Khamis, 19 Februari 2009
Prof. Azlin: Adha, saya tengok paras gula dlm darah awak agak tinggi ni. Sekarang dh 36 minggu 3 hari. Erm awak kena bersalin awal ni. Kalau tidak, boleh bahayakan baby. So next week hari Ahad awak masuk wad, Isnin pagi kita induce. Awak kena bersalin awal lah, 38 minggu mcm tu.
Aku : Betul ke Prof? Erm.... gulp! (aku terdiam, diammmm je x tahu nak cakap apa. Sepatutnya due date aku 16 Mac nanti. Kalo aku bersalin Isnin tu, 2 Mac maknanya aku bersalin 2 minggu awal. Erm cm x best je bersalin tarikh 2 Mac. Hahaha)
Prof. Azlin: So, mcm mana Adha. Awak ok?
Aku : Takde pilihan kan Prof. Tak ok pun kena ok jugak (cewah2 aku bersandiwara pulak kt ctu)
So Prof. Azlin pun siapkan apa yg patut, sediakan dokumen, surat etc. Confirm 1 Mac nanti aku kena admit gak by hook or by crook. Nak menghabiskan sepanjang minggu tu hati aku risau je. Tertunggu2 je hari Ahad. Aku bukan pernah masuk wad. Tu yang aku paling seram. Lawat orang sakit kat hospital pn aku dah seram2 tengkuk. Ni kan pulak aku nk bermalam kt ctu. Nak beranak lagi, huhu... semuanya untuk pertama kali. Adakah aku berjaya melaluinya? Of coursela kan, kalo x, xdela Izz kan? Hehe...
Ahad pas Isyak dengan hati yang resah dan langkah yang berat, Farizal hantar aku ke HUKM. Dhla masa tu hujun turun renyai2. Adoi... sedihnya perasaan aku. Lepas setel pendaftaran, nurse pn bawak aku ke hostel (wad la tu oi). Nama wad aku Wad Nilam. Masa aku sampai tu geng2 kt hostel semua tgh tidur nyenyak. Boring kan duduk wad, so semua pun tdo awal. Katil x semua penuh sbb wad bersalin kan, org dtg dan pergi. Dtg sorg, balik berdua. Hehehe... Mula2 Farizal tunggu aku. Pas nurse bg signal amaran (ekekek) Farizal pun balik. Tinggal la aku keseorangan dan kesepian dan keresahan sambil mengusap2 perut yg merening (tunggu ms je nk kuar). Tgh malam ada sorg doktor hensem dtg melawat (cewah.. perlu ke nk mention 'hensem') dia tanya apa2 yg ptt then dia pn blah. Aku pn dgn keadaan kesedihan dan kesepian dan keresahan tertidur. 4jam sekali nurse dtg buat CTG kt perut. I likeeeee... Eh lupa lak nk bgtau, actually aku agak terkejut jugak dgn environment kt wad bersalin tu. Sebab bestlah wad tu, luas... leh tutup dengan tirai... sgt privacy & plg best depan katil aku xde katil lain. Tapi ada surau utk patient. Bila aku bukak tirai, aku x nampak patient lain aku cuma nampak dinding surau. Sgt privacy ok! So aku boleh solat, mengaji, solat hajat (pohon dipermudahkan bersalin) dengan selesa dan khusyuknya di surau itu. Alhamdulillah.
Isnin, 1 Mac 2009
Pukul 6 pagi. Nurse bagitau aku "Standby mandi siap2 sebab doktor nak induce pukul 7 pagi nanti" (padahal sebelum Subuh lg aku dh mandi) Wah.. seramnye aku dgr. Terus terbayang kesakitan org bersalin walaupun xtau nk bayangkan mcm mana sebenarnya. Heheh! Sebelum masuk ubat, doc check dulu bukaan serviks dh buka brp cm. Only 1cm. Dui... mmgla baru 1cm. Sket pn aku x rasa sakit. Dos pertama dimasukkan, ubat tu bentuk dia mcm pil size syiling 50sen. Aku lupa pulak apa nama ubat tu. Doktor yang masukkan tu doktor perempuan, cun la jugak. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebab nak kurangkan rasa sakit. Yes, berjaya. Memang x rasa sakit. Adakah aku kebal? Tidak. Tapi aku betul2 kuatkan diri dan semangat, untuk tempuh proses bersalin, aku x boleh kata sakit. Nak motivate diri sendiri la kunun2 time tu. Yelah, kt wad tu bukan ada suami, bukan ada emak dgn ayah, bukan ada sedara mara nk bg ko semangat. Cuma ada diri ko dan semangat ko aje yg boleh bantu segala2nya. Lepas masuk ubat, aku pn baring kt katil. Doktor kata baring sejam. InsyaAllah lepas tu aku akan rasa sakit. Kebetulan masa masuk ubat pagi tu, ada 4 orang ibu2 sedang mencuba nasib. 2 orang amoi cina, 2 orang melayu (sorg kakak kt katil sebelah, sorg tu aku lah, hehe)
Amoi cina yg sorg tu dh buka 3cm so doktor terus pecahkan ketuban dia dan hantar ke labour room. Amoi yg lagi sorg tu, tengahari dh start sakit2. Tapi aku dgn kakak katil sebelah (nama dia Kak Liza) belum sakit2 lagi. So, kami pun berbaring jelah kt katil. Boring2 aku g la jalan2 bc majalah & pelbagai risalah kesihatan yg ada kt wad tu. Kalau rasa2 nk tgk baby aku pn buatlah ward tour pusing dr satu lorong ke satu lorong. Interview ibu2 baby yg ante dan post natal kt situ. Bunyi mcm penyibuk je kan? Tapi aku dh terlalu bosan nk duduk baring je kt atas katil. Orang x sakitla katakan.
Pukul 2 petang, aku masih tak sakit lagi. So doktor check, bukaan masih 1cm. So, doc decide nak masukkan ubat dos kedua. Sejam aku berbaring kt katil tunggu sakit datang. Tapi sampai 10mlm pn, nan ado sakitnya. Ar amoi pertama yg dh hantar ke labour room tu kan, dh pun slmt bsalin pukul 7mlm. Dpt baby boy. Dia punye jeran sakit bersalin, cukuplah sorang ni dia kata. Kebetulan dpt baby boy lak tu. U all tau jelah kan, chinese punya happy dpt baby boy. Tapi lama jugak dia kena tahan di wad, 3 hari jugak macam tu. Sebab darah tinggi. Bila aku tanya kt dia kenapa darah tinggi tak hilang lagi walaupun dh bersalin. Dia jawab "Manyak tension maa baby asik nangissssss aje x brenti" Hehehe...
Amoi yang sorg lagi tu dh start sakit2. Aku tgk dia berguling2 je kt atas katil. Kesian pun ada, bila aku tanya nk gosokkan ke pinggang, dia ckp "Tak payah maa... mmg mcm ini sakit bersalin. Tunggu aje, nt lepas bersalin hilang maa" Dia ni tengah sakit bersalin anak yang ketiga. Kira dh ada pengalamanla. Ok, aku pun tengok je dia dari jauh. Huhu... mmg insaf duduk kt hospital ni. Meleleh2 airmata amoi tu & berpeluh2 aku tgk dia menahan sakit. Tapi mcm yg dia katalah, mmg sakit bersalin cmtu. Nak ubah mcm mana lagi. Tu turn dia, turn aku belum lagi. Aku doa mintak kt Allah, moga aku blh tahan sakit tu bila tiba masanya nanti. Huhu...
Pukul 11pm, mata aku dh start mengantok yg amat sangat. So aku decide untuk tdo. Marilah kita menyorongkan bantal. Aku tdo memang cukup lena walaupun x putus2 suara baby2 menangis kt dalam wad tu. Zzzzzzz....
Selasa, 2 Mac 2009
Subuh2 lagi dh dikejutkan oleh nurse nk buat CTG kt perut. Ehm, sambil buat sambil tdo (aku ler bkn nurse). Dh setel, bangun mandi & solat. Ms otw nk g toilet tu baru aku perasan. Eh amoi yg sakit malam td ni, mcm dh bersalin je. Tapi mana baby dia ye? Erm kena ceaser kut ni. Huhu.. tiba2 aku suspentot gilababas. Seramnya kalo kena bersalin ceaser. Erm kalo boleh, xnakkkkkkkk. Aku nk bersalin normal. Aku takut perut aku kena belah. *sori bagi stupid statement, tp mmg itu pn perasaan aku time tu. Tepat pukul 7 pagi, aku kena induce lagi. Pun tak sakit2. Begitu jugaklah dengan induce pukul 2 petang. Tunggu berejam2 pn still x sakit. Samalah nasib aku dgn Kak Liza jiran sebelah katil. Ubat dh masuk 4 dos, tapi sket pun aku tak rasa sakit. Sampai doktor2 dgn nurse2 kt situ kata baby aku stubborn x nak kuar2 lagi. Huhu... honestly cakap, aku agak kecik ati masa dorg cakap mcm tu psl baby aku. Yelah, belum lg masa dia nk keluar. Belum lagi Allah nk bg dia tengok dunia ni. Rileksla dulu kan... Tapi mmg aku x putus2la doa biar aku sht, jantung baby pn biarla normal. Risau sgt kalo tiba2 baby distress. Tak ke kena bedah? Hehehe...
Tunggu punya tunggu, malam pun menjelang. Nasib baiklah Farizal sentiasa jd peneman setia aku time waktu melawat. Kami berdua dh naik bosan reply sms org dok tanya dh bersalin ke belum. Apa taknya, 4 dos ubat dah masuk tp msh belum bersalin2 lagi. Belum masanya lagi kan. Tengah sedap2 tdo, tiba2 nurse selak tirai. "Adha, Liza, malam ni start puasa ye. Tadi doktor bincang, mungkin awak berdua akan diceaser. So start puasa ye malam ni. Pagi esok breakfast jangan makan" Gulp! Betulkah berita itu? Betulkah????????????? Argh.. seram. Terus aku sms Farizal bgtau. Aku seriau, aku suspen. Aku takot.... Adakah aku akan diceaser esok? :: To be continued ::
1 comment:
aku pun suspen baca entry nih...huhu..
Post a Comment