20 TIPS MENGHALANG KECURIAN
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (pencuri mungkin akan menggunakan anak sebagai tebusan)
2. Kunci/Sorokkan semua pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis, mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri. Bertujuan untuk melindungi mereka)
3. Sekiranya terlihat/terdengar paip di luar rumah terbuka pada waktu malam (jam 12.00 ke atas) jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka menunggu di luar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru di Dungun dan Petaling Jaya)
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas pada waktu tengah malam, kejutkan ibu bapa untuk bersama mereka (sekiranya tandas jauh dan berada di luar rumah)
5. Jangan simpan barang kemas di dalam almari baju (cara lama).
6. Bawa alarm kereta bersama ketika tidur. Jika terjaga pada waktu malam, cuba on/off untuk menakutkan pencuri.
7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda syak pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plat nombor kenderaan mereka (selalunya mereka naik motor berdua, setiap kali kita lalu di hadapan mereka, mereka akan menundukkan kepala)
9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita, bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan. Beri nombor telefon pejabat/handphone kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan kepada kita.
10. Semasa tidur, pastikan telefon berada di sisi anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti bomba dan polis di telefon bimbit anda.
12. Pasangkan alat pengesan kecurian di rumah (jika mampu)
13. Lampu porch dan belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik apabila waktu malam, baik semasa berada di rumah atau semasa bercuti.
14. Jika bercuti panjang, minta tolong pada jiran supaya mengambil surat-surat dari peti surat (peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah)
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis datang membuat rondaan yang kerap di kawasan rumah anda.
16. Kereta Proton adalah yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru, sekurang-kurangnya anda perlu kunci gear dan stereng sebelum tidur. (Sebenarnya masih boleh dicuri tetapi akan berjaya melambatkan pencuri)
17. Kalau ada anak perempuan, sebaik-baiknya pintu bilik dikunci dari dalam (ada pencuri yang mengambil peluang seksual) dan anda perlu ada kunci pendua (sekiranya berlaku kebakaran)
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki/baseball di bawah katil anda untuk mempertahankan diri dari pencuri yang bertindak ganas.
19. Jangan letak kunci di bawah pasu, dalam peti surat, alang pintu dan tepi tingkap (pencuri biasanya mengetahui taktik ini). Adalah lebih selamat jika berikan kunci kepada jiran atau orang yang kita kenal.
20. Kalau sewa rumah baru, pastikan anda tukar kunci baru (mungkin penyewa lama masih menyimpan kunci pendua)
Sumber Rujukan: PDRM
Banyak perkara baru aku dapat tahu di sini. Yelah selama ni tak pernah ambil port pun tentang cara nak elak/hadapi pencuri. InsyaAllah sama2 kita amalkan mana yang termampu dan mudah2an rumah kita tak menjadi sasaran pencuri/perompak.
Perampok berkaca mata! (Tapi bukan Budak Kacamata)
No comments:
Post a Comment