Thursday, January 16, 2014

Idea Untuk Dinding Belakang Rak TV

Assalamualaikum wbt

Seminggu tak update. Konon2 busy. Hehe.. sebelum jadi lebih pemalas, hari ni nak update pasal deko rumah. Suka tak? Suka tak?

Rumah aku (eh rumah kerajaan) yang aku duduk ni feature wallnya masih dinding kosong kaler putih. Boring kan? Dahla plan nak duduk sini sampai pencen esok (berpuloh tahun lagi kalo panjang umur) so tahan ke nak duduk rumah dinding putih ni tanpa sebarang deko? Of coursela tak tahan kan. Rumahku syurgaku! So kenala touch up apa2 yang patut nak bagi rasa sedapppppp mata memandang.

So 2-3 menjak ni aku ada la join grup deko2 dkt FB. Best woooooo... Sebab ahli grup mencecah 37k ahli. Ada macam2 idea deko untuk  macam2 jenis rumah. Jangan ingat rumah agam je, rumah kampung ada.. rumah teres ada.. rumah flat pun ada.  Memang sesuai sangatlah untuk penghuni kuarters macam aku ni. Hehe...

So nak share gambar dinding kosong belakang rak tv rumah aku ni. Tak tahu nak deko macam mana, nak letak lukisan kanvas (tak mampu). Nak letak frame photos (boring). Nak letak deko wall shelves (pun macam serabut je rasa). So apa yang sesuai ek?


Rak TV rumah aku. Kabinet kayu 5 kaki lebar (old fashion) dah guna 3 tahun. Tengok tombol laci semua dah tercabut gara2 anak yang penyayang :) Sila jangan gelakkan TV ku yang 21 inci itu ye. Tu je yang mampu buat masa sekarang (buatmukacomel)

Jom tengok deko. Ada jam dinding je secoet dekat atas. Selebihnya kosong. **Gambar penuh keseluruhan dinding takde pulak. Nanti kalo rajin aku ambil gambar dan up entry lain ye (ulang: kalo rajin)

So pas beberapa hari dok melepak kat grup FB tu aku nampak sharing ruang keluarga dari sorang ahli ni. Macam best je cat dinding dia. Selalu kan orang akan buat feature wall dengan palitan cat warna kontra dengan dinding lain atau guna wallpaper atau cat stripes etc. Kalau cat biasa tu macam bosan. Wallpaper macam leceh sebab kuarters (sukati kau la nak lekat wallpaper bagai kan) Hehehe... Cat stripes macam ok tapi femalash lipash ok!!! Confirm tak gigih nak setelkan.


Tu dia... cantik tak deko ruang keluarga (credit Nana Farhana, ahli grup DRKSK). Sebenarnya aku nk tunjuk kaler cat dinding yang warna merah putih tu. Hanya menggunakan 4 stripes sahaja tapi cukup menawan qalbu dan memberi impak yang kuat untuk ruang ni. Tempat sofa tu aku plan nak letak rak TV aku tu. Menawan tak? Cantik tak? (tolonglah cakap menawan k) Sobssssss...

Kalo korang setuju, aku nak start la projek ni (maybe pas dapat gaji) Nampak sangat..... (xde duit). Tengah2 dinding tu nanti aku dah ada idea nak letak apa. Tapi tunggu projek dah jadi baru share k. Muahaha.... Sekian sharing is caring deko dinding belakang rak TV bersama Uji.  Selamat berkarya! (walaupun sekadar di dinding rumah)

Jumpa lagi.

7 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wow!!! xsabar nak tunggu akak deco2.. make sure jadi tau... caiyok2..

~~AzaLea~~ said...

kak, framekan hasil tangan izz dan anah.. pastu gantung.. mesti diaorg bangga giler... :)

Mohamed Zaidi said...

lagi satu cara, belakang tv tu kau gantung langsir, not bad gak la. Umah aku kebetulan mmg aku letak tv+rak kat main windows, so langsir tu dh jadik cam satu hiasan utk tv panel.
Tak pun gantung rak yg lekat kat dinding utk letak brg2 perhiasan. Rak tak payah carik yg mahal2,pegi ikea beli stand rak yg plastik rege rm2.50 satu tu, pastu guna papan2 terpakai dr almari/palet/katil sebagai rak....Aku guna cara ni utk susun pasu kat yard tmpt basuh baju....

ena said...

Ji soalan x canggih: camane nk join grup deko kt fb tu?

Suzila said...

Mak izzzz baru prsn kamu dh start berblog smua. Ak pn sejak 2 menjak ni bru dtg mood nk tgk blog sndiri..nak baca blog ord. Hihi

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!