Monday, November 2, 2009

Sibuk Yang Amat

Tajuk entry saja dah cukup menjelaskan betapa sibuknya aku sekarang. Memang betul2 sibuk sampaikan tak sempat nak menulis apa2 dalam blog ni. Rasa sedih juga kerana misi 30 entry masih belum tercapai :[

Di pejabat sibuk dengan tugas yang datang tak henti2, di rumah pula sibuk dengan Izz Haris yang tidak sihat sejak Khamis lepas. Izz kena penyakit 6 dalam 1 - demam campak, selsema, batuk, sakit tekak, ulser dalam mulut & sakit mata.

Dui.. sebagai mak, korang tau jelah rutin kita bila anak tak sihat ni. Melayan karenah Izz yang sentiasa meragam, tidur malam yang tak lena, tak mahu menyusu, susut berat badan. Isk isk.. pertama kali aku hadapi situasi begini. Kena banyak sabar dan terus bersabar.

Alhamdulillah, tengahari semalam Izz semakin sihat. Sakit mata dan demam dah hilang, dah mahu menyusu (mungkin sakit tekak dan ulser pun dah takde agaknye). Cuma selsema dan batuk2 masih ada. Mudah2an Izz cepat sembuh.

Ada masa aku menulis lagi ye :)

3 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah.. 6 dalam 1? kesian izz.. semoga izz cepat sembuh.. InsyaAllah

mamaelly said...

hehehe sian izz ye..moga cepat sembuh kay...tu la pengorbanan seorang ibu..

Mak Izz said...

thanks mommies, hopefully cptla hilang selsema izz tu, tak sampai hati tengok anak tak selesa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!