 3 trip penerbangan yang berbeza. Untungnya aku naik trip yang pertama (4 orang je). Maknanya kamilah group pertama yang sampai Kuching. Yeay!!!
Yessss! Wajah gembira menaiki flight Air Asia yang kecil macam bas mini. Bukanlah memperkecilkan saiz kapal terbang ataupun syarikat Air Asia tetapi memang terasa kecil jika perlu memuatkan saizku yang agak somel ini. Cubaan mengambil gambar sendiri juga adalah kabur. Salahkan diri yang bengap (tidak reti) menukar setting kamera!
Menu kami pada tengah hari itu adalah Nasi Bukhara. Rasanya tidak berapa sedap mengikut tekak aku (pengakuan jujur). Orang kata tidak baik merungut tentang rezeki tapi ini bukan merungut tetapi pengakuan :) Walaupun tidak berapa sedap tetapi tetap licin aku bedal. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Jangan bazir rezeki, nanti Allah benci!
Perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit akhirnya kami tiba jua di Kuching. Hihi.. suka tak terkata! Sempat snap photo masa tunggu queue di kaunter imigresen. Muka adalah berminyak. Nampak sangat cemas masa naik flight. Dulu masa teman ke Sabah, idokler pulak telinga berdesing sampai setengah jam, sakit bingit dalam telinga. Tapi kali ni??? Adakah kerana peningkatan usia? *gulp*
Sampai je di pintu masuk arrival hall dari jauh dah nampak pegawai dari Jabatan Penerangan Sarawak, Pn. Julis dan En. Jimmy tersenyum lebar menunggu dengan signboard tertulis "PUSPANITA" di tangan. Hehe.. cam hebak2 je rasa. Merasalah jugak kan macam kat dalam tv tu. Ada orang tunggu dekat airport dengan signboard. Macam jauh benor! Kami disambut dengan ucapan selamat datang dan pelukan yang meriah dari Pn. Julis. Dengan En. Jimmy just say2 hi je. Hehe.. Suka betul mereka kami bertandang ke sana. Ni yang rasa nak pergi Sarawak tiap2 tahun! Ceay... masa ni lupa dekat anak2 di Semenanjung ke? Taklah.. anak2 tetap dihearty tau! (tengok sampai aku eja hati pun jadi hearty)
Kami berempat dan barang2 naik landrover Jabatan ke tempat penginapan. Di manakah letaknya kamar peraduan kami selama 3 malam ni ye? Aku juga suspens kerana tidak diberitahu lebih awal. Ceay... (suspens sebab takut disuruh tidur di rumah panjang) Ekekek...
Pilot pertama kami di Sarawak. Lupa pulak namanya. On the way to tempat penginapan.
Jem juga jalan di Kuching ni ye. Of courselah.. nama lagi Kuching, ibu negeri Sarawak. Kami pula sampai petang Jumaat, hari bekerja. Harusssss tempuh jem. Tapi takdelah sepanjang jalan dari airport ke hotel jem. Certain2 tempat je. Macam di KL juga.
Hampir 30 minit perjalanan maka kami pun tibalah di tempat penginapan yang bakal menjadi tempat lepak2 sepanjang 4 hari 3 malam di sini. Cerita pasal hotel dan aktiviti pada hari pertama aku cerita next entry k. Harap bersabar dan terima kasih sudi baca entry ni!
::to be continued::
9 comments:
erm.. next please..
Ma dah pergi ke Sarawak 2 kali. First 1996, second 2008. Paling menarik ke tempat kek, boleh makan sampai kenyang. Hahaha...
Wah....berjalan sakan Mak Izz n Hasanah ni! Ni yg jeles3x..-Mak Enon
jue - ada ms nt akak update cpt2
ma - wah.. bestnye ma dh 2x ke sarawak. betul tu ma, blh makan sampai kenyang. hahaha...
m'enon - sesekali dpt peluang, lenjan abis2an :)
siap berjujuran air mata la kununnnnnnnn..dlm hati lonjak2 nak pegi hehehe
siap berjujuran air mata la kununnnnnnnn..dlm hati lonjak2 nak pegi hehehe
k'lyn - ui betul la. nanges tau. nt u kena pisah dgn anak u br tau!
g sawarakk beshnyaa....
nida - best laling. jom la nida ke sana!
Post a Comment