Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #4 : Our Birthday Cake



Tuesday, October 4, 2011

Potty Training

Eceh tajuk very keibuan. Asyik cerita perihal diri sendiri sampai diri sendiri naik menyampah. Kali ni kasi peluang cerita pasal anak-anak pulak.

Tadi bawak Hasanah checkup 1 tahun 4 bulan. Sampai klinik jam 7.40 pagi. Selamat keluar dari klinik jam 11.10 pagi. Gigih tak aku dan Hasanah menunggu giliran? Berat Hasanah dah 9kg, tinggi tak ingat tapi BMI dia 16. Nurse kata OK. Next checkup adalah pada 6 Disember nanti. Sekalikan dengan checkup Izz. Kali ni aku amik appointment petang pukul 2. Abis checkup boleh balik rumah terus :)

Siapa yang potty training ek? Of coursela abang Izz. This month umur Izz dah masuk 2 tahun setengah. Budak2 sebaya dia dah ramai yang tak pakai pampers. 3 minggu lepas abang Izz dah start potty training. Alhamdulillah, so far baru sekali dua je bocor. Kami hanya pakaikan pampers masa dia tidur (malam) dan waktu keluar jalan2 je. Itu pun bising mulut dia cakap nak kencing... nak belak... Kalau rajin, aku buka la pampers dia soh dia membuang macam biasa. Kalo malas "Kencing jelah dalam pampers tu" Kesian anak aku :)

Ok2 pasni takmo malas2 dah. Terasa juga sejak dia tak pakai pampers ni. Sebab jimat, pampers lambat habis. CD pun tak payah aku basuh selalu2, guna untuk Hasanah je. Hehe... harap2 abang Izz semakin cepat pandai agar pasni kita tak payah pakai pampers dah. Membazir tu amalan syaitan. Nanti ada duit lebih mak boleh bawak abang Izz jalan2 tempat yang best (hehehehe).

Tak lama lagi giliran Hasanah pulak ^__^

Monday, October 3, 2011

Nando's Time

 Before


 After


Insan-insan yang bertanggungjawab :)

Tarikh : 27 September 2011
Tempat :  Nando's Sogo


Terima kasih BMKK!

Friday, September 30, 2011

..My 1st GA : FM Ini Aku Yg Punyer..

Hihi.. seperti diuar-uarkan dalam entry lalu, aku ada promote GA ni. Kalau aku tak join, nampak sangat kawan masa berada je. Disebabkan aku kawan susah senang bersama maka WAJIB  menjadi salah seorang peserta dengan harapan ingin membolot semua hadiah yang dipertandingkan kalau boleh. Malaysia boleh!!!

Untuk melepasi syarat pertama, Banner GA harus ditempelkan

..My 1st GA : FM Ini Aku Yg Punyer.. adalah kelolaan adik manis comel gebu si Lea. Syarat penyertaan dan maklumat lanjut korang boleh rujuk blog dia. Jangan memalas aku dah linkkan sekali. Untuk menepati syarat utama GA, moh perdengarkan pantun hasil nukilan aku sendiri tanpa kopipes dari  mana2 buku pantun yang ada di pasaran :)

3 soalan pilihan aku adalah :

1) Antara 1kg kapas dan 1kg beras, mane 1 yang lagi berat?
3) Byk2 mi, mi apa yg tak leh dimakan?
4) Kalau Ali Bin Abu, Kambing Bin ape?
 
Jawapannya (setelah memerah otak dan keringat jantan betina fonen)
v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


Bagi soalan 1) Antara 1kg kapas dan 1kg beras, mane 1 yang lagi berat?
 
Jawapan:
Sakit perut  berak keras
Berebut jamban sampai bergadoh
Dah tentu-tentu 1kg kapas dan 1kg beras
Mestilah SAMA BERAT dowwww…


Bagi soalan 3) Byk2 mi, mi apa yg tak leh dimakan?

Jawapan:
Naik scooter dengan awek
Singgah jap kat kedai nyonya
Nak jawab rasa macam nak muntah buwek!
Sebab MISAI Datuk K lah jawapannya :)


Bagi soalan 4) Kalau Ali Bin Abu, Kambing Bin ape?
 
Jawapan:
Orang giler tak siuman
Orang siuman confirmla tak giler
Apa la soalan ko mudah sangat ni Man
Kambing BINATANGler!!!

Aku tahu jawapan dalam tempoh pemikiran 3 jam aku ni tak berupaya lagi memecahkan urat kentut cik Lea tapi..... andaikata tiada contestant lain yang masuk bertanding, tak lain tak bukan
 AKULAH PEMENANGNYA!!! ^______^

Kepada kengkawan di bawah, silalah sudi join GA ni ye. Kalo tak join, lagi bagus! :B


Selamat bertanding!!!

Tuesday, September 27, 2011

Duapuluhsembilantahun :)

Tarikh hari ini pada tahun lapanpuluhdua, tarikh keramat bagi diri aku kerana pada tarikh inilah aku lahir ke dunia. Syukur alhamdulillah, pada usia duapuluhsembilantahun aku masih dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik (walaupun obes akibat diri sendiri), masih mempunyai ibu dan ayah untuk bermanja (dan mengadu nasib) dan diberi peluang menikmati kehidupan yang bahagia bersama suami dan anak2. Syukur ALHAMDULILLAH.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim,

I want to wish myself

HAPPY BIRTHDAY!!!

Abah sayang.. (abah adalah abah Izz  bukan abah aku, sebab abah aku, aku panggil ayah)
Uji tak mintak apa2 pun sempena hari lahir ini cuma....

Iklan dulu: Birthday cake sinonim dengan sambutan hari jadi. Tahun ni tiada birthday cake for me sebab (abah sila isi tempat kosong). Maka sanggup google image kek untuk diriku berangan dalam mimpi (malam karang).

 Aku leh tumpang kek ni. A for Adha. Kepala gajah for ........... (sila isi tempat kosong)

 Adakah bermaksud kena tambah seorang lagi bayi pada usia 29 tahun? (clue = baby boy)

29 forever? Hello.... 19 forever ok! (walaupun dh tua ganyut 290 tahun) ^__^

 Kek teleng (pusing kepala anda untuk melihat kek ini) Meriah betul kek ni ada bunga, sungai yang mengalir, pokok seketoi dan batu2an sungai. Aku namakan kek ni 'kek pencinta alam'

 Walaupun hodoh tetapi it's PINK!

 Untuk si kaki pancing (Hai Andy..)

Kek bantal Mawi dan Ekin ada sape2 terkenang sejarah lalu??? (ini kek kahwin daaa....)

Sambungan perenggan atas:
 
Uji tak mintak apa2 pun sempena hari lahir ini cuma....
 
- Penghargaan
- Kasih sayang tidak berbelah bagi
- Bantuan jika diperlukan
- Sokongan moral dari segenap segi
- Didikan yang tidak henti2
- Nasihat siang malam pagi petang
- Layan saya berborak dengan ikhlas (pleaseeee..)
 
Eh eh cukuplah tu. Kata cuma! ^____^ Semoga dengan genapnya umur 29 tahun ni aku akan menjadi insan yang lebih baik samada dari segi zahir mahupun batin. InsyaAllah AMIN... (tapi kenalah berubah ye, jangan cakap saje pandai) Hokei makcik.....!!! *kenyit mata sket...
 
 
 Last but not least, (ini tahun terakhir umur aku ada tanda 2 di hadapan) T..T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!