Monday, December 7, 2009

Kembali Bertugas

Yeay.. kembali bertugas seperti biasa. Nama je 2 hari berkursus, ingat dapatlah rest sikit tapi tak dapat rest pun sebab still kena buat kerja2 ofis. Bertambah penat ada. Ofis tingkat 12, kursus tingkat 14, melampaula kalau aku nak tinggalkan kerja terus. Sampai ofis waktu pagi cepat2 setelkan kerja ofis (mana yang urgent). Pastu berkejar attend kursus pulak. Tiba lunch time cepat2 balik ofis semula tengok kalau2 ada kerja penting. Pukul 2 berkejar semula naik atas sambung kursus. Petang macam tu jugak, woh.. lotih makcik 2 hari tu. Apa pun alhamdulillah, kursus dah tamat. Sijil pun dah dapat. Bolehlah kembali bertugas seperti biasa tak perlu terkejar2 lagi.

Seperti yang aku beritahu last entry, Khamis & Jumaat lepas aku attend Kursus Blog. Masa kursus, unit IT ajar create blog melalui blogspot je. Ada yang aku dah tahu dan ada ilmu baru. Ilmu baru tu aku dah apply kat blog ni. Nampak tak sekarang blog Mak Izz Menulis dah ada undian? Rajin2lah mengundi kat situ ye. Tak susah pun, just baca & klik jawapan anda. Jawab kena ikhlas tau. If jawapan anda tak berapa best untuk aku dengar pun takpe.. sebab jawapan tu ikhlas dari lubuk hati kan. At least aku boleh perbaiki kat mana2 yang kurang. Jangan risau, aku tak sentap punya, lagipun nak tengok sejauh mana kewibawaan blog aku ni. Haha.. poyonye makcik Bedah kali ni. Fuh!

Erm actually ada 2, 3 cerita nak kongsi kat sini tapi masa tak cukuplah. Ada kerja yang lebih penting menanti. Apapun nanti senang2 (korang doakanlah aku ada masa senang) aku kongsikan. Pendam cerita lama2 nanti jadi basi korang mual pulak nak baca. Oklah, sabar menanti cerita baru ye. Apapun jangan lupa buat undian. Penat je aku apply ilmu baru tu. Kalau korang tak buat, sape lagi? Hehehe...

5 comments:

jackapron said...

cite ape yg menraik tuh?

Mak Izz said...

cite menraik takde, cite menarik adalah. nak tau, tunggu next entry (kalau sompat)

NeenaAnuar said...

dah vote dah!

ajar lar akak dikkk.. camner nak buat voting nie! hehehee.. nak gak bubuh kat blog akak nanti.. ahaks!! :D

Puteri Satu said...

citer menarik? atau citer baik? atau berita baik? apapun alhamdulillah... rezeki berganda-ganda tu ji...hiks...

p/s ~ akak rasa akak tahu citer menarik atau berita baik tu apa... kakak kembar akak ada bagitahu..hiks..

Mak Izz said...

k'neena - i create special entry 4 u. semoga gembira :)

puteri1 - yezza.. berita gumbira tu hanya akan diwarwar sedikit ms lagi. awal2 ni bikin rahsia dulu, hikhik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!