Tuesday, December 31, 2013

Goodbye 2013M

Assalamualaikum wbt

(oo) Hnss.. hnss.. lama betul tak update blog. Lebih dari setahun. Clap clap! Takziah buat diri sendiri sebab tak kotakan janji (refer to older post). Huhu....

Hari ni adalah hari terakhir bagi tahun 2013. Esok dah  mula tahun baru (masihi). Diri masih banyak yang tak betul, ilmu iman dan amal secebis cuma. Harap dapat perbaiki untuk esok dan hari2 seterusnya. Umur pada 2014 menginjak lagi ke angka 32. Bukan muda lagi untuk berperangai seperti anak-anak muda. Harap2 sedar dirilah Uji oi...

Anak masih dua. Tak tau la lagi akan bertambah atau tidak pada tahun depan. Semuanya bergantung kepada rezeki dari Allah. Aku masih di sini, mengabdikan diri sebagai seorang makhluk Allah di bumi Putrajaya. Tidak merancang lagi untuk berpindah ke rumah Jalan Kebun, eloklah disewakan kepada mereka yang lebih memerlukan. Penyewa akan berpindah keluar hari ni (sepatutnya). Dan aku  boleh iklankan rumah tu kepada penyewa baru tak lama lagi. InsyaAllah... (ada sesiapa tengah cari rumah teres setingkat dekat area Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam boleh roger aku)

Apa lagi nak bebel eyh? Ok azam tahun baru 2014 adalah dot dot dot dot... (malas nak taip). Nanti2 lah aku cerita. Apapun nak jadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya, itu sudah pasti! Izz dan Hasanah akan mula bersekolah 2 Jan ni (tadika KEMAS 4 dan 5thn), so korang mak doakan rajin2lah ke sekolah, jangan suka ponteng (ditujukan khas buat Abang Izz) dan semoga jadi anak yang soleh dan solehah. Tahun 2014 kita sama2 tingkatkan diri jadi manusia yang lebih baik, belajar Iqra' secara serius k. Nanti mak jadi ustazah, sama2 kita rajin mengaji.

Buat abah, semoga bisnes terus sukses demi mencari sesuap nasi untuk kami. Yang penting, rezeki yang dicari halal dan diberkati. Mudah2an... AMIN.

Kepada semua kawan2/pembaca2 yang dikasihi, semoga tahun 2013 meninggalkan kita dengan penuh pengajaran dan pengalaman. Jadikanlah ia sebagai panduan untuk menghadapi tahun 2014 dengan penuh rasa kesyukuran. Alhamdulillah...

Jumpa lagi tahun depan ^___^


4 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah.. rumusan 2013.. terbaikkk!! ju takde idea nk menulis walaupun di sisa2 2013 ni..

selamat tahun baru.. semoga tahun hadapan lebih baik dari sekarang..

Mak Izz said...

jue - itu bkn rumusan tp bebelan. thanks sudi bc, insyaAllah thn dpn pasti lebih baik dr skrg. amin amin ya rabbal alamin...

Fatonah Rahim said...

Salam..

Lama menghilang baru menjelma ya..hihi

Apapon salam tahun baru (masihi)
Semoga 2014 akan membawa lebih banyak caj2 positif (bukan caj lektrik)...hihi

Daaaa...:)

Mak Izz said...

fatonah - wslm. tu la lama kan. pasni takmo sepi2 dh. insyaAllah rajin mengupdate. tq ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!