Sunday, January 5, 2014

Kisah Lipstick

Hye assalamualaikum semua,

Sejak Hasanah semakin membesar (esok genap umur dia 3thn 7bln), budak ni dah pandai nak melawa. Anak perempuanlah katakan... pantang tengok mak pakai bedak, pakai lipstick, dia pun nak sama. Ada masa rajin, aku layan lah. Ada masa malas, memang bolayan la dik. Huhuhu...

Walaupun aku ni taklah bermakeup sangat, tapi ada jugalah sikit2 alat solek tu. Keje sebagai PA ni ada kalanya kena bersolek ikut majlis supaya tidak kelihatan tidak bermaya (sebab wajah bukan natural beauty) dan nak kelihatan lebih berketrampilan (walaupun taklah trampil manapun muahaha). Setakat alat solek asas tu aku adalah macam foundation, two way cake, mascara, blusher, eye shadow, eyeliner, lipstick dll.

Hasanah memang cukup pantang dengan alat solek. Pantang nampak terus disauk. Kalau tak nampak, dicari sampai dapat. Aku ni pun takdela sorok sungguh2. Takat letak dalam almari (para paling tinggi). Bajet budak kecik ni tak pandai/tak sampailah ambil. Walaupun tangan tak panjang, tapi akal dia punyela panjangggggg.. Dah banyak kali juga lolos pencarian barang makeup aku ni dan aku tak boleh nak buat apa sebab aktiviti dia ni selalunya dibuat time aku keje. Balik keje je memang bersepah2 la lipstick aku ditenyeh ke lantai, almari, sofa, kerusi etc etc (malas nak taip). Sedih... 


Antara lipstick yang telah jahanam. Tapi ku simpan sebab boleh guna lagi (calit pakai berus lipstick) Sobsss... sangat sedih. Lepas ni memang la kena sorok lipstick kat tempat lain. Tempat yang akal dia tak sampai nak jangkau. 

Setelah dijumlahkan, tak kurang 9 batang lipstick Hasanah dah musnahkan T--T  Macam mana nak pakai lipstick ni sume dah abis. Kenalah membeli yang baru (sedikit demi sedikit kumpul balik lipstick dengan warna yang berbeza). So Jumaat lepas, ada jualan dekat bawah ofis aku ni. Memang setiap Jumaat ada 1 booth kosmetik Avon berniaga kat situ. So cuci2 mata dan selamat beli sebatang lipstick. Beli yang murah je, RM6/each. Aku beli brand Simply Pretty kaler juicy papaya. Tapi akak tu bagi diskaun RM5 je :) Alhamdulillah.


Lipstick Simply Pretty Shine & Sheer Juicy Papaya masih berbalut plastik. Lipstick ni jenis sheer, so bila kita pakai macam lipbalm yang berwarna seakan pink coral. Dan yang paling best akak seller tu kasi aku free 2 batang Simply Pretty Bright Eyes Shadow Stick, dia kata pilihlah kaler apa nak. Aku amik kaler biru dan purple. Yabedabeduuuuu!!! Thanks ye kak. Nanti saya shopping dengan akak lagi eyh  ^____^

Nak tengok kaler lipstick bila dah letak kat bibir?


Tadaaa!! Cantik kak? Nampak fresh gitu. Nampak sweet gitu. Ok gambar bibir mungil ni bukan bibir aku (manaleh enterframe gambar bibir sendiri kang ada yang terpikat pulak ekekekek) tapi aku cilok dekat blog ni http://polkadotpaw.blogspot.com/2013/12/avon-simply-pretty-lipsticks-haul.html  Hehehe....

Selain dari lipstick ni aku pun ada beli Natural Lipstick kaler Sweet Berry dari Fanbo Cosmetics masa warehouse Sogo baru2 ni. Harga asal RM19.90 tapi ada sale 30% off, so dapat beli dgn harga RM13.93. Yayyyyy!!! Kemusnahan 9 batang lipstick hampir terubat dengan 2 lipstick baru :) 

So now misi mencari another 7 lipstick baru. Ha... takdelah acah jer. Kalau terasa nak beli aku belilah. Yang pasti i love the colour dan yang paling penting mur-mur aje :)  Sekian tamatlah kisah lipstick untuk hari ni. Kalau ada yang baru (manalah tau), aku sharekan lagi ye. Bye bye! Jumpa lagi. Assalamualaikum.

5 comments:

edogawa conan said...

hahaha.kesian mama nak kena beli lipstick baru gara-gara anak dara sorang tu ;)

Nur Irfan Juezrie said...

haha... teerbaikk la akak.. yg ju ni lipstick xabis2.. azam tahun ni nk abiskan lipstick sbb nk beli lipstick baru.. dh boring pakai lipstick sedia ada..

Mak Izz said...

conan - tu lah. sedih sgt lipstick jahanam sblm waktunya. terpaksala beli yg baru. terpaksa la sgt.. hahaha

ju - akak pun kalo hasanah x kerjakan, mesti x berganti lipstick bertahun2. ni 2-3 bln mesti kena beli baru sbb dh lunyai. ala ju, xyah tunggu lipstick abes beli jelah yg baru. kaler kan lain2. muahaha...

~~AzaLea~~ said...

selamat kembali ke dunia blogging kak.. kuikuikui.. rindu kat anah..

Suzila said...

Eh hasanah tahun ni 4 tahun ke? Igt baya hakim. Haki lm baru 2 tahun 8 bulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!