Friday, April 16, 2010

Manusia Meniti Hari2 Kematian

Jangan tergezut dengan tajuk blog aku hari ni. Pagi tadi ada program Nur Iman anjuran Jabatan aku. Tajuk ceramah adalah 'Manusia Meniti Hari-Hari Kematian' yang disampaikan oleh ustazah Dr. Salema Ahmad dari .... (tak dinyatakan di dalam surat jemputan).

Isi kandungan ceramah ok, cuma cara penyampaian je yang aku rasa agak kureng sikit. Bukan kureng dari segi apa, aku suka penceramah yang suka bermain dengan ekspresi wajah, mengaitkan topik ceramah dengan pelbagai cerita yang boleh dijadikan iktibar, suara yang memberi penegasan dan ciri2 lain yang sepatutnya ada dalam diri penceramah yang berjaya. Bukan apa, aku ni ada anak kecik. Kalau dah mendatarrrr aje dari awal sampai ke sudah, tak ke buat aku mengantok? (tapi tadi aku usha kiri kanan, macam aku sorang je yang mengantuk sampai tersengguk2. Yang lain2 ok je pulak) Huhu..

Okeh2 aku tak mahu cerita panjang lebar tentang isi ceramah takut tersalah kata tersilap bahasa. Maklumlah, bercerita bab ilmu agama ni kena berpandukan al-Quran dan hadith, dahla tadi tersengguk2 mendengar ceramah, pasti ada tertinggal di sana sini. Dalam keadaan mata tak berapa nak segar tu, sempat jugaklah catit beberapa perkara/ayat penting dan menarik yang aku rasa nak kongsikan dengan pembaca semua. Mungkin ada pembaca yang dah tahu, tapi tak mengapalah. Kita sama2 refresh kembali ye sebagai peringatan kita bersama.

Antara perkara / ayat yang aku rasa menarik dan tertarik apa yang ustazah sampaikan dalam ceramah tadi adalah seperti berikut:

- Bekerjalah kamu sesungguh2nya seolah2 kamu akan hidup selamanya. Dan beribadatlah kamu sesungguh2nya seolah2 kamu akan mati pada esok hari.
Kata aku: Bukan bekerja sungguh2 sebab nak naik pangkat sebab nak gaji besar sebab boleh shopping banyak2 dan boleh enjoy sana sini pastu tak ingat nak mati.

- Hidup dengan ilmu dunia dan akhirat.
Kata ustazah: Bukan ilmu dunia sahaja penting ye, ilmu akhirat pun penting. Bekal kita di dunia sana.

- Kematian adalah jalan ke akhirat.
Kata ustazah: Siapa takut mati, takde chance ke akhirat. Tak nak jumpa Allah ke?

- Tiap2 kali lepas solat, pohon pada Allah "Lindungi aku dari Sakaratul Maut"
Kata ustazah: Sakit sakaratul maut itu haish.... lagi tajam dari 40 tusukan pedang. *Iktibar dari sebuah kisah

- Tanda kematian bagi orang yang beriman adalah dalam tempoh 100 hari
Kata aku: Moga kita tergolong dalam golongan yang beriman

- Kubur itu taman syurga bagi mereka yang beriman dan lubang neraka bagi mereka yang engkar.
Kata ustazah: Siapa ahli syurga, tak sabar2 nak masuk kubur.

- Sebelum berlaku tanda2 kematian, cepat2 selesaikan hutang.
Nota: Berkali2 ustazah menekankan tentang perkara ini. Betapa pentingnya urusan melunaskan hutang bagi kita sebelum menghadapi kematian. Maka, sesiapa yang liat nak jelaskan hutang PTPTN tu... (dan hutang2 lain) sama2la kita mengingati diri ye.

- Hutang ada banyak. Hutang kepada manusia, hutang kepada Allah. Apa dia hutang kepada Allah? Puasa, Zakat, Haji dan Nazar.
Kata ustazah: Tunaikanlah ketika mampu. Jika tak mampu dan telah meninggal dunia, adalah tanggungjawab waris untuk melunaskan segala hutang piutang.

- Sakit itu kifarah dosa.
Kata ustazah: Kita patut bersyukur bila ditimpa sakit kerana sakit itu penghapus dosa.

- Apabila menziarah orang sakit/meninggal dunia, jangan lakukan perkara2 ini:
1) Bersembang2
2) Bergelak ketawa
3) Makan dan minum

Kenapa?

Kerana rumah tersebut dipenuhi dengan malaikat. Maka jangan burukkan rumah itu dengan perkara2 yang tak berfaedah (seolah2 tidak menghormati para malaikat yang memenuhi rumah tersebut). Maka, hendaklah kita membanyakkan zikir dan membaca al-Quran ketika datang menziarah.

- 3 perkara yang perlu disegerakan:
1) Menguruskan jenazah
2) Solat apabila masuk waktu
3) Kahwin (mesti ramai yang suka ni)


Ok begitulah serba sedikit point2 menarik yang dapat aku kongsikan. Actually ada lagi beberapa point, tapi aku rasa cukuplah setakat ni. InsyaAllah kalau ada majlis ilmu lagi kat tempat aku ni, sama2 kita dapat berkongsi.

"Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah"

Maksud: Ada ilmu tapi korang tak buat, tak amalkan, tak kerjakan, tak guna gak..

Sekian, jumpa lagi :)

3 comments:

Diarihatiku1976 said...

dapat gak ilmu sikit dari adha... akak tak gi tadi... ada kejer nak buat.. ahahksss

NeenaAnuar said...

thanks for sharing da good info dik! ;)

Mak Izz said...

diarihatiku - alhamdulillah.. ada sedikit ilmu kita kongsi sama2. akak pn sll kongsi ilmu & pdpt :) thanks a lot!

k'neena - u r welcome. sama2 kta menambah pengetahuan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!