Ha.. tadi baru je update entry cite pasal dapur. Ni nk update entry pasal kami pulak. Eh apsal aku banyak masa boleh update entry ni eyh? Entry tu.. entry ni.. hari Sabtu pulak tu? Kan cuti hari ni, mana boleh lenjan internet kat ofis. Abis tu aku bertenet dari mana nih? Ofis ke? Jawapan: Tidak. Abis tu kat rumah mak? Jawapan: Pun tidak. Abis tu kat mana ni? Jawapan: Dari rumah kami di Jalan Kebun :)
Ye, kini kami telah mempunyai talian internet di rumah. Yahoooo!!! Dulu konon2 tak mahu pakai broadband. Sebab tak sempat guna la, takde kepentingan la, talian pasti lembap la (sebab rumah kat USA - Ulu Shah Alam), tapi akhirnya.. kami mengalah juga kepada kemajuan teknologi. Actually abah Izz yang beria-ria nak beli broadband. Ada kepentingan lain katanya. Dah abah beria, mak Izz pun of coursela beria jugak kan. Bukan mudah nak pura-pura tak minat ada talian internet kat rumah. Mula2 nak pakai nama abah untuk bil broadband ni, sekali ada caj baek punya untuk pekerja gomen. So gunalah nama aku. Tapi kami berdua dah berjanji sehidup semati ops bukan.. kami berdua dah berjanji yang akan guna sama2, pakai sama2 dan bayar sama2. Yelah abah...
Selalu cuti weekend macam ni mesti aku sebagai mak2 dan isteri2 busy mengemas umah kan? Ya, itu situasi biasa setiap kali weekend. Tapi hari ni aku free sikit. 1st, sebab abah takde pergi bercuti ke Fraser Hill. Esok baru balik. So aku tak perlu nak menjaga keperluan abah arini. 2nd, entah kenapa Izz hari ni asik tidooooo je kejenya. Dari pukul 10 tadi tido, sampai sekarang dekat pukul 1.30 belum bangun2 lagi. Bila dia huk hek huk hek, aku sumbat botol susu. Mana la budak tu tak dibuai mimpi indah. Hehe.. dapatla mak Izz update entry ni ha. Terima kasih la Izz ye sebab bagi mak peluang men'try' update entry kat rumah ni.
Eh korang, mesti dah rindu dengan Izz kan? Yelah, dah lama betul aku tak bercerita pasal budak kecik ni. Hari ni Izz dah pun genap 11 bulan. Masih belum berjalan lagi tapi merangkak memang sangat pro. Zup zap zup zap sekejap je dah sampai ke hujung dunia. Sekarang Izz dah makin pandai mengajuk apa yang kita buat. Pantang kita batuk, dia pun terbatuk2 sama. Pastu tersengih2. Kalau kita bersin, dia ketawa terbahak2. Tah apa yang kelakar, kita pun tak tahu. Tangan pulak dah pandai letak kat telinga bila kita jawab phone. Kalau kat tangan dia tengah pegang apa2 barang, barang tu lah jadi hp segera dia. Botol susu, sikat, kain, apa2 jelah. Lawak betul!
Mulut dah pandai cebik2, muncung sedepa bila kita marah. Merajukla tu konon. Pastu suka sangat main bulu ayam, buat2 macam sapu sampah. Haha.. rajinnye anak mak. Satu lagi, ni memang paling kelakar. Dia dah pandai tiru cara kita solat. Pantang kita solat, dia pun sibuk2 nak duduk atas sejadah sama. Pastu rukun solat yang jadi peberet Izz ialah sujud. Bila sujud tu lamaaaaa sangat. Duduk sujud, duduk sujud. Tu jelah yang dia tahu. Haha.. lucunya bila tengok pe'el Izz sekarang. Budak2 makin membesar kan. Hati susah pun jadi hepi, alhamdulillah.. anak2 sihat membesar di depan mata. Amboi.. anak2 ye. Izz genap 11 bulan, adik Izz dalam perut mak pulak genap 21 minggu semalam. Isnin ni checkup, mudah2an segalanya baik. Tekanan darah, urine, berat badan biarlah semuanya under control. AMIN...
No comments:
Post a Comment