Isnin lepas kami semua 1 pejabat sudah mula bekerja di bangunan baru di Kompleks KPKK, Presint 4. Berjiran dengan KPKT, KPWKM dan KKLW. Antara bangunan pejabat kerajaan yang tertinggi di Putrajaya nih :) Masih terlalu awal untuk membuat perbandingan antara ofis lama dengan yang baru. Apa pun, aku happy dan rasa sangat bersyukur sebab rumah sangatlah dekat dengan ofis. Alhamdulillah... (jenuh dah ulang-alik jauh selama 3 tahun, sekarang kasi chancelah Mak Izz relax)
Ofis sudah beroperasi seperti biasa. Cuma barang2 masih ada lagi di dalam kotak. Workstation aku hampir 80% clear, tinggal surat2 dan fail2 penting je untuk dikemaskini. Itu aku akan buat sket2 lama2 habis (jangan sket2 lama2 jadi bukit udah) Hehe.. Jom cuci mata tengok bilik baru aku di ofis baru.
Deretan keychain free menjadi hiasan. Dengarnya dah start 5S nanti tak boleh gantung dah keychain2 ni. Sebelum start, baik pulun :) Telefon baru tu. Masih belum beroperasi, action je tuh. Pc lama dari ofis lama (consider baru sebab baru dapat)
Meja sebelah kiri. Tray fail, kertas dan stationery boleh laras (ekekek.. apa punya ayat da) Tengoklah sesuka hati aku je buat tray fail jadi tempat letak mug dan barang2 free yang dapat dari ofis. Chissss... Suka dengan magnetic board (walaupun kecik). Boleh conteng2 ketika bosan. Nampak tak ada figura senyum straight dekat situ?
Dulu kabinet besi ada 3 tapi sekarang cuma muat satu. Kabinet2 lain selamat masuk bilik fail. Barang hiasan tidak dilupakan. Sijil SIRIM QAS aku sangkut macam tu pada rak penyangkut kot, aci tak? Sebab ofis baru ni tak boleh gantung apa2 pada dinding selama 2 tahun. Tertekan tahu!
Cermin panjang (tapi yang bingkai hitam ni bos punya) harus diletakkan di atas kabinet dan disandar pada dinding. Menjadi kegunaan kaum hawa 1 pejabat sebab dorang semua takde cermin panjang. Takkan setiap kali nak check penampilan kena pergi tandas, tak gitu? Cermin panjang aku (bingkai gold) tah ke mana perginya. Dah cari tapi belum jumpa lagi. Sedihlah macam ni, beli sendiri tau dekat UO Chow Kit masa mula2 kerja dulu T..T
Takat ni, gambar ni je dulu. Nanti2 (kalau rajin) Mak Izz tunjuk lagi ye :) Selamat bekerja dengan aman, damai dan sentosa! ^___^
6 comments:
opis tingkat bpe plak kak?xkn pling tinggi jgk kut...heee
opis tingkat 10, ok la. x rasa sgt sbb lif laju & bilik akak xde tingkap. x rs pun tinggi. ofis lama tingkat 12 :)
kat precint bape ni? best nye sume baru. bau kedai lagik... :)
Kemass jaaa tempat akak....susunan rapi, kalO tmpat nida..huh selerak tarak...hihih
watyz - presint 4. mana tau bau kedai?
nida - amik gmbr pun lepas berkemas, kalo sepah senyap2 jer. jg imej jugak. kuikui :P
hihi..selamat bekerja di tempat baru..
Post a Comment