Tuesday, February 28, 2012

New Biz - Preloved Soft Toys

Heeeee.......... assalamualaikum wbt.

Diam2 ubi berisi, mana leh dok diam sesaje kan. Biz sentiasa diperbaharui, selagi hayat dikandung badan, :-)  Kali ni kami mengembangkan perniagaan dengan menceburi bidang jualan soft toys pulak. Biz2 sebelum ni masih berjalan seperti biasa tapi kali ni kita kasi lebih fokus kepada jualan SOFT TOYS... sesape yang ada facebook aku, memang taulah yang aku dah semakin mengganas dari hari ke hari. Haha..... tadi 2nd batch soft toys dah sampai. Kepada penggemar teddy bear, baby dolls dan yang seangkatan dengannya harap bersabor. Akan ku uploadkan sedikit demi sedikit di dalam facebook tak lama lagi. Kat blog pun mungkin aku akan upload, bergantung pada masa dan kelapangan. Cewah......

Cakap banyak tak guna. Waktu pun dah dinihari. Menanti masa untuk membuta sahaja. Nak khabor kat korang yang every Sunday, kami laki bini open booth di Flea Market, Level 1, Metro Point Kajang dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Sesape yang berdekatan jemputlah datang ke booth kami ye. Yang jauh nak datang pun boleh, nanti i belanja u ols anak patung kecik eyh! Hehehehe......... (dengan syarat kenala beli anak patung besor). Selain soft toys aku jual gak beg maika yang unik lagi cantik tu. Korang leh tengok sendiri betapa berkualitinya jahitan manik2 pada beg tu. Adui... lenguhnya tangan menaip kat katil ni.

Okeh, nak share gambar masa kami berniaga last week. Sambutan agak menggalakkan sebab gomen baru gaji kan. Alhamdulillah... kalo setiap kali meniaga dapat macam last week, alangkah bestnya! Apepun, SYUKUR ALHAMDULILLAH!






Meriah kan? Jemput datang u olsssssssssss.......


Nanti aku update lagi ek. Nak tido dah. Gud nite everybody~ Da.........

10 comments:

Suzila said...

Yeaaaa mmg mnntikan ko updated podt psl korg nye bizz soft toy ni.
Seronokkk nye tgk anak patung warna warni ni. Comey2.. Geram tgkkkkk

watyz said...

wa.. moga maju biz yer... :)

Ameh Wahab said...

waaa....bestnye...mari kite sesame mengganaz membiz kn diri yer..hehehe...

adianiez AIDA said...

moga bertambah maju :)
kalu anak2 dara aida lalu, mesti diorang stop and meraba semua soft toys tu :)

nota kaki : da singgah blog aida lom ari ni? ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

~~AzaLea~~ said...

wahhh... telah maju setapak lagi nampaknya... Alhamdulillah... moga murah rezeki...

Rose Khadijah said...

selamat maju jaya Gee..
aku macam nampak seswatu...nnt aku PM ko yerk..

mrs chenta said...

wahhh akak bukak biz katne nih!

Zana Adieyza said...

nnti ada masa nak gie metropoint la.. leh cuci mata... mesti rambang mata kan..

-anidaothman- said...

moga rezeki akak betambah murahh...insya'allah

Anonymous said...

Good bye, sweet alternative other :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!