Thursday, December 10, 2009

Izz Checkup 9 Bulan

Diam tak diam dah 9 bulan usia Izz Haris. Sekejap je masa berlalu kan. Seperti biasa, Selasa lepas aku bawa Izz checkup di KIKK Cheras. Sabar jelah dengan pe'el Izz. Masa ditanggalkan baju suka yang amat. Masa ditimbang, boleh pulak dia meronta-ronta atas penimbang tu. Jenuh nurse nak baca jarum scale. Masa ukur panjang pulak, dia terajang2 kayu yang nurse letak kat bawah kaki tu. Pastu mulut bising nak meraung. Geram betul! Bila dipakaikan baju menangis2 pulak, isk buat malu mak dengan abah je.

Hasil checkup, berat Izz meningkat 400gram je dalam tempoh 2 bulan dari 7.7kg ke 8.1kg. Panjang 72cm, ukur lilit kepala 43cm kut (ingat2 lupa). Nurse kata perkembangan baby baik. Selalu kalau checkup nurse briefing ekspres je tapi kali ni nurse tu beria-ria bercerita tentang perkembangan bayi.. pemakanan bayi.. dsb. Bagus jugak. Sepanjang dia dok ceramah tu, Izz tak henti2 cuba capai pen, kad & buku yang ada atas meja nurse tu (haish... malunye mak). Sabar2. Nurse kata biasalah budak2 besar Izz ni, semua benda nak pegang, semua benda nak kutip, semua benda nak koyak. Uwaaa.. dugaan anak nak membesar.

So perkembangan Izz pada usia 9 bulan ni ialah:

1) Alhamdulillah sejak 7 bulan lebih aritu Izz dah mula merangkak.
2) Genap 8 bulan dah start memanjat2.
3) Sekarang dah pandai jalan meniti pegang sofa.
4) Dah pandai duduk (tapi duduk katak - sebijik mcm aku masa kecik2 dulu)
5) Cuba2 lepas tangan bila berdiri pegang meja/sofa.
6) Dah pandai kejar kucing dan nak main dengan kucing.
7) Dah pandai berdiri bersandar pada pintu (tangan tak pegang apa2)
8) Pandai mendesak (muncung2kan muka)
9) Pandai pegang botol susu sendiri sepenuhnya (sebelum ni kurang rajin pegang botol, kena alas bantal la, napkin la, adussss)
10) Usik semua benda dalam kereta walaupun dilarang (wah... penat makcik)
11) Pandai menangis bila orang takde dekat2 dia (dulu boleh je main sorang2, agaknya sebab dah besar kut)
12) Dah semakin pandai makan (bila aku nak masak bubur untuk Izz ni?)

Ok aku tulis 12 jelah. Itu perkembangan Izz yang aku nampak obvious la. Kat sini aku tepekla gambar Izz menunjukkan skill dia merangkak, duduk, berdiri & main kucing. Alahai anak emak.. Macam2.



Gaya merangkak dari pandangan hadapan. *Kenapa muka Izz garang je?



Gaya merangkak dari pandangan tepi pulak. Aicece.. *Apala mak ni menyibuk je ambik gambar Izz.



Gaya duduk tak siap. Masa ni kami yang paksa Izz duduk. Haha.. kesian dia tak reti tegakkan badan. Terbongkok2, mesti sakit tulang belakang. Ala sekejap je. Gambar Izz duduk katak aku belum snap lagi.



Izz posing berdiri. Hamboi2 kaki terpeletok nampak?



Ini kucing kat kampung yang menjadi mangsa gomol Izz.



Cuba2 untuk merapati si kucing.




Yey berjaya!!! Muka bangga giler sebab dapat pegang kucing. Meow meow!

Next checkup masa Izz umur setahun bulan 3 nanti. Harap2 Izz membesar dengan sihat dan cergas, amin...

2 comments:

Suzila said...

amboiii hepi mak izz nih....

Nur Irfan Juezrie said...

wah2.. bestnya izz dah boleh berdiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!