Sekarang ni rutin kami setiap hari selepas pulang dari kerja ialah bertanya Acik tentang progress dapur. Maklumlah, kami sampai rumah selalunya hari dah gelap, dapur pun tengah under construction, mana ada lampu. Jadi bila dah malam tu kalau nak intai dapur kena la guna torchlight. Pekerja construction dapur aku ni bukannya datang hari2. Kadang dorang cuti weekday tapi weekend ada je pulak muka (sampai aku nak berpoya-poya di hujung minggu dengan keluarga pun susah). Hehe.. ala buat sementara waktu je kan, aku kenalah bersabar dan berkorban sikit. Nanti dapur dah siap, senanggggg hati aku. InsyaAllah..
Petang Khamis balik kerja kami terkejut bila tengok lantai dapur dah siap disimen. Kalau sebelum ni masih berlantaikan pasir, tanah dan debu2, tapi sekarang dah pun elok bersimen. Legala sikit, rasa macam tak sabar2 menanti dapur siap. Dinding dapur pun separuh dah plaster. Dinding pemisah antara ruang tamu dan dapur dah siap dibatukan cuma tinggal nak plaster je lagi. Huh sangat tak sabar..
Hari ni aku tengok dorang dah start bina tembok untuk letak sinki dan dapur gas. Siap amik ukuran etc. Tak tau bila dorang nak start bina table top. Mulut tu macam segan je nak bertanya. Segan tak bertempat kan? Tah hape2 je aku ni. Lantakla.. :) Tapi masa deal dulu, abang ipar cakap (abang ipar Farizal adalah kontraktor rasmi dapur kami) Untuk kabinet dapur, dorang upah orang lain buat. Ikut jelah yang penting kerja jalan.
Nak tengok gambar terkini progress dapur? Nanti lah dulu. Tunggu ada perkembangan lain, baru aku upload k.
Daa..
2 comments:
Uji nnt dapur dah besar boleh la masak best2, aku nak datang!!
moleh2. kalo x sedap pn kena paksa makan jugak. muahaha...
Post a Comment