Assalamualaikum wbt
Sekarang baru dapat mengupdate. Semalam di pejabat sibuk gila menyiapkan Fail Meja yang perlu dikemaskini from A to Z. Hari ni pun kena sambung pulun di rumah. Cadang esok nak pergi ofis sekejap nak print siap2. Pening kepala selagi tak siap. Rasa beban sungguh! (tido malam tak lena, mimpi pun Fail Meja sajork) Huh!
Ok sebelum mula dengan kerja ofis yang dibawa balik ke rumah, nak update dulu sambungan cerita sehari di Puspanitapuri. Seperti yang aku beritahu dalam entry lepas, seminar ini ada 3 slot ceramah. Ceramah2 adalah berkaitan dengan gaya hidup lestari dari bab kesihatan diri, persekitaran sehinggalah ke bab kesihatan mental.
Ceramah 1 - Anti Aging - What is it? And is it Possible?
Penceramah adalah Datuk Dr. Sidiq Mohamad dari Sidiq Specialist Medical Clinic. Bila bercakap tentang tajuk Anti Aging, wah... semua suka! Semua cerah mata! Is it possible? Yessss. Memang ada! Dengan mengambil pemakanan sihat dan betul kita boleh "look and feel young" although still 'cannot become young'. Hehe.. Aging ni berkaitan dengan hormon. Makin rendah kadar hormon dalam badan seseorang tu, makin cepatlah dia nampak tua. Dalam badan kita ada banyak hormon antaranya Growth Hormones (hormon untuk membesar), DHEA, sex hormones, Thyroid Hormone dan lain2.
Hormon2 ni membantu tubuh kita untuk menjalankan fungsinya. Contoh: Bila kita stress, badan kita akan produce high cholestrol. Selalunya doktor di hospital akan suggest ubat cholestrol. Dr. Sidiq kata ubat cholestrol ni tak bagus sebab dia akan merendahkan sex hormones (ops) which is akan mengganggu 'sex life'. Jadi Dr. Sidiq suggest, bila cholestrol tinggi.. cara nak turunkan adalah dengan BERTENANG. Tak perlu guna ubat. Sebab bila seseorang tu bertenang, hormon stress dia menurun. Hormon stress yang rendah membantu menurunkan kolestrol. Hehe.. Berbelit2 aku cakap ni korang faham tak? Kalau tak faham, korang rujuk kepada mereka yang pakar eyh. Aku ni pun dengar ceramah kadang dengar kadang lelap (ops ops).
Apa2 pun memang berguna sungguh ceramah pasal anti aging ni. Bukanlah aku kata aku takut tua, taknak tua :) Cumanya kalau kita menjaga pemakanan (makan ikut jenis darah kita A, B, O dan AB) insyaAllah, kita tidak akan tua sebelum waktunya. Kesimpulannya, lepas dengar ceramah Dr ni aku rasa macam nak ambil supplement anti-oxidant sebab ianya adalah sangat penting tau! Oh ye, anti-oxidant ni secara semulajadinya banyak dalam sayur dan buah. Sesiapa yang tak makan sayur, kurang makan buah, lebih baiklah korang ambil supplement k. Supplement yang disyorkan adalah omega fish oil dan Alpha-Lipic-Acid (good anti-oxidant). Banyak dijual di farmasi, Dr. Sidiq tak syorkan apa2 brand sebab dia kata "too much". Pilihlah apa2 brand pun yang disarankan oleh pharmacist, oleh doktor lagi bagus.
Taknak awet muda macam Kak Nita ke?
Ceramah 2: Taklimat Kitar Semula
Taklimat Kitar Semula? Motif??? Dipendekkan cerita (wah.. asal bab recycle je ko pendekkan cerita ye?) Taklimat disampaikan oleh Encik Jamal dari Perbadanan Putrajaya. Ceramah ini dipilih sebagai salah satu tajuk dalam seminar kerana nak sampaikan mesej betapa pentingnya kaum ibu dan kaum isteri mengerti dan tahu bagaimana ingin mengekalkan keseimbangan alam di samping dapat mengurangkan penghasilan sampah yang menyebabkan pencemaran. Bila kaum hawa ni BIJAK memanfaatkan program kitar semula ni, secara tak langsung alam sekitar kita akan lebih terpelihara dan kehidupan akan menjadi lebih sihat dan sempurna.
Kitar semula tau!
Ceramah 3 - Gaya Hidup Lestari: Melalui Keseimbangan Dalam Menguruskan Keperluan Hidup
Ceramah yang ke-3 adalah ceramah dari Tuan Haji Shamsul Bahrain, Pegawai Kaunseling dari Politeknik Shah Alam. Actually kan, aku tak sempat dengar ceramah ni sebab Kak Abby ajak aku temankan dia ke Shell (nak cucuk duit kat ATM). Maka tiada apa yang aku nak share dengan korang pasal ceramah ni. Balik2 dewan je ceramah dah habis ish! Jangan marah aku tau, marah Kak Abby! Hehe..
Cerita 3: Jualan dan Shopping
Setiap kali ada seminar, Puspanita akan memberi peluang kepada peniaga2 kecil mahu pun besar (samada saiz perniagaan mahupun saiz badan) berniaga di luar dewan. Memang sangat best! Macam2 barang dijual, dari bab pakaian/tudung/aksesori wanita, handbeg, buku2, kain ela, selimut, towel, kuih-muih, coklat, biskut, urutan refleksologi dan macam2 lagilah! Aku tengok masing2 meriah membeli-belah. Termasuklah aku :p Kali ni aku hanya shopping tudung awning RM15, ribbon clip untuk Hasanah RM5 dan coklat untuk abang Izz, 3 kotak RM10. Untuk abah Izz, takde. Kongsi coklat dengan Izz jelah ye bah!
Cerita 4: Penutup
I'm so happy dapat join seminar ni :) Apatah lagi seminar di peringkat kebangsaan di mana mengumpulkan semua ahli Puspanita di seluruh Malaysia. Dan aku bertambah tambah tambah happy sebab dapat bertemu kembali dengan adik2 seperguruan masa study di politeknik dulu, Wahida dan Haizan. Rupa2nya dorang memang aktif dengan Puspanita, aku je yang suam2 kuku. Kini Wahida adalah Penolong Jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran KL manakala Haizan pulak PA di Hospital Ampang. Zan, best tak kerja dengan doktel?
Agak2 boleh tak kulit kembali muda macam masa baby dulu?
Oklah cerita tamat di sini. Next week aku bakal berkursus di IPPTAR selama 2 hari. Jika ada masa dan kelapangan, aku kongsikan bersama ye. Bye bye and thanks for reading this entry!
1 comment:
muke hasanah sebijik mcm muke akak ms tecik2... tomey...
Post a Comment