Friday, June 10, 2011

Main Pasir

::Story Telling by Izz Haris::

Assalamualaikum wbt

Hari ni Izz bercerita bagi pihak mak. Mak pergi kerja. Kesian dekat mak selalu takde masa untuk tulis blog. So kali ni Izz tolong. Semua baca apa yang Izz taip ni k.

Bulan lepas kami sekeluarga balik kampung abah di Pahang. Abah bawak kami ikut jalan baru melalui Temerloh terus tembus di Jengka (berapa ntah). Jalan dia lebih pendek berbanding jalan biasa yang kami lalu. Abah suka sebab dia tak perlu drive lama2. Mak tak suka sebab mak cakap tak dapat tidur lebih lama lagi dalam kereta (eh ye ke mak?). Maafkan Izz kalau Izz salah sebut.

Izz suka balik kampung! Ada atuk.. ada nenek.. ada Ateh.. paling Izz suka ada kokok dan ucing. Erm.. mak cakap kokok tu ayam. Ucing tu kucing. Tapi lidah Izz ni selalu tersalah sebut. Mungkin sebab umur Izz baru 2 tahun kut. Maka banyak kosa kata yang mak ajar Izz belum mampu lagi ikut. Mak jangan putus asa ajar Izz tau! InsyaAllah tak lama lagi mesti Izz pandai sebut mak. Yang penting, mak kena sentiasa ajar Izz.

Nak tahu apa aktiviti Izz bila balik kampung? Izz ringkaskan dalam bentuk list ye.

1) Borak2 dengan atuk sampai atuk tak boleh tidur (sorry tok...)
2) Jalan2 kat laman luar dengan nenek dan tengok kokok eh ayam.
3) Ikut atuk pergi kedai naik motor. Best!!! Paling best time atuk belikan aiskrim cornetto. Alhamdulillah..
4) Lari2 dalam rumah ke depan ke belakang (Izz rasa macam lari 1 padang sebab rumah atuk LUAS)
5) Kacau kucing dari jauh tapi bila dekat Izz takut sangat! (Kucing tu cakar Adik Anah beberapa kali sebab tu Izz takut)
6) Makan tak berhenti. Rumah atuk banyak makanan sebab tu Izz asyik makan. Makanan fav Izz adalah keropok ikan kaler merah. Sedap!
7) MAIN PASIR - mesti ramai nak tau macam mana aktiviti Izz main pasir kan?







Tak sangka senyap2 mak ambil gambar Izz tengah main pasir. Izz tak sedar langsung! Mak suruh Izz berhenti main. Izz tak nak. Mak cuba panjat nak dekat dengan Izz. Alamak... habislah mak dah datang. Cepat2 Izz kaut  pasir guna tapak tangan pastu Izz baling dekat mak. Mak cuba elak. Tiap kali mak datang dekat, Izz baling pasir, mak elak lagi. Hihihi.. Izz rasa kelakar! Izz ketawa dekah2.  Mak nampak macam marah. Izz tak kira, Izz taknak berhenti main. Dekat rumah Klang manade pasir macam ni. Dekat rumah opah pun takde. Tiba2 mak hilang. Mak masuk dalam rumah. Yeay... boleh Izz sambung main pasir.

Tak sampai 5 minit Izz nampak abah keluar dengan mata terjegil marah. Dekat tangan abah ada batang penyapu. Woh... abah nak buat apa ni? Papppp!!! Kena sekali kat punggung Izz. Memangla Izz pakai pampers tapi tetap sakit tau... huhuhu... Izz nangis kuat2. Sampai hati abah pukul Izz dengan batang penyapu. Apa salah Izz???

Eh oklah, kejap lagi mak balik. Izz nak tidur dulu nanti pukul 6 Izz boleh main dengan mak tanpa rasa mengantuk.  Nanti Izz cerita lagi ye. Bye-bye!

Thursday, June 9, 2011

1 Year Old



6 Jun 2010, 9.20 pagi - Lahir seorang puteri comel di PPUKM.

 Foto pertama puteri comel itu - pengikat kepala ala Bienda :)

 Day after - pipi semakin tembam

 Baru sampai rumah opah - tidur lena diulit intan

Jaundis? Argh....

                           Bercukur satu kemestian                                   

Kecil2 lagi sudah tidur lasak

Air liur meleleh, Hasanah ketagih.. (susu la)

Gambar kenangan semasa Hasanah baru dilahirkan, dalam hari dan semasa kecil (macamla sekarang dah besar) Eh.... sekarang dah 1 year old tau!

"Mak.. janganlah letak gambar Hasanah masa baby tu. Hasanah maluuuuuu"

Moga Hasanah jadi anak yang baik, soleh, cerdik, dengar kata, hormat orang tua, fasih lidah membaca al-Quran, tak tinggal solat dan sentiasa mendoakan kedua orang tuamu (hehe). Lav u bebeh! Happy 1st Birthday!!!


Friday, June 3, 2011

An Evening in Fun Fair

Stop seketika kisah percutian ke Sarawak. Next week aku sambung eyh. Hehe.. (suka2 hati je main langkau2 cerita) Sekarang nak cerita perihal tajuk di atas.

Ahad lepas kan Yang tidur kat rumah kami. So malam tu saje bawak Yang ke Fun Fair dekat Carrefour Kota Kemuning. Moh tengok gambor.

 Best giler naik buai ni (tapi tak naik pun)




Cari mana Izz?

 Hasanah dan abah

Mata terbeliak pandang apa la tu?

Si kecil tidak ketinggalan
 Ada Yang baru boleh ambil gambar berempat :)

Yang konon macho tapi kantoi ada kacang dalam plastik kat tangan. Hehe!

Actually fun fair ni start dari awal Mei hari tu. Last year pun ada. Sempat juga pergi walaupun masa tu tengah sarat mengandung. Pergi pun just temankan abah lepas gian nak main game 'gerenti dapat hadiah'. Macam2 game ada (game2 standard kat fun fair la) macam baling dart, cedok itik dalam kolam, tembak tin, baling gelung dalam botol air gas & macam2 lagi.

Fun fair rides pun banyak tapi kami tak cuba 1 pun kecuali Carousel Horse tu. Saje bagi Izz main (aku yang eksaited lebih, Izz biasa2 je) Nak bagi Izz main yang lelain tapi abah Izz takmo naik sekali. Takut gak bagi dia naik sorang, buatnya dia terjun kapal terobang tak ke bahaya? Mak Izz kalo slim dah lama naik temankan anak (dapat merasa sekali) Hehe..

Main game dapatla beberapa hadiah. Kunjungan sebelum ni asik dapat pen je, buhsan. This time dapat mug kecik, keychain bear & apa tah 1 lagi barang lupa pulak. Mahal gak nak main game, sebab 1 token cost RM2. Game paling murah pun kalau nak main kena 2 token, dah RM4. Setakat seronok2 bolehla.

Last year kami singgah fun fair di PD  hadiah game dia quite best jugak. Dapat Brick Game, puzzle & anak patung yang boleh consider size sederhana, takde la kecik besar ibu jari je.

Rasanya fun fair ni last hujung bulan 6 lah. Sesape berminat mohle datang Carrefour Kota Kemuning. Happening tau! Kaum bapa lepak dekat fun fair, kaum ibu leh shopping kain ela kat Nagoya dalam Carrefour. Eh korang dah shopping kain buat baju raya???

Thursday, June 2, 2011

Trip to Kuching, Sarawak: Day 2 (Part 3)

Assalamualaikum wbt

Wah.. macam tak percaya tapi berjaya jugak aku sambung cerita percutian aku ke Sarawak 2 bulan lepas. Clap clap clap! (beri tepukan kuat2 untuk diri sendiri) *mak vangge nyah*

Penceritaan kali ini lebih kepada entry bergambar. Sila tatap sampai lebam. Kalau tak lebam, sila cubit peha kanan atau kiri sampai lebam. Kalau takut sakit sila cubit peha rakan sebelah sampai lebam. Kalau tak lebam, mata korang yang lebam nanti (ape hal pulak main cubit2 orang nih?) *ok mengarut!*

Dalam entry lepas, aku ada beritahu lepas acara makan2 di Rumah Barok ada acara seterusnya. Apalah acara seterusnya tu ek? Meh cuci mata tengok gambar aktiviti.


Lecak? Selut? Apakah?


Adik2 comel bermain lecak dan selut. Woh.. kotornya seluarmu! (tapi ibu tak pening lagi selepas menggunakan Fab Total!)

 

Oh acara padang rupanya. Lumba lari (bukan lumba kuda) Cepat! Cepat!

Aku kagum dengan budak2 ni bersemangat waja join acara padang. Cuaca panas terik, padang berselut dan berlumpur, kelengkapan sukan tidak sempurna namun tak jadi masalah buat mereka. Anak kampung kan? Dah betah dengan itu semua ^__^

Acara untuk orang dewasa pulak. Abang pakai  baju hijau ni pengadil kami tau. Apa acara kami agaknya? Cuba tengok kelapa tua yang dia pegang. Agak2 game apa kami nak bertanding?


 Abang baju hijau beri penerangan kepada semua peserta. 



CC Ruhani ala artis (blaus, slack, shades dan handbag). CC.. agak2 la penampilan tu kalau nak join game :) Kalau korang nak tahu, cuaca tengah panas terik (pukul 2.30 petang masa ni) Tapi kami semua tetap gigih memberi kerjasama.


Rajes mengambil tempat. Oh.. main boling padang rupanya. Kami dikehendaki menjatuhkan botol mineral size besar (penuh  berisi air) dengan menggunakan buah kelapa tua sebagai bola. Susah bangat weh sebab buah tu tak bulat, ada ringan ada berat, keadaan padang rumput pun tak rata, benci tau. Asal lontar je ke laut. Asal lontar je ke gunung. Huhu.. (ok tipu tapi perumpamaan main begitu teruk macam tu lah) Bertambah sedih bila lontaran yang dibenarkan hanya SEKALI sahaja. Sekali je tau *sobs*


 Wow gaya peserta dari team kami. Peserta lawan kami adalah golongan belia wanita Kg. Belimbing. Sape menang ek?


Tadi gaya tangan ke atas. Yang ni gaya tangan ke bawah pulak. Semua peserta cuba sedaya upaya walaupun tahu bukan senang nak menang.


Makcik ni sangat comel. Tapi korang jangan terpedaya dengan kecomelannya. Next entry nanti korang tahulah mengapa.


Ok giliran Kak Zack mengambil tempat. Aim punya hebat, kalah peserta Olimpik ni. Adakah Kak Zack berjaya?


Hihi.. comel2 kan peserta lawan. Masa main boling ni, kalau tak silap aku group kami yang menang. Ceay.. sedikit bangga di situ. "Kita kalahkan tuan rumah wehhh"



Ahli yang telah kepenatan. Aik main boling pun dah penat? Camne nak lawan tarik tali ni? ^__^



 Cubaan kedua CC. (Cubaan kedua hanya dibenarkan jika anda dapat point untuk mara ke peringkat seterusnya) Adakah berjaya? (paling banyak  botol yang tumbang pun 2 botol je (dari 5 botol kalau tak silap) Sabor jelah. Susah wei game ni.


 Peserta paling hebat (tangga paling atas dari bawah) Gaya tak nak kalah tapi memang kalah pon :(



Abang baju hijau mengambil markah. Huhu.. siapa yang menang? *sebenarnya aku tak tahu siapa yang menang (secara individu) sebab aku dah blah masa ni. Lepak2 kat tepi je sebab aku tension tak dapat jatuhkan 1 botol air sekalipun. MENCIK! <-- semangat kesukanan semakin longgar (kalau baju longgar ke, seluar longgar ke syokla jugak -> petanda dah kurusla konon2) *eh apa ko ngarut nih? ^__^

Game seterusnya adalah tarik tali. Hah entry tarik tali ni aku update later k.

Trip to Kuching, Sarawak: Day 2 (Part 2)

Salam muhibbah kepada semua pembaca setia :) Fuh, akhirnya! Entry kali ni aku nak lunaskan janji-janji manisku dulu. Sambungan trip to Kuching. Silalah baca tanpa rasa jemu  ^__^

Rujuk entry Trip to Kuching, Sarawak: Day 2 (Part 1) untuk refresh kembali memori anda. Setelah berpenat lelah menghabiskan air liur tawar-menawar dan mengosongkan poket membeli-belah di Serikin, kami  bertolak ke sebuah perkampungan Islam di Pedawan. Perjalanan memakan masa 2 jam dari Serikin. Woh... letih yang amat! Bayangkanlah naik bas, duduk di seat paling belakang then melalui jalan bengkang-bengkok dan tidak rata (terhenjut2) dalam tempoh 2 jam! 2 jam pergi dan 2 jam balik. 4 jam perjalanan dalam bas sahaja. Huhu... letih dan jeran.


Papan tanda simpang ke Pedawan. Perkampungan Islam yang kami pergi ni atas lagi dari Annah Rais Hot Spring. Lebih 40km lagi, uwaaa....


Alhamdulillah, berkat kesabaran yang tinggi (kalau sabar nape merungut tadi?) akhirnya kami sampai jua walaupun  pelbagai cabaran terpaksa diharung. Macam tak percaya di balik gunung-ganang, hutan belukar tiba2 jumpa pintu gerbang Selamat Datang ke Kampung Darul Islam Belimbing (atau lebih dikenali sebagai Kampung Belimbing). Tiba2 dalam hati terasa macam "perkampungan buniankah?"



Wah.. mula2 tadi bajet perkampungan bunian kan? Sekali masuk... hambek ko! Siap ada tarian selamat datang lagi! Tergezut rombongan cik kiah. Memang shiok la adik2 manis ni menari welcome kami semua siap dengan paluan gong dan alat muzik tradisional kaum Bidayuh. Tiba2 perasan seperti pelancong luar negara :p


Geng rombongan tidak melepaskan peluang untuk turut menari bersama-sama. Ikut hati aku memang nak sangat join menari (hobi masa kecil adalah menari) tapi sedar diri saiz badan tak berapa sesuai nak tunjuk bakat kat situ maka sekadar menjadi penonton setia jelah. Terharu sangat tau dengan sambutan dorang nih. Sungguh tak sangka!

Selepas sambutan tarian selamat datang tu, kami semua dipelawa menaiki pondok Pusat Kraf di Kampung Belimbing (nampak tak pondok belakang budak2 menari tu) Ha.. itulah pondoknya. Kami pun naik bersimpuh ayu then majlis pun bermula. Ada ucapan2 dari tuan rumah dan acara makan tengahari!


 Antara aktiviti di Pusat Kraf. Menjahit benang emas atau perak di selendang (ada spesifik nama kain dia tapi aku dah lupa) Peram lama sangat gambar2 ni tu la pasal. Ingatan semua dah kabur.


Pelancong asing turut ada waktu ni. Tengah berkira2 nak beli ke tak barang kraf tu agaknya :)


Rumah Barok - tempat makan tengahari dan minum petang

 Jom makan! Menu adalah makanan tradisi suku kaum Bidayuh

Usai makan tengah hari, masing2 merebahkan diri di rumah rehat yang disediakan. Solat Zohor then bersiap2 untuk acara yang seterusnya.




Apakah acara yang seterusnya? Tunggu entry selepas ini :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!