Tuesday, November 22, 2011

Aktiviti Hujung Minggu Selepas Berpindah

(Lama tidak bersiaran kerana busybusybusy)


Assalamualaikum wbt

Menetap di Putrajaya jika tidak berjalan-jalan ke tempat menarik sekitar Putrajaya adalah 1 perkara yang sangat merugikan. Dulu semasa menjadi pemastautin Jalan Kebun, jarang-jarang aku ke Putrajaya. Setahun sekali belum tentu. Kalau ada pun hanya memanjangkan langkah ke Cyberjaya melawat pakcik sekeluarga yang menetap di sana.

Hujung minggu pertama selepas berpindah, kami habiskan di Jerantut menyambut AidilAdha. Hujung minggu ke-2 barulah berkesempatan meninjau persekitaran Putrajaya. Belajar mencari jalan ke tempat2 penting seperti Pasar Malam (consider penting eyh), Mydin, Kedai Runcit, Kedai Makan, Klinik, Stesen Minyak (ok yang ni sangat penting!) dll. 

Beberapa hari meronda, aku buat kesimpulan bahawa Putrajaya ni sangat banyak taman yang cantik2. Setakat ni baru menjejakkan kaki ke 1 taman (berhampiran Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6. Dekat je dengan rumah). Saje bawa anak2 berjalan ambil angin petang.


Ramai juga manusia lepaking tepi tasik. Termasuk pengantin2 yang sakan bergambar sampai baring2 dekat jeti dengan gaun mengerlip :)

4 bangunan tinggi di belakang tu salah satunya adalah ofis aku. Mak Izz semangat berbaju kurung moden (baru balik kenduri kahwin daa). Abaikan pemilihan tudung yang tidak match dengan baju dan kain  ^__^

"Mak, abah, thanks bawak Izz jalan2 sini"

Eksaited nak amik gambar dekat kapal. Yolah nakk...

 Korang jelah bergambar. Mak dah pencen :)

"Hihi.. next time kita jengah taman2 lain pulak ye. Izz x sabar!" Ha'ah mak ko pun tak sabar :)

Sabtu minggu ke-3 ke Bangi raikan adik ipar dalam majlis konvokesyennya. Petang singgah Alamanda jalan2 cari makan (dan mengabihkan saki-baki duit gaji yang ada). Ahad cuma duduk di rumah menyetelkan kerja-kerja rumah yang patut. Apa cerita minggu hadapan? Adakah ke taman lain? Adakah keluar membeli-belah sebab baru dapat gaji? Atau adakah duduk di rumah sahaja jadi bibik? Just wait n see  ^__^

Jumpa lagi, assalamualaikum!

7 comments:

faraherda.razalan said...

Bestnya bwk jln2 kat sini. Sy tak sempat g nak bwk Aydin g jenjalan Putrajaya. Mcm ne umah baru? Best tak?

BoB said...

hahaha...klakar tgk ank akk yg sulung 2..msti mcm akak!! hahaha

Mak Izz said...

best sbb tgk gelagat anak yg super excited (hasanah berlari sampai jatuh tertungging, hehe) hah nt ada ms free blhla bwk Aydin jalan2 cni. rumah baru ok, ada pro & kons. nt mak izz cite, lately bz sket x smpt nk ngomel pjg2 kt blog :)

Mak Izz said...

ebob - apa yg kelakar ebob? gelagat dia eyh? kalo dh eksaited, mcm2 rupa kuar. skrg izz makin byk mulut & makin byk keletah. dh pandai menjeling akak bila marah & pukul adik dia (bila dia x puas hati dgn akak) kalo smpt akak amik gmbr publish kt blog.

Kamariah Awang said...

Seronoklah Uji... Kalau ma ke Putra Jaya, boleh tak Uji terima ma jadi tetamu, bawak ma jalan2?

-anidaothman- said...

bestlaa kak..siar-siar bawak anak....

izzz dh besaqqq.....lainlaa muka diaaa

~~AzaLea~~ said...

rambut izz dh pnjng... sekali pandang tak leh beza mana izz, mana anah... hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!