Friday, August 12, 2011

Mak Izz Kembali Menulis

Assalamualaikum wbt semua!

Ada sesape rindu tak? Jangan tipu. Genap 2 minggu aku tak update sebarang entry sudah 3 orang yang bertanya.

"Mengapa tak menulis dah?"
"Akak.. bila nak update entry?"
"Eh apsal ko tak update blog?"

Sambil tersenyum aku menjawab "Busy la yunk!" <-- jawapan bajet bagus. Eyhhhhhh... kira ok la tu 3 orang. Daripada takde langsung? :P

Ok2 sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, tak kiralah dah hari ke-12 ke haper, aku nak ucapkan selamat berpuasa la kepada semua rakan2, akak2, adik2, untie2, abang2 (nak jugak) di luar sana. Bulan puasa ni kita kena banyak beribadah (sebab tu aku tak update sejak muncul bulan Ramadhan) padahal.... blogwalking x hengat ^___^ Jangan buat perkara2 lagho yang mengurangkan pahala puasa ok! pandainye nasihat orang :) Mudah2an Ramadhan kali ni kita perolehi pahala amalan yang berlipat lipat lipat kali ganda. Tak semestinya perut je kena berlipat (ini untuk mereka yang bersaiz XXL ke atas ye)

11 hari berpuasa ni, aku baru berkesempatan 3 kali je berbuka di rumah sendiri. Selebihnya di rumah mak, di kampung dan di luar (sehari jela buka kat luar). Rumah di Klang, kerja di KL, hantar anak2 di Cheras pukul berapa je aku nak sempat sampai rumah dan memasak untuk juadah berbuka. Apapun alhamdulillah... masih dapat juga memasak bila berbuka di rumah sendiri. Terima kasih banyak2 abah Izz sebab rajin membantu :)

Selain daripada abah Izz, tentu2lah anak bujang kesayangan yang hobinye 'mengemas' juga turut sibuk2 di dapur semasa kami sibuk memasak. Tak percaya?

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



 Sejuk perut Mak Izz ^___^


10 comments:

~~AzaLea~~ said...

Finally... Mak Izz telah kembali menjelma...

Mak Izz said...

finally! yeah..yeah..!! (tiru aksi Bendi Amuk)

Rose Khadijah said...

haku le yang sesebuk tanye tu eh..heii..izz tu..pandai da cuci botol..(suke le mak ko, pasni, pasti izz yang di suruh cuci botol annah lak kan)..

watyz said...

selamat berpuasa mak izz... rajin dia tlg mak dia kan. anak yg baik. x jatuh ke guna tu? ade roda kan tu?

Mak Izz said...

rose - cuci gitu2 je nok. kalo pandai cuci bkn takat botol anah, dgn keta2 pun aku soh dia cuci :)

watyz - terima kasih. a'ah rajinnnnnnnnn sgt. jatuh lg bagus sbb baru tau serik. tp malangnya x pernah jatuh2 lg :) (mungkin x jatuh sbb alas karpet so roda kereta tu tetap x bergerak)

K.I.K.A. said...

huu..abg izz rajin...nti balik kg blh tlg cuci pinggan...kurang keje mak long...hehe
*bajet cm maklong rajin sgt je wt keje2 umh ble balik kg...ngee...ngee...

K.I.K.A. said...
This comment has been removed by the author.
Mak Izz said...

KIKA - maklong kan pencuci pinggan mangkuk berjaya time cuti sem. tunggu izz besor sket baru blh tolong maklong. hasanah pn blh tolong (jangan tolong kacau udah)

Anonymous said...

boleh tanya...macammana cara nak menginap di rumah peranginan persekutuan tu?

Mak Izz said...

cik anon - maaf baru perasan pertanyaan ni. insyaAllah ada masa nanti sy cuba jwb dlm 1 entry ye. terima kasih sudi bertanya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!