Tuesday, June 30, 2009

Pengalaman Bersalin Part II

Rabu, 4 Mac 2009

Pukul 9 pagi, doktor pakar & doktor2 tak berapa pakar (doktor biasa) akan round wad utk check semua patient. Aku gabra je menanti saat untuk dicheck. Yelah, kut2 betul ke aku kena ceaser hari ni. Doktor2 (dlm 4,5 org) sampai seperti biasa and check aku satu persatu. Doktor biasa akan report semua perkembangan terkini aku kt doktor pakar then doktor pakar akan check kertas report CTG aku & check perut. "Hem, quite big baby awak ni. Around 3.4 to 3.6kg. Berapa tinggi awak?" Doktor pakar tanya aku. Dengan pantas aku jwb "161cm". "Ok tinggi2. Boleh bersalin normal" Fuh, maknanye kalo aku x brp tinggi aku bakal bsalin ceaser la ye? Amboi agak bsr jgk baby aku tu. Ehm, larat ke aku nk teran nanti. Pas check aku, doktor2 tu semua beredar ke katil sebelah, check Kak Liza pulak. Eh, kata nk ceaser arini? Tak ckp pape pun. Aku pn terlupa nk tanya. Erm, bgslah kalo x nak ceaser aku. Hehe... Tapi pastu aku tanya kt nurse, nurse kata semuanya ok. Jantung baby ok, tekanan darah aku pn ok, so xde sebab mengapa aku perlu diceaser. So tunggu sakit je nanti blh bsalin normal. Yahuuuu!!! *alhamdulillah, slmt...

Dlm pukul 11 pagi mcm tu Doktor Alina (salah sorg doktor yg bertugas kat Wad Nilam) dtg jumpa aku. "Adha, hari ni kita x masukkan ubat (induce) awak ye. Kita bagi awak berehat hari ni. Dos ubat yg kita masukkan kt awak dh sampai tahap maksimum. Dah cukup 4 kali. Maybe esok kita akan induce ubat yang lebih kuat. Kita tengok dulu apa keputusan doktor pakar" Apa, berehat? Hari ni aku duduk di wad hanya dengan hanya berehat2? Erm, kalaulah boleh balik rumah :{ Kak Liza katil sebelah pagi2 lg dh induce ubat dos ke 5. Doc decide tambah dos dia sbb dia dh over due date. Cm aku ni lambat lg, so dorg xdela nk paksa2 aku bsalin awal. So sepanjang hari Rabu tu, aku menghabiskan masa dengan bersuka-suka sepanjang hari di wad. Yelah, sebab aku x seriau nk kena masuk ubat. X seriau kena seluk. Hihi... Just relax and enjoy my day kt wad (melawat ibu2 lain yg br pas bsalin, tanya pglmn dorg & cium baby dorg) Huhu..

Khamis, 5 Mac 2009

Seawal 7 pagi, Kak Liza dh masuk bilik pemeriksaan utk dipecahkan ketuban. By hook or by crook dia kena bersalin hari ni jgk. Huhu.. turn dia dh dtg. Turn aku belum lg. Bila Kak Liza (rakan berborak sepanjang kt wad) xde, boringla pulak. Pukul 9 pagi, doktor round katil. Doktor bagitau aku, dorg nak masukkan ubat yg lebih kuat sedikit untuk rangsang kontraksi. Dia kata kt Malaysia jarang2 guna ubat ni, sbb selalunya pakai ubat yg biasa (yg dia masukkan aku 4 dos tu) patient akan start sakit & bersalin. Tapi mcm kes aku, jarang2 berlaku la. Wah, keles kes aku. Jarang2 kt Malaysia tu... Doc ckp lagi, ubat yg dia nk gunakan untuk aku tu biasa digunakan di negara2 luar cth mcm kt Europe, kt Arab. Untuk org bdn bsr2. Wah.. perli aku ke? Erm, tp tiba2 aku terfikir. Adakah baka aku baka org Europe? atau baka org Arab? atau baka org bdn bsr? kuakuakua.... (smptlah pulak melawak) Ok2 kembali ke cerita asal. Nama ubat yg kunun2 kuat tu, Cycotex (aku suka sebut nama ubat ni cm best je, c.y.c.o.t.e.x) xde stok kt HUKM. So dorg soh Farizal p beli kt hospital private. Cari punye cari, jmp kt Hospital Pantai. Murah je harga ubat tu, x smpi RM5 tp ada extra caj RM20 sbb kena jmp doktor dulu sebelum beli ubat. Isk isk...

Pukul 11 cmtu, doc masukkan ubat. Aku pn tunggula kontraksi yg dijangka kuat dan sakit lebih drp biasa. Tunggu punye tunggu, sampai ptg, sampai ke malam. Tetap jgk x sakit2. Huhu... Cycotex pun x jalan jgk. Kebalnya rahim aku. Belum lg masa Izz nk keluar. Aku mcm dh putus asa dh. Dalam hati dok pikir, kalo Allah nk aku bsalin ceaser, aku redha dh. Belah pun belah lah, asalkan baby aku selamat. Gitu.... Malam tu sebelum tdo, aku dh rs sedih sgt2. Kenapa la aku belum sakit2 lagi. Amoi cina 2 orang tu, dh berseronok2 dgn baby dorg kt rumah. Ar.. terlupa pulak nk cerita. Kak Liza sebelah katil aku tu, dh slmt bsalin pukul 4.30 ptg td. Tapi dia bsalin ceaser. Masa pecah ketuban pagi tu, serviks dia dh buka 3cm. Masuk labour room 1st stage, cucuk epidural, induce lg ubat, tp smpi pukul 4 ptg pun serviks dia tetap 3cm jgk. Kak Liza cerita, dia dh x tahan sgt sakit (wlupun amik epidural). Dh x bermaya, jd dia pn setuju bila doc nk ceaser dia. Ehm bila aku tgk Kak Liza terbaring je kt sebelah, baby dia pulak kt baby room. Erm, sedihla pulak. Ntah bila aku nk jd cm dia. Dh bsalin and dh blh tgk baby. Nak sgt tgk muka baby aku ni. Huhu... Dlm kesedihan tu meleleh gakla airmata. Pukul 3 pagi aku tersedar. Aku bgn solat hajat. Aku doa kt Allah, aku redha dgn apa cara sekalipun. Kalau Allah nk aku bersalin normal, aku redha. Kalau nak aku bersalin ceaser pn aku redha. Aku dh tawakal sgt2 ni. Aku dh tak sabar nk bersalin. Dah tak sabar nk rasa sakit. Aku dh jenuh menunggu kt wad tu. Dah macam2 cara doktor cuba. Tapi takde perubahan pun. Huhuhu... Ps solat, aku pn samb tdo. Zzzzzzzzzzz.... (walaupun sedih tp tetap tido lena) :: To be continued ::

4 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

erm.. tak sabarnya nk tunggu cite ni abis..

syasha said...

tula, ni ada berapa part ni mak izz?

Mak Izz said...

kemungkinan 4 part, sabar kawan2. sedangkan matahari pn berbulan br abes, cite aku 4 part ni apa la sgt kan? kuikui..

ena said...

G bile nak continue part 3 ni? Aku pulak yg nervous tunggu pengalaman ni habis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!