Tuesday, December 31, 2013

JaPen HQ Netball Team 2013

Assalamualaikum wbt

Ha... semangat tak? semangat tak? Tetiba rajin 1 hari sampai 2 entry eyh? Yeah yeah!!! 

Sebelum tahun 2013 ni berakhir meh nak kongsi pengalaman berserta gambar team netball Jabatan Penerangan HQ masa pertandingan akhir Sukan Penerangan 2013 di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor pada 13 Disember yang lalu.

Seperti 2 tahun lepas, aku masih terpilih dalam pasukan netball Jabatan mewakili Zon HQ. Main posisi apa? Badan tinggi besar macam aku ni, nak main posisi yang kena banyak lari memang taklah (hehe). Dulu zaman sekolah aku biasa main GK. Sesuaila dengan badan yang agam. Tapi di Jabatan ni, nampak gaya kena main GS. Sebab GK dah ada yang terer. Selaku GS, tak terer manapun sebab tak berpengalaman main shooter. Macam sedih jugak bila shoot banyak tak masuk dari masuk. Kesian kan dekat rakan2 sepasukan. Jangan marah u ols.

Tapi atas dasar semangat kesukanan yang tinggi (poyo sikit), aku usahakan la juga berlatih petang2 dengan team dan cuba main sungguh2. Alhamdulillah, team kami dapat johan kumpulan dan bila masuk final kami dapat tempat ketiga, tewas dengan Zon Sabah & Zon Tengah. Syukur alhamdulillah, sama jugak result 2 tahun lepas. Mudah2an 2 tahun lagi (jika ada rezeki dan kelapangan) Zon HQ cuba untuk menggondol tempat pertama pulak (berangannn).

So jomlah tengok gambar kitorang berposing sakan. Gambar ada sedikit poyo, kalo menyampah sila diam dan jangan tinggalkan komen negatif. Siapa rasa nak muntah, sila muntah jauh2. Wakakak! Semua gambar adalah selepas game. Masa game takde gambar sebab pemain simpanan tak teringat nak amik gambar kami (cissss....) Tapi bagus jugak, kalo tak muka tengah game sangat hazabbbbbbbbbbbbbbedah :)


Wajah sebaik sahaja game (dah lupa yang pertama ke yang kedua). Tengah masam peluh, tapi wajah tetap manis (ekekek). Jersi kami kaler biru muda tahun ni. Tengoklah aku sorang je pakai baju biru pekat. Nasib badan... mintak jersi size XXL tapi diberi saiz XL. Memang macam bungkus nangka gemok. So baiklah pakai baju sendiri. Janji selesa dan longgar (dan boleh main dengan confident dan menang tempat ke-3) ^___^



Yay.... posing sebagai seorang pemenang! Gaya kalendar Dis 2013 tak boleh blah! Wakakak... bila lagi nak berangan. Kawan2 semua, u ols memang terbaik!!! Main bermatian-matian cayalah babes. Kenangan manis 2014.


Kak Izni, Elda, Ana, Nda, Uji (pakai sweater special la kononnyer), Ami, Faiz, Jamy, Atin, Una, Nin; ALL OF YOU ARE GREAT!!!

Till then, bye :) Nanti update lagi cerita ceriti baru.

1 comment:

Susan said...

Thanks for the blog loaded with so many information. Search your twitter DMs, mentions, likes and favorites, and timelines Twitter search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!