Thursday, May 13, 2010

Tag Pejabat

Minggu lepas aku telah ditag oleh sahabat karibku semasa di alam politeknik dulu iaitu Jue. Dalam tag itu, aku dikehendaki untuk menayangkan suasana tempat kerja aku (workstation) dalam bentuk entry bergambar.

So semalam aku gigih snappy sana sini sinun sekitar bilik aku untuk menjawab tag ini sebaik mungkin. Jom tengok!



Ok ni adalah pemandangan dari pintu masuk. Nampak tak bilik yang pintunya terbuka ada bendera Malaysia tu? Ar.. tulah bilik aku selaku PA kat ofis ni. Ehm.. tetamu masuk2 je terus nampak muka aku. Aku pulak tetamu masuk je terus nampak muka dorang. Muka kena sentiasa manis beb! (nasib baik memang manis 24jam) Ehek!



Ok dah sampai pun ke pintu bilik aku. Eh tadi pintu terbuka, apsal tutup pulak ni? Aku tutup sebab nak tunjuk korang gambar kat bawah ni.



Ha.. kalau tak nampak memang katarak glaukoma la mata korang. Punyalah bangga ada bilik sendiri, padahal PA cabuk je. Tapi korang perasan tak? Aku masih tak ubah lagi jawatan lama tu ke jawatan baru. Sepatutnya jawatan tu dah ditukar ke Setiausaha Pejabat. Ok2 pasni aku order kat supplier papan nama baru. *Eceh nampak tak bayang kegigihan aku mengambil gambar kat kaca pintu tu?



Ini adalah laluan terus ke ruang bekerja di belakang di mana ada cubicles untuk staf2 sokongan. Cubicles pegawai aku tak amik gambar sebab tak koser nak round 1 pejabat semata2 nak amik gambar masuk blog. Eh, lagipun tag ni kan hanya nak tengok workstation aku, bukannya workstation orang lain. Ha.. pegawai pun hanya duduk di cubicle tau, tapi aku.. ada bilik okeh! Bangga tak bangga?



Yang ni pulak adalah gambar ruang hadapan pejabat aku. Gambar ni diambil betul2 dari pintu bilik aku. Ada sofa & televisyen yang full package dengan ASTRO tapi bukan dapat tengok pun. Kadang2 aje waktu lunch break atau petang Jumaat yang hening, malas nak berpoya2 kat luar duduk sinilah ngadap tv.



Jom masuk bilik aku. Terjah! Inilah suasananya. Tak besar, tak kecik. Sederhana aje. Bolehlah memuatkan aku dan beberapa orang dok menebeng kat sini bila bos takde. Haha.. Bersepah kan bilik aku? Sila pura2 tak nampak :P



Ada 2 buah kerusi rotan untuk tetamu menunggu giliran untuk bertemu bos. Tapi jarang2 dorang duduk sini. Daripada dorang menunggu kat sini, baik dorang menunggu kat sofa hijau depan tv tadi. Selain daripada kerusinya empuk, dapat juga jamu2 mata sambil tengok ASTRO kan? Sebelah kerusi rotan ada rak buku yang dipenuhi dengan puluhan buletin2, majalah2 dan bahan2 penerbitan. Sebelah tu pulak kabinet besi 4 tingkat untuk isi bermacam khazanah termasuklah fail-fail sulit (bukan AF).



Ni pulak pandangan dari sudut berbeza. See my baju batik free tergantung elok di samping blazer yang free jugak. Ihsan kerajaan Malaysia, alhamdulillah.



Gambar ni pulak aku shoot dari kerusi kerja aku ni hah. Betul2 mengadap pintu kan? Agak2 kalau orang datang merompak, mesti aku yang kena dulu kan? Isk isk.. (sape nak merompak waktu2 keje?)



Inilah pc putih buruk besar gedabak kegunaan aku seharian. Tak tau zaman bila punya pc ni. Memang lembap serba serbi. Tapi macam aku pernah cerita dalam entry sebelum2 ni. Walaupun serba kekurangan tapi banyak jasanya.



Ok yang ni pulak adalah gambar pintu masuk ke bilik bos aku. Siapa nak masuk jumpa bos kena jumpa i dulu okeh. Takde pintu masuk lain. Nak taknak, kena tengok muka i jugak yang cantik lawa ni. Haha...



Lawa ke lawak?


Ok2 dahlah tu. Nak balik dah. Apa pun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya berjaya jugak jawab tag nih. 1st time jawab tag bergambar tau! Jue, sila kagum dengan akak. So sekarang korang dah tahulah tempat bekerja aku kan. Tempat aku selalu ngomel2 kat meebo, tempat aku selalu kena tegur dengan bos sebab tak siapkan kerja (erk!) dan di sinilah tempat aku mencari rezeki selama ni.

Aku harap pas bersalin nanti dapat tempat kerja baru, korang doa2kan ek!

*Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Gantikan perkataan 'bermain' tu dengan 'bekerja'. Huhu..

5 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah.. tq2.. ok la tu blik akak..wlpun pc besar gedabak.. tp jgn main2.. cermin pjg ttp ada ok.. then kipas pun ada.. then hanger baju pun ada.. baju pun ada.. hihiih

RaFFLeSiA MeRaH said...

x sangka lak akak pc ko masih pakai yg gedabak mcm tu lagi....kat bwh ni leh kata majoriti dah pc baru...camane la pok nik x backing ko uji, tolong ler mintakkan pc baru seketui...huhuhu....

Mak Izz said...

jue - cermin pjg tu akak beli sendiri. sng kan nk belek apa2 yg ptt, hehe! kipas mmg ada kt tiap2 bilik, kegunaan waktu kecemasan if tiba2 xde aircond atau kena datang ofis hjg minggu (aircond x on ma). hanger baju sume pegawai dpt, ada extra 1, akak rembat :P baju tu, pelengkap gaya anda! hahaha...

rafflesia - a'ar kak, ketinggalan zaman sungguh kan sy. poknik nk mintak pc baru utk sy? pc dia pn dia bg kt org lain. (apa slhnye bg kt sy kan kak?) sob..sob..

zaidi said...

Kalau penduduk Sato dapat bilik camni, konpem hilang setiap petang....bilik dah macam bilik tidur dah...
btw, apsal kat tray 'MASUK' ada paper?hehehe

Mak Izz said...

zaidi - kalo blk sy ni bkn kt dpn pun dh lm jd port utk tdo. tray MASUK ada paper sbb paper tu baru masuk. haha.. jom bc paper!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!