Friday, January 3, 2014

Izz dan Anah ke Sekolah

Assalamualaikum wbt

Hye semua.. apa khabar? Harap semua sihat2 lah ye. Ha....... hari ni hari ke-3 dalam tahun baru. So, macam mana perjalanan hidup pada tahun baru ni? Ok ke? Kureng ke? Hopefully semua orang masih ceria dan bersemangat dalam meniti liku-liku perjalanan 2014 :D

Pagi2 lagi aku dah bersemangat update blog. Semalam tak sempat, maklumlah busy menguruskan budak2 masuk sekolah. Seperti yang diberitahu Izz dengan Hasanah dua2 masuk Tadika KEMAS bawah rumah aku ni. Oleh sebab umur memasing 4 dan 5thn, so dorang ditempatkan dalam kelas yang sama. Harap2 tahun ni ada perubahan yang positif la dari segi pelajaran dorang. Samada dari segi akademik mahupun sahsiah. Amboi.. bercakap macam anak tu dah besar je ^___^

Semalam bangun kejut bangun pagi memang dua2 agak liat nak bangun. Tapi bila dah dimandikan, keluar bilik air dua2 ceria. Lega! Pakaikan baju biasa je sebab uniform tak dapat lagi. Then hantar dorang ke sekolah. Alhamdulillah tahun ni dua2 ok takde buat perangai. Pas hantar aku tinggalkan je dorang pandai2lah berdikari ye anak2ku. Ramai juga parents yang tunggu anak dorang, maybe 1st time hantar situ kot. Semoga semua jadi anak2 yang berjaya ye! Semalam tak sempat amik gambar sebab agak kelam-kabut.

Balik petang semalam dah dapat uniform. So malam tadi semangat basuh dan keringkan. Pagi tadi gosok baju bebudak untuk ke sekolah hari ni. Yayyyyyyyyy... mak kena semangat supaya anak2 pun naik semangat juga. Semangat ke sekolah dengan uniform baru hehehe! So pagi tadi sempat amik gambar budak2 ni. Pagi ni Anah moody sikit tapi bila dah naik lif tu baru ok.  Jom tengok gambar dorang pagi2 (mata sembap sebab malam tadi tido lambat).


Haha.. kemain Izz muka berlagak. Izz dapat beg baru (sekolah bagi masa amik report card sebelum cuti sekolah lepas). Kasut pakai tahun lepas punya, sebab masih elok dan muat. Tapi Izz bising minta dibelikan kasut baru, tunggu kasut tak muat/rosak baru mak belikan yang baru ye Izz. Kita kena berjimat, membazir amalan syaiton. Anah 1st time pakai uniform sekolah, aku yang eksaited lebih. Kalau tahun lepas pelajar perempuan dapat baju kurung tapi tahun ni KEMAS sediakan uniform blaus labuh paras lutut (ada belah kiri kanan) dan seluar panjang. Baju dan seluar Anah labuh sikit, weekend ni kita suruh abah alterkan ye dik. Anah pakai beg lama, kasut pun pakai je crocs pasar malam sedia ada. Tahun 2014 ni kena banyak berjimat :)



Semoga Izz dan Hasanah jadi anak yang soleh dan solehah ye. Tahun ni takmo main2 dah. Kena serius sikit menuntut ilmu k! **gertak seorang ibu, muahaha...

Ok nanti kalo rajin aku update la sikit pasal perkembangan budak2 ni di sekolah. Oh ye, semalam balik aku tengok pemadam Izz dan Hasanah dah hancur (Anah gigit2). Kaler Anah banyak yang patah dan kena gigit (dia jugak yang gigit). Aku harap Anah makin matang bila dah masuk tadika ni dan tidak lagi menggigit alat tulis dia. Wuwuwu...

Tu jelah kot pasal dorang. Jumpa lagi di lain masa, bye2!

5 comments:

dyana said...

uji depa tak payah pakai kasut sekolah ker...anak2 aku ner pakai kasut sekolah...

Mak Izz said...

tak kesah kot. aku tgk bdk2 lain ada pakai ada tak. aku malas nk beli sbb nt kena basuh dan kapur. dpt mak pemalas nasiblah. hikhik..

~~AzaLea~~ said...

sekejap jer dh sekolah anak2 akak.. nanti diam2 dh masuk sekolah rendah plak..

Azila Azmi said...

Uji, akak baru terjah blog uji ni sejak uji aktif balik memblog. tahniah diucapkan... hehehe... nnt update pasal rmh kt Putra Perdana tau... akak rajin je nk baca kalau pasal rumah ni... :)

Susan said...

Awesome and interesting article. This is the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pictaram right now!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!