Thursday, April 15, 2010

Checkup 30 Minggu

Sejak kandungan mencecah 7 bulan, nurse dah suruh aku datang checkup 2 minggu sekali. So pagi tadi aku gigih ke klinik untuk checkup 30 minggu. Ingat pagi tadi nak bonceng motor ayah ke klinik. Memandangkan aku lambat sangat bersiap, maka pergi sendirian berhad aje naik teksi. Tunggu agak lama jugak lebih kurang 15 minit baru teksi sampai. Terus berdesup ke klinik nak dapat nombor awal kunun2.

Sampai klinik kaum ibu dan bayi tak ramai lagi. Aku dapat no 16. Kelihatan susun atur kerusi dah berubah dalam klinik. Baguslah, at least takdela serupa aje macam tahun lepas. Segar sikit mata memandang. Geram sungguh tengok baby2 yang datang checkup. Comel2, montel2 & gebus gebas. Terus teringat Izz kat rumah & terus aku usap2 perut. Tak sabar nak tunggu baby mak yang no. 2 ni keluar. Macam rupa siapa la agaknye ye? Gebus gebas tak? (kalau ikut baka mak dia, confirmla kan. Hikhik)

Seperti biasa tunggu berejam2 baru nurse panggil untuk check perut. Kali ni aku dapat nurse Marina, lembut yang amat. Peramah pulak tu. Lama jugak dia check perut aku. Katanya "Maaf ye, saya tekan kuat sikit. Badan berisi ni susah sikit nak rasa kedudukan baby" Hehe.. tergelak aku dengar. Punyalah baik dia sebut perkataan 'berisi'. Aku rasa perkataan tu sangat comel. Dah lama orang tak panggil aku badan berisi sebab dah lama terlebih isi :) Tapi kalau nurse tu sebut perkataan 'gemuk' mesti agak tersentap jugakla. Bukan sentap sebab dia kata aku gemuk (memang gemok pun) tapi sebab macam takde manners pulak nurse ni. Wokey.. sambung cite. Tekan punya tekan (perut), picit punya picit, nurse kata ok.. kepala baby kat bawah. Alhamdulillah..

Then keluar dan tunggu giliran lagi sampai nurse panggil untuk consultation. Masa ni perut memang dah berkeroncong gilababas alagapas. Ketwok laju2 terus ke kedai beli sandwich tuna & air milo kotak. Then ketwok laju2 balik ke klinik. Terus le menjamu selera dalam klinik. Selamba badak je aku ngupngap ngupngap, berbau tuna 1 klinik (lantakler janji perut kenyang).

Tengah sedap2 makan, tiba2 nurse panggil "Nur Adha..." Alamak, x sempat abis lagi makan ni. Cepat2 telan (buruk lantak sungguh) dan masuk dalam bilik jumpa nurse. Tak tahu kenapa tapi aku rasa nurse macam baikkk sangat hari ni. Macam2 dia nasihatkan aku. Oh ye, pagi tadi masa ambil bacaan tekanan darah (BP), bacaan BP aku agak tinggi 140/90. Beria-ia la nurse tu tanya aku ada alami tak pening kepala, rasa mual, loya, mata berpinar etc. Aku jawab takde. Ala.. aku tau dia takut aku kena pre-eklampsia la tu. Nurse nasihat lagi dari segi pemakanan. Dia kata kurangkan garam. Makanan2 bersup tu, daging2, kalau boleh elakkan. Aku memang jarang makan sup2 & daging ni. Tapi dah BP tu nak tinggi kan (alasan).

2nd check alhamdulillah bacaan BP dah normal. Tapi nurse still nasihatkan aku agar jaga pemakanan etc. Aku mengadu jugak pasal masalah heartburn aku yang semakin kronik ni. Boleh ke aku minum Gaviscon macam iklan dalam tv tu. Nurse tak galakkan. Nurse kata, normal la time mengandung ni berlaku heartburn sebab bila perut semakin besar, diafragma tertolak ke atas dan menyebabkan asid dalam perut tu tertolak sama. Tu pasal rasa haish... malas nak cakap. Sebab memang tak best betul bila rasa heartburn tu. Nurse nasihat lagi, katanya kalau tak sihat, demam ke.. selsema ke.. nak makan ubat pastikan dapat perskripsi daripada doktor. Pergilah ke klinik. Jangan nak memandai2 telan panadol sebab pernah terjadi pada sorang ibu ni, pas makan panadol berlaku contraction padahal kandungan belum lagi matang. Wah.. suspentot dengar. Dahla sebelum2 ni pernah makan panadol (kes malas ke klinik) Selepas ni, KATAKAN TIDAK PADA PANADOL!

Dah settle semua nurse bagi tarikh temujanji berikutnya pada 29 April nanti. Nurse siap bekalkan time slip untuk aku tunjuk kat bos. 10.30 pagi aku selamat sampai ke pejabat. Fuh, penat!

Gitulah al-kisah checkup aku hari ni. Oh ye, terlupa pulak. 2 minggu lepas, nurse dah suruh aku start catit pergerakan baby tapi aku tak buat pun (malas + sukar nak ikut). Tadi pun nurse suruh lagi. Dia siap tulis dah tarikh esok 16/4 kat jadual pergerakan baby tu. Isk isk.. nak tak nak kena buat jugala. Nurse cakap dengan aku, (dia pun faham bukan boleh concentrate sangat catit pergerakan baby tu) walaupun tak dapat catit tiap2 pergerakan, tapi make sure cukup 10 gerakan dalam tempoh 12 jam (9 pagi - 9 malam) maknanya baby takde masalah. In case jam dah pukul 8.30 malam, tapi baby baru bergerak 5-6 kali macam tu, ar.. cepat2lah pergi hospital bahagian emergency. Bukan apa, ditakuti (ulang: ditakuti) baby lemah sebab tali pusat terbelit ke.. haper ke.. jadi sebagai langkah keselamatan, kita berjaga2 aje. Memang betul pun apa yang nurse cakap. Terpulang kat kita je nak atau taknak ikut. Eh eh tiba2 'aku' dan tukar jadi 'kita'. Hehe..

Oklah, nanti cerita lagi untuk checkup2 seterusnya ye. Adios!

3 comments:

Deqna said...

oo takleh amik sembarangan lah kiranya panadol tu yer... ok ok.. akan elakkan panadol...


fuh tak lama lagi kuarlah baby dalam perut tu.. tak sabar kan nak tgk dia...

take care

Mak Izz said...

kata nurse gitulah. sblm ni doc kt private kata blh pulak mkn panadol. mana 1 nk ikut? yg x memudaratkan lah yg kta ikut. hehe..

a'ah x sbr dh ni. sama2 la kita tunggu bakal anak kita ye. mudah2an slmt & mudah semuanya.

take care too :)

Nur Irfan Juezrie said...

camni lah.. mana yg boleh thn, thn jela.. mcm ju dulu pun, sakit kepala sket2 thn je, tak ambik ubat.. tp yg tak leh thn, tu terus jumpa doc.. n doc akan bg ubat yg sesuai la utk preggy woman..

apa2 pun.. take care utk akak n kak deyna.. semoga sumenya selamat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!