Sunday, April 17, 2011

Petua Rajin Mengemas

Salam semua. Ketemu lagi dalam blog ku ini setelah 3 hari menyepi. Situasi di ofis SANGAT SIBUK akhir2 ni membuatkan tiada hati nak update. Jika ada masa terluang pun hanya sempat untuk ke tandas sahaja (busy tak? busy tak?). Even malam2 pun dekat rumah sepatutnya aku gunakan waktu untuk mengupdate kan? Tapi bila tengok laptop je rasa nak muntah. Laptop tengok aku pun dia nak muntah. So good nite, sleep tide...

2 hari berlalu, tiba2 rasa rugi bayar streamyx bulan2 tapi tak guna. Membazir kan amalan syaiton! Taknak2, aku taknak amal perbuatan syaiton. Maka malam ni (sekarang tepat jam 2.35 pagi) aku tabahkan hati dan sedaya-upaya cambahkan mood untuk mengupdate. Yeay berjaya! Tadi masa tengah gosok baju, aku terpikir nak share dengan korang tentang satu perkara. Apaaaaa la benda tu ye yang aku nak share2 bagai. Gini. Sebagai surirumah yang suam-suam kuku macam aku ni, apa yang buat korang mencambah minat untuk mengemas dan mendeko rumah agar rumah kelihatan kemas, teratur, cantik, tersusun rapi bak gigi Ziana Zain? Maklumlah, kita ni bekerja. Weekend je ada kat rumah untuk mengemas bagai. Tapi bila badan dah letih melayan suami dan anak2, mesti bab kemas-mengemas tu jadi macam argh... takde semangatlah! Badan penatlah! Anak suka buat sepahlah! Penat kemas je, kang sepah balik. Ops!

Bukan nak aibkan diri sendiri, tapi aku boleh dikatakan tergolong bawah kategori itu. Isk isk.. macam malu nak mengaku kan tapi i taknak jadi manusia hipokrit (hehe). Dulu masa anak dara, ceay.. rajin ngomeh (mengaku rajin padahal tak suka dengar mak membebel rumah sepah). Lepas kahwin, belum ada anak ceay.. every weekend mop lantai, cuci peti ais (tipu, ni buat sebulan sekali je), cuci alas kaki pakai tangan (wow rajinnye walaupun tengah sarat mengandung 9 bulan) dan macam2 lagila operasi membersih. Sebab apa tau. Sebab bila tengok rumah kemas hati pun riang.. mata pun senang.. suami pun tertawang.. hahahaha.

Cuba sekarang selepas punya 2 anak. Yang sulung 2 tahun (RAJIN 'MENGEMAS') yang nombor 2, 10 bulan (RAJIN 'MENGUTIP'). Bila tengok rumah tunggang-langgang macam tongkang karam, peluang nak mengemas tu bukan datang selalu bila ada anak kecik. Kena tunggu dorang berdua tidur serentak ataupun umpan dorang main kat luar (dekat porch). Si Hasanah yang umur 10 bulan tu aku pakaikan kasut, dudukkan dalam walker, ar mainlah ko kat luar dengan abang Izz. Untung2 sempatlah aku menyapu dan mengemop. Tapi selalunya jaranggggg sangat. Cuma sempat menyapu je pastu dah melalak2 nak masuk dalam rumah. Si Abang Izz pulak selalunya kalau dibiarkan main dekat luar memang dah berkubang dalam takungan air (paras buku lali). Pulak tu dalam musim2 hujan gini. Kawasan porch rumah aku simennya rendah dari jalan raya, jadi everytime hujan turun, air mesti bertakung. Tengok abang Izz dah rupa kobaw kubang lumpur, mengucap panjang jelah omaknye nak saborkan hati.

Kesimpulannya, faktor masa dan situasi betul2 memainkan peranan penting dalam hal ehwal pembersihan rumah. Tu belum campur aduk lagi dengan faktor R dan M. Apa tu? R bukan Rosnah Mat Aris ye.. dan M pulak bukan Maimun bini Pak Mat ok! R adalah rajin dan M adalah males. Kadang2 badan dah penat mulalah penyakit M bertandang. Walaupun waktu tu rumah tengah hiruk-pikuk; jalan2 terpijak mainan. Jalan2 terpijak sisa makanan (erk teruknye rumah sape nih?) tapi kalau penyakit M tu dah mai. Woh... bahaya! Masa ni cik abang sayang pun jadi melayang. Kalau aku dah disampuk penyakit M ni.... dok pikir2 camne ek nak datangkan ubat R tu sebagai penawar. Ha... mehla nak share petua kalo2 korang berhadapan dengan situasi ni (ke.. aku sorang je yang alami? T_____T)

Cara aku nak datangkan semangat R dan jahanamkan penyakit M adalah dengan.... (drum roll pleaseeee)... Jeng jeng jeng!! Aku akan menjamu mata dengan melihat gambar ruang2 kediaman yang indah menawan qalbu! Masa ni lah Majalah Anjung Seri, Impiana, Apartment, Seni Hias jadi kitab wajib!


Kecil tetapi KEMAS. Warna putih buat ruang kecil tampak luas. Tapi tak berapa luas sebab ada meja kopi besar gedabak kat tengah2. Ada anak kecik tak sesuai nih.


Tak sangka warna ungu gelap nampak anggun bila diganding dengan kusyen hitam. Nampak misteri pun ye gak. Heheh.. Suka gak, simple dan KEMAS.

Warna tema ruang tamu yang paling aku suka! Suka, suka dan suka! (4x suka tuh) Kerusi tu pun aku paling suka jugak. Sape suka boleh geng dengan aku :) Bila la boleh cun macam ni ye.


Ya Allah shomelnya! Dapur ke nih? Shanteknya gandingan warna hijau & putih. Dining table dia SANGAT cute. Woh.. kalo punya dapur begini harus siang malam lepak di sini (lepak memasak ke.. lepak makan?) *no comment*


Apple green dan putih memang sangat serasi! Pun comel jugak. Aku suka glass shelves tepi tuh. Leh letak bunga dan tumbuhan hijau. Wow!


Tapi aku lebih prefer yang ini! Tampak lebih maskulin dan semestinya anggun! Wei ko nak memasak je ape hal nak anggun2? Kabinet kayu gelap memang menjadi pilihan utama. Island kat tengah2 tu berangan jelah sebab dapur kecik. Apapun, aku syukur dengan apa yang ader. Mungkin pada masa hadapan boleh mantapkan, sape tahu?

Hah macam mana? Puas hati tak cuci mata tengok gambar2 kat atas? Agak2 terinspirasi ke tak? Dah tambah semangat ke belum? Tak teringin ke nak rumah kemas macam ruang2 di atas? (bukan ke soalan ni aku patut tanya pada diri sendiri?) Yolah2. Memang teringin sangat2. Kejap lagi nak kemas ler! Nota pengarang: Rumah cantik macam mana pun tapi kalau tak kemas, hem.. tak guna jugak kan?

Maka adakah petua aku ni berjaya untuk korang? Ceay.. pepandai je aku tuduh korang bawah kategori surirumah suam-suam kuku ye. Hehe.. oklah. Mata pun dah segar tengok ruang tamu kemas dan cantik, dapur yang comel dan bersih, sesiapa yang 'lebih kurang aku' tetapi malu nak mengaku (takpe, aku maafkan) marilah mencuba petua ini agar kita berupaya menambah semangat mengemas rumah dan tiada lagi alasan. Hohoho.. Kalo berjaya, sila ucap terima kasih dekat aku. Oklah nak masuk tidur dulu. Esok nak bangun pagi2, NAK MENGEMAS!

Bye bye!

P/S: Kalau korang ada petua lain, meh la share dengan aku jangan malu2. I reallyyyyyy need it! (tengok berapa panjang aku taip huruf Y, korang taulah betapa perlunya aku semangat2 itew). Jumpa lagi! Selamat mencuba~

16 comments:

rizqaisya said...

Hey Adha... baru jumpa blog ko..:) keep on writting tau...

K.I.K.A. said...

well...lately ni, izah pon seksa giler nak dptkn vitamin R tu....tapi gerak la jgk sket2 bab2 mengemas bilik yg dh sebulan xsiap2 cat lg...sobabnya; bilik yg sekangkang kera tu byk sgt barang....gerak ni sikit, tu sikit, dah takleh lalu....kirim salam sayang je la nak deco2...kih3... XD

faraherda.razalan said...

suke dapur hijau putih tu...heheheh!

Nur Irfan Juezrie said...

upss.. ju pun sama mcm akak.. berfikiran mcm apa yg akak tulis.. huh!! rasa mcm mls nk mengemas klu org yg mengemas 1 org.. tukang sepah 2org.. rasa mcm buang masa je kemas.. huhu.. sungguh 'M'..

btw, sume pic2 tu sume menawan hati qalbu saya.. nk!!!!!!!!!!

Nur Irfan Juezrie said...

opsss!! sory!

btw, cntik layout baru.. 3 column... cayalah!!!

jackapron said...

wah... sudah tukar layout!
manyak cantik wooo

Mak Izz said...

aisya - hei aisya... akhirnya sampai jua ko kt blog aku ye. aku pn dh lamewww x jengah blog ko. anyway thanks beb sudi singgah cni. rajin2la bertandang ye :)

izzah - hoho.. kalo nak cat bilik sekaligus (sehari suntuk) kena clearkan bilik dulu. tapi tulah, bilik banyak brg mmg AGAK SUKAR utk diclearkan. lg2 ada budak kicik tukang 'bantu'. ekekek.. wt sket2 lama2 jd bukit. jgn x bergerak lgsg udah. teruskan usaha anda!

fara - hijau putih mmg sweet mata memandang. nampak clean & fresh. sesuai sgt konsep dapur macam tu.

jue - haha.. nsb baik ada gak org mengaku. leh geng dgn akak nih. mmg byk faktor penyebab tp faktor utama penyakit M tu la. jom kita sama2 buang penyakit M jom! yezza... akhirnya berjaya juga ubah layout 3 column idaman qalbu!

jack - eleh.. pura2 x tau pulak. bkn ko ke yg tolong editkan? maceh inchik jack!

Unknown said...

Dapor sekicik mana pung, buleh jer buat dapor gitu...tapi thanks. berjaya memberi inspirasi sket kat kami untuk dekoret umah kami nanti....

Mak Izz said...

zaidi - dapur kecik giler mana leh letak island lah. nt xde tmpt nk lalu. takkan nk bertenggek atas island sambil basuh pinggan? hehe..

slmt mendecorate rumah baru! *tahniah*

Fida said...

Ohhh mak izz...such a therapy for me..maner ader jual ek vitamin r tu...semangat n nafsu nak mengemas tu memang menggebu2 di kalbu tp biler tgk assistant2 yg hyper aktif depan mater...hurmmm...biar lah dulu..haha...

isaya said...

i nak geng ngan u leh x?sama le hobi..bukan hobi mengemas tp hobi suka tgk rumah org len yg kemas..kalu lalu2 umah org yg terbukak luas pintu suka tgk umah depa yg kemas..heheh..tgk mencari vitamin 'r' ni tu yg tejupe ur blog..doakan i dpt segera yek..really mcm tongkang pecah dah rumah i nih..

Unknown said...

thank you bagi tips! sangat2 terkesan! hehe :)

tumpang lalu ye tuan tanah..
saya ada menjual set ingin hamil, menyusu & berpantang.. :)
http://thevitamom.blogspot.com
http://facebook.com/vitamom

Mak Izz said...

isaya - muahahah... tergelak sy bc komen awak. geng rupanyer. good2. so camne skrg? rumah dh kemas? nk terjah rumah boleh?

vitamom - tq, sharing is caring :)

Dalila yusof said...

Susah juga nak sentiasa mengemas, kalau saya set timer 15 minit pastu kemas laju2 , bahagian ni, laju2 kemas bahagian tuh...

Eja said...

Saya blum kawen..tp pn sme gk pmalas asalnya..dok uma sorg(dgn 2ekor kucing) pn bsepah mngalahkn yg da ade ank.. so utk cure pnyakit M ni..sy guna 2 tips yg mujarab dan ringkas:
1) ayat yg dilarang kita sebut: "malas la" dan "nanti la"..sebaliknya guna ayat "lbh baik aku buat skarang"

2) lepas guna/pakai, trus simpan/basuh/letak di tempat asal
Cth:
-lps guna walaupn 1 sudu msa masak..trus basuh ***
-lepas guna buku/brg..terus letak balik kt rak/stor/tmpt asal
-lepas baju kt ampaian dah kering..terus lipat sblm msuk bakul..jgn cmpk je dlm bkul ***

p/s: kdg2 mnda kecik cmni kalau kita susun kt tmpt die blik..mata kita pn sejuk je tgk..sma mcm kita tgk kt gmba2 dlm post ni..cuma bezanya..kerja mngemas siap atau bertangguh je..

tips utk ibu bapa: tegas! Arahkn ank2 buang smpah dlm tong smpah atau smpn brg yg dia ambil ke tmpt asal..gunakn nada bersahaja, x trlalu lembut dan x trlalu keras dan tnjuk contoh tips di ats kt ank2..sbb sy da guna cra ni kt smua bdk2 kcik yg prnah tggl sbumbung dgn sy/sy jga..dorg bkn makin bnci/nkal klau kita tnjukkn dia ape yg baik..tp lma2 dorg akn fhm dan makin syg kt kita..

Smoga bermanfaat..;)

***(paling berkesan dan terasa lega sgt)

Eja said...

Saya blum kawen..tp pn sme gk pmalas asalnya..dok uma sorg(dgn 2ekor kucing) pn bsepah mngalahkn yg da ade ank.. so utk cure pnyakit M ni..sy guna 2 tips yg mujarab dan ringkas:
1) ayat yg dilarang kita sebut: "malas la" dan "nanti la"..sebaliknya guna ayat "lbh baik aku buat skarang"

2) lepas guna/pakai, trus simpan/basuh/letak di tempat asal
Cth:
-lps guna walaupn 1 sudu msa masak..trus basuh ***
-lepas guna buku/brg..terus letak balik kt rak/stor/tmpt asal
-lepas baju kt ampaian dah kering..terus lipat sblm msuk bakul..jgn cmpk je dlm bkul ***

p/s: kdg2 mnda kecik cmni kalau kita susun kt tmpt die blik..mata kita pn sejuk je tgk..sma mcm kita tgk kt gmba2 dlm post ni..cuma bezanya..kerja mngemas siap atau bertangguh je..

tips utk ibu bapa: tegas! Arahkn ank2 buang smpah dlm tong smpah atau smpn brg yg dia ambil ke tmpt asal..gunakn nada bersahaja, x trlalu lembut dan x trlalu keras dan tnjuk contoh tips di ats kt ank2..sbb sy da guna cra ni kt smua bdk2 kcik yg prnah tggl sbumbung dgn sy/sy jga..dorg bkn makin bnci/nkal klau kita tnjukkn dia ape yg baik..tp lma2 dorg akn fhm dan makin syg kt kita..

Smoga bermanfaat..;)

***(paling berkesan dan terasa lega sgt)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!