Wednesday, January 1, 2014

1 Januari 2014

Assalamualaikum wbt

Selamat tahun baru semua! Mesti semangat lain macam kan? Tak kira lah samada tahun baru Masihi ke.. tahun baru Hijrah ke.. kita semua mesti berkeinginan benda yang sama iaitu nak jadi manusia yang lebih baik dari sebelum ni. Tak terlambat lagi kita berniat untuk berubah, walaupun bukan pada tahun baru. Asalkan niat nak berubah dari kurang baik kepada lebih baik, atau yang lebih baik kepada paling baik, kalau diusahakan bersungguh2 dengan niat yang ikhlas pasti Allah tunaikan. Tapi jangan lupa, USAHA! Takde usaha, takde maknanya la nak tercapai muehehe... (aku lettew)

Jom review azam 2012 tercapai ke idak. Antaranya:

1) Nak aktif berbisnes (alhamdulillah tercapai)
2) Nak rajin mengaji dan hafal surah2 dalam Quran (belum berjaya lagi nampaknya)
3) Nak claim OT (muahahaha... ini pun tak buat langsung)

So, azam yang belum tertunai akan dicarry fwd untuk tahun 2014 (as usual) dan mudah2an berjaya. Bab claim OT tu rasanya tak perlu la kot sebab kadang2 kita ni termasuk lambat, ambil half day dsb (pergi bank, klinik, sekolah anak etc) So anggap jelah kerja lebih masa tu sebagai gantian waktu bekerja. Hidup kena saling bertolak-ansur dan jangan berkira sangat, mudah2an diberkatiNya.

Pencapaian 2013 pulak. Erm alhamdulillah, aku berjaya membeli sebuah lagi aset (rumah apartment sederhana) di Putra Perdana bersebelahan Cyberjaya. Dan penyewa telah pun masuk sejak Nov lepas. Hopefully penyewa dapat menjaga rumah aku tu dengan baik, maklumlah rumah baru dan belum pernah diduduki. Cerita pasal rumah ni nanti aku create entry khas ye. Tu pun kalau ada yang berminat nak baca la. (Kalo takde pun, korang pura2 lah ye. Amik hati aku sikit, wuwuwu...)

Selain daripada tu, aku tersangat happy sebab untuk tahun 2013 berat badan ada sedikit penurunan. Yayyy.... ingat senang ke nak turun berat badan yang resaksa ni (Izz cakap) walaupun 1kg? Tapi alhamdulillah walaupun tak diet (cuma kurangkan makan) berat badan setakat ini telah turun sebanyak 10kg dalam tempoh 6 bulan. Baju2 lama yang agak ketat tu semua dah boleh pakai balik. Cuma tang perut je tak berapa nak susut. Suka sangat maju ke depan (sampai ada yang syak pregnant aiya.... very sensitif ok. Nasib baik i dah berlaki) Maybe kena eksesais lebih sikit tang perut baru boleh kecikkan kot. Apa2 pun harap tahun 2014 ni dapat la kurangkan lagi lemak2 yang berjaman dah terkumpul ni. 

So 2014 please be nice to me and i promise to be nice to you also. Hehehe... lagi niat nak teruskan lagi azam tahun2 terdahulu iaitu nak jadi muslimah yang lebih baik dan sempurna dari segi pemakaian. InsyaAllah... (Ya Allah tolonglah tekadkan azam aku ni, tolonglah kuatkan iman aku ni) Kadang bebel je banyak dekat blog ni nak itu, nak ini (yang positif2 je sume) tapi pelaksanaan takde. Amalan takde. Ke lauttttt jugak (talking bout myself). So this year nak tekad!!!! Hope kawan2 support i ye.

Izz seperti biasa teruskan persekolahan di Tadika KEMAS untuk kelas pelajar 5thn. Anah pun ikut jejak untuk kelas pelajar 4thn (aku rasa dia sekelas dengan Izz lah). Suspens sikit untuk Anah sebab dia ni manja sikit banding Izz. Manja dari segi tak reti pakai kasut, pergi toilet nak dibantu, pakai baju dan seluar pun masih nak dibantu. Bukan tak boleh pakai sendiri tapi manjaaaaaaaaaaaaa sangat. Dok teriak2 soh pakaikan baju/kasut dia. Huhu... seram pulak. Harap dia berdikarilah dekat sekolah nanti. Lagipun dah pesan Izz tolong tengok2kan Anah. Jangan dia buli Anah udah :)

Oklah rasanya cukuplah bebel untuk hari pertama 2014. Semoga tahun 2014 membawa kebaikan untuk kita semua. Banyak2lah bersabar ye esp bila banyak benor benda yang naik tahun 2014 ni HEHEHE. Bye bye & jumpa lagi. Assalamualaikum ^____^

1 comment:

~~AzaLea~~ said...

bab turun berat tu, tahniah di ucapkan! sila teruskan usaha utk tahun ni yer.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!