Tuesday, December 31, 2013

Home Sweet Home: Mencuci Rumah

Assalamualaikum wbt

Hikhik... berzaman dah aku menginap di kuartersku syurgaku ni tapi barulah nak letak gambar dalam rumah.  Jangan marah tau! Entahlah mengapa sebelum ni aku begitu MALAS sekali nak mengupdate tak kira la cite pasal apa pun. Pasal rumah ke.. apa ke.. walaupun dah berjanji tapi selalu tak tepati. Tapi hari ni macam ada roh baru yang merasuk. Tiba2 begitu rajin sekali mengupdate. Harap korang sudi2kanlah membaca ye. Baca sampai boring. Hehehe...

Aku dapat kunci kuarters adalah pada bulan 11 tahun 2011. Eh ye ke? Ingat2 lupa. Kuarters aku ni gred F, untuk staf gred 22 ke atas. Merasa la rumah besar sedikit walaupun jenis apartment. Aku sebenarnya tak kisah sangat rumah atas ke.. bawah ke.. sebab dah pernah merasa duduk dua2 rumah. Cumanya ini kali pertama la duduk rumah ada lif. Dulu rumah apartment takde lif tapi rumah tingkat 1 je. Yang ni tingkat 15. Beranganlah nak naik tangga. Oh tidakkkk...

Beberapa hari pas dapat kunci terus cuci rumah. Sebab minggu berikutnya aku terus pindah rumah berikutan pindah ofis pun pada minggu yang sama. Yezza... memang terbaiklah! Terbaik sebab tak perlulah aku berulang dari Jalan Kebun ke Putrajaya. Alhamdulillah.. syukur atas nikmat Allah yang memberi kemudahan tepat pada waktunya. Dia Yang Maha Mengetahui!

So lets cuci mata. Tengok rumah kuarters aku tanpa perabot. Hari mencuci lah katakan.... (2 tahun yang lepas ya) Budak2 masih kecil lagi.


Inilah ruang tamu kami. Masa mula2 bukak pintu kan ternganga luas mulut kami. "Wahhhhh... luasnyaaaaaaa" Rumah kuarters ni agak bersih, tak macam kita mula2 masuk rumah baru penuh habuk etc. So cepatlah siap aktiviti membersih.


Seronok betul Izz main tolak2 kerusi macam tu kan? Layankan aje, janji tak mengganggu aku mengemas. Pintu yang terbuka tu adalah pintu master bedroom. Yang pintu tertutup dalam bilik tu adalah pintu toilet dalam master bedroom. 


Ini adalah pandangan pintu depan dari ruang makan. Pintu adalah kalis api. Berat dan kukuh.


Hasanah enterframe. Gambar dari ruang tamu. Nampak dapur tak? (Yang ada kabinet coklat tu). Wah semangat aku mengelap kabinet. Belakang sedikit dari tempat Hasanah berdiri tu aku letakkan meja makan. Nanti esok2lah aku update gambar rumah yang dah letak perabot. Dinding asal kaler kuning sunflower, tapi aku dah cat putih. Gara-gara anak melukis mural kat dinding sampai setiap tetamu yang datang mesti tegur. So nak cover malu, maka dinding tu kami cat. Cat putih je senang, beli tong besar so boleh cat dinding2 lain yang dilukis mural. Senang kerja.


Ok ini lah dapur rumah kitorang. Ruang kosong tu untuk letak peti ais. Alhamdulillah, muat2 ketinggian peti ais kami kat situ. Sesape beli peti ais besar memang tak muat dan terpaksa letak kat tempat lain. Huhu... Aku suka lantai dapur tu, ada perbezaan warna tiles. Cantik ikut pandangan mata aku.


Kalau masuk dari pintu depan, sebelah kanan ada 4 bilik. Pintu yang paling kanan tu bilik stor. Sebelah dia yang ada mop tu, laundry room. Sebelah tu pulak toilet. Dan 1 lagi adalah bilik tidur (tak nampak dalam gambar). Aku suka rumah ni sebab ada laundry room. Owh... sangat henglish!


Ini laundry room tapi mengapa eyh aku tak amik gambar keseluruhan ruang? K takpe, tunggu aku kemas cantik2 dulu (sebab sekarang ruang ni super azab) pastu baru update. Ni sekadar gambar ampaian je. Walaupun berbumbung tapi alhamdulillah kain cepat kering. Maybe sebab aku duduk tingkat 15 kot. Angin tersangatlah kuatttttttttttt.... Setiap pintu memang kena letak stopper, kalo tak berdentam-dentum la angin tiup (if tingkap terbuka).


Sinki dapur. Mengadap dapur jiran sebelah kanan rumah. Masa ni anak dara yang duduk rumah tu, so dia labuhkan langsir sampai tak nampak muka. It's ok sebab kita nak jaga aurat kan. Tak koser asik nak bertudung litup je dalam rumah lagi2 pulak di dapur. Tapi anak dara tu dah dapat balik Kedah, baru2 ni je ada couple baru pindah masuk. Selamat datang jiran baru!


Pandangan dari tingkap rumah (mengadap blok lain). Kalau tak pasang langsir memang seram sikit. Esp sesiapa yang gayat. Tapi budak2 ni tak gayat langsung. Cool jer panjat sampai siling. Eh eh! ^___^


Dalam master bedroom ada built in cabinet. Really love it. Almari baju kami letak kat bilik belakang. Ok lettew. Lagi banyak almari, lagi banyak baju boleh dibeli. Hahaha....


Ok tamat sudah sesi mengemas (walaupun takde gambar mengemas). Hari pun dah malam marilah kita pulang. Gelang si paku gelang. Gelang si rama-rama. Pulang marilah pulang, marilah pulang bersama-sama.

Rumah memang tak gelap sebab lampu koridor ni akan menyala jam 7 malam - 7 pagi.  

So what do you think about my quarters? 

10 comments:

Anonymous said...

Nampak besar dan cantik...susah tak nak apply kuarters kat sana..huhu

Saje kepochi nak tanye..hiksss

Mak Izz said...

pd sy mmg agak besar la jgk. banding rumah sendiri yg ciput itu hehe.. tak tau la nk ckp ssh ke tak. mcm sy keje PA ni diberi keutamaan utk duduk kuarters. yg lelain x silap sy paling lama memohon pun dlm setahun la, baru dpt.

Nur Irfan Juezrie said...

besttttttttttttttttttt... tgk betapa bestnya entry ni dpt tgk umah akak smpai T punya la banyak.. hahaha

finally!! akak!! gud job.. almost 2 yrs stay baru boleh tgk..yihaa..

bila la boleh lepak umah akak ni..

Mak Izz said...

jue - haha... akhirnyeeeeeee!!! mai la umah bebila pun blh (tp every time jue turun KL-Putrajaya manjang je akak ada hal huhu) tp make sure sebulan sblm mai umh kena bgtau dulu sbb nk operasi membersih. Wakakak! (nmpk sgt rumah 'bersih dan kemas')

Nur Irfan Juezrie said...

wahh.. over tau.. sebulan nk p kl kena inform akak.. sekali ju lak yg slu last minit.. insyaAllah.. ada rezeki smpai.. xkemas pun takpe.. heheh:P

~~AzaLea~~ said...

betul2 berjaman punya entri ni.. hehehehe

Anonymous said...

apartment presint 16 blok A lg besar..hehehe

Anonymous said...

tumpang tanya.. Ni kuarters kat persint berapa?

Adha dan Farizal said...

ni kuarters 5R6 di Presint 5

Joeputera said...

Ni gred apa ya e ke f

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!