Dulu aku pernah cerita pasal projek besar nak buat pasal rumah kami kan. Ala.. projek nak tambah dapur tulah. Sepatutnya start renovate masa cuti sekolah bulan 12 hari tu, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, projek dapur terpaksa ditunda ke awal bulan 1 ni. Sekarang dah pun masuk bulan 2, projek dah mula bergerak sejak awal Jan hari tu dan sekarang dah masuk fasa separuh siap.
Apa lagi, jomla tengok progress dapur aku yang separuh siap ni.
Sebelum: Gambar keseluruhan ruang belakang rumah aku yang nak ditambah dapur. Sebelum ni dapur kecik cinonet aje.
Kasi close up sikit. Tak taulah berapa kaki besar ruang belakang ni tapi bolehla nak tambah dapur. Kalau tak tambah dapur kat sini Acik rajin tanam pokok cili & pokok2 lain (aku taktahu pokok apa, buta tanaman sket)
Selepas: Tadaa!!! Ruang belakang yang dahulunya kosong kini sudah tertegak tiang dan dinding. Syabas inchik kontraktor. Tersnap sekali gambar Acik yang segak berjaket ala kontraktor/engineer. (Jaket baru beli tu...) Hikhik..
Ar ni tingkap dapur yang bakal siap. Ambil tingkap bilik.
Tingkap bilik yang sudah ditutup dengan batu. Bilik yang dahulunya terang kini sudah gelap gulita.
Dari pandangan dalam dapur. Nanti nak pasang kabinet kat sini. (Gambar gelap tapi nak letak jugak)
Ni pulak gambar pintu keluar dari dapur lama. Dinding ni akan dipecahkan. Pintu dan tingkap ni akan dipasang di dapur baru. Camne la rupanye nanti kan?
Ni pulak baru siap 3/4 dinding pemisah antara ruang tamu & dapur. Tak sabar2 tunggu siap. Sekarang Izz Haris tak boleh suka hati lagi kuar masuk dapur. Huahuahua...
So far takat ni jelah progress dapur aku. Nanti ada perkembangan terkini, i'll update later k.
Tata...
3 comments:
wahh.. meng decor ni... raya ni sure meriah..
patut ler farizal tak bagi datang umah dia langsung...ada udang sebalik mee udang rupanya...dah siap nanti bgtau cepat2. dah lama teringin nak pegi beraya
besar nye rumah.. mne ko beli nih? ade kosong lg x kt situ... Tgh sebok cari rumah ni
Post a Comment