Wednesday, February 3, 2010

Majlis Rangkaian Kasih 2010

Salam semua, berjumpa lagi dalam entry yang dijanjikan minggu lepas. Semalam gigih suruh abah Izz transfer semua gambar dari kamera ke laptop. Nak update cerita punya pasal, malas pun rajinkan jugak. Punyala banyak gambar2 dalam kamera tu, kalau dikumpul2 boleh bikin 4-5 entry jugaklah ikut aktiviti macam2. Aktiviti kenduri kawen (ada 4 wedding tuh), aktiviti balik kampung (kejor yeop kejor), bercuti di PD (mai ai.. punyela lama), aktiviti terjuk tiruk (tumpang swimming pool orang) dan macam2 lagilah. Nanti kalau ada masa aku update satu persatu ye. Cewah!

This time bagi peluang kat aku bercerita pasal majlis ni ek. Majlis Rangkaian Kasih ni salah satu program anjuran PUSPANITA jabatan aku ni. Majlis ni tak ler diadakan tiap2 tahun, kalau tak silap aku.. last time majlis ni diadakan masa tahun 2006. Ar masa tu aku baru2 je masuk keje kat sini. Zaman tu zaman pekeliling berjimat belum keluar lagi, so majlis tu diadakan di Kafe Istana Budaya. Ha.. dekat je dengan bangunan ofis lama aku kat Wisma BERNAMA tu. Jalan kaki pun sampai tapi sure letih la kan. Tumit tinggi pun boleh patah (zaman dulu zaman aku berkasut tumit tinggi. Zaman sekarang zaman aku berkasut tapak rata bertali sebab kena ketwok turun naik tren, hehe..)

4 tahun dah berlalu, majlis ni diadakan kembali di Dewan Bestari di bangunan Sime Darby ni jugak. Waha.. sedih je dengar kan. Tapi itu tidak menjadi hal yang besar, ada function buat kat hotel, takde aral, kita join. Ada function buat kat dewan, takde aral, kita join jugak. Takde masalah! Tempat tak penting, yang penting, pengisian programnya. Cewah2.. cam tak percaya pulak aku cakap macam ni. Yelah, nak tunggu function di hotel2 aje baru nak join, ko tu standard hotel2 je ke?

Ok jangan buang masa lagi. Jom start cerita pasal program. Aku tak dapat snappy shot2 yang hebat sebab aku malu nak ke tengah dan ke depan. Maklumlah size badan bukannya kecik2 orang, jadi aku snappy mana2 yang tercapai tanganku jelah ye. Tema majlis adalah Arabian, semua peserta digalakkan memakai baju bertemakan Arabian, ala padang pasir gitu. Aku? Of course la join tema kan. Penat je AJK PUSPANITA memeras otak dan keringat dok pikir berhari2 tema apa la yang menarik untuk majlis kali ni. Jadi sebagai ahli PUSPANITA yang sporting & suka 'theme party' macam ni, of course aku tidak melepaskan peluang. Jom tengok busana aku.


Kihkihkih.. kesian kat korang kan. Gambar takat perut ke kepala jeh. Haha.. yelah aku bukan supermodel pun nak tayang baju. Lagipun jubah yang aku pakai tu jubah mak yang aku pinjam untuk pakai sepanjang tempoh berbadan dua ni. Dulu lepas bersalin Izz, aku dah pulangkan jubah ni. Tak sangka pulak tahun ni aku masih memerlukannya. Waduh2 sejarah betoi la! Actually sejak peknen ni memang biasa pakai jubah pergi ofis, so takler aku ni beria2 mencari jubah semata2 untuk majlis. Cumanya yang special sket masa majlis tu mungkin tudung aku kut. Rajin sket nak belit2 (kat dalam siap pakai tudung awning kaler hitam tau, panas gilerh! (Walaupun panas, makcik sanggup nyah!)Kira aku pun sama2la memeras tenaga dan keringat untuk membelit tudung di pagi Jumaat yang hening semata-mata ingin memeriahkan majlis. Hehe..

Selalu kalau majlis sebegini mesti tetamu duduk atas kerusi kan? Tapi tidak untuk majlis kali ni. Oleh kerana ia bertemakan Arabian, maka kami2 dipaksa duduk di atas tikar (kecuali ibu mengandung dan ibu2 yang kakinya cepat cramp, hiks). Nak duduk bersila, nak duduk bersimpuh, nak duduk berlunjur (tapi jangan buat tau) dipersilakan dengan segala hormatnya.

See the crowd! Duduk lagi meriah tau! (Boleh main geletek2) Walaupun duduk di atas tikar kelihatan tidak formal (memang bukan majlis formal pun) tapi muka masing2 serius. Why? Tunggu cabutan bertuah ke? :P

Sambil duduk2, sambil makan2. Menu adalah roti arab, kari ayam, kuih muih & minuman teh tarik & teh o. Menu petang kan, kena la ringan2. Ringan ke roti arab & kari ayam tu? Hiks!

Menu yang ringan tapi sarat dengan kolestrol :P

Sambil menjamu selera, halwa telinga kami disajikan dengan nyanyian ahli PUSPANITA dalam pertandingan karaoke. Peserta cuma 3 orang sahaja, so confirmla tiga2 menang dapat hadiah. Haha.. aku? Of course la tak masuk. Aku bukan setakat tak bersuara merdu malah buta melodi dan lirik. So sorila nyanyi2 solo ni ek. Kalau beramai2 dalam nasyid tu bolehlah (nak jugakkkkkk).

Gambar salah seorang peserta karaoke. Walaupun bertemakan padang pasir, tapi peserta ni nyanyi lagu Azharina, Elegi Sepi. Pancit mood padang pasir aku :) Anyway, thanksla korang bertiga ek (Akak yang suka nyanyi lagu2 lama tu tak ingat apa namanya, Marza & Adik). Kalau korang tak menyanyi, x pasal2 kami kena dengar lagu Waheeda & Nour El Shams tu berulang2 kali. Waduh waduh..

Acara ditunggu2, Pertandingan Peragaan Fesyen. Oleh sebab peserta yang mohon untuk bertanding (yuran masuk RM5 dikenakan) suam2 kuku, maka peserta dipilih secara veto. Time2 tu sebut nama, time2 tu jugak dorang kena bangun & tayang jubah dorang. Masa ni aku dah menggelabah dah. Dah siap salam2 dengan geng2 kata nak balik pejabat. Hahak! Perasan je. Sapela nak pilih aku yang bersaiz peti sejuk 2 pintu ni peraga fesyen kat depan? Mustahil kan? Yelah, walaupun mustahil tapi aku tetap ragu2. Hahaha...

Takyah cite sape yang kena. Jom tengok gambar! (maaf gambar kurang jelas) Dorang ni tak reti nak duduk diam, tak reti nak berdiri statik, sibuk bergelek nak curi tumpuan juri. Maklumlah, kalau menang dapat hadiah spesel tau!

Tengoklah tu, macam2 fesyen, macam2 pe'el. Tang pe'el paling tak tahan tu. Apapun memang gamat and riuh rendah betul time dorang2 ni berposing atas pentas. Siap ketwok turun pentas and bergelek sakan. Huahuahua... (bila diingat2 balik memang kelakar. Sporting abis dorang ni) Tahniahlah kat korang semua ye. Sebab memang betul2 BERANI. Walaupun umur dah cecah setengah abad, tapi u all tetap memukau! Nasib baik takde kaum adam dalam dewan tu. Kalo tak, pasti GEGARRRRR!!! Pemenang adalah Kak Rosni (akak yang pakai jubah hitam & tudung pink tu) Bukan sebab fesyen dia hebat tau tapi sebab GELEK dia yang hebat. KABABOOM!!!

Oh ye lupa nak cite. Sepanjang majlis berlangsung, acara bertukar2 hadiah diadakan. Panggil 5 nama, then berhenti. Susul dengan aktiviti. Selesai aktiviti, sambung lagi panggil 5 nama untuk bertukar2 hadiah. Macam tu jugakla dengan cabutan bertuah. Sampailah kesemua ahli dapat hadiah masing2. Seperti aku beritahu dalam entry sebelum ni, alhamdulillah buat pertama kali di jabatan ni aku dapat cabutan bertuah (tu pun dah no. 25). Kalau Kak Ina Camar menang hadiah dia sponsor sendiri, aku pulak menang hadiah bahagian aku yang sponsor. Dahle aku ikut sekali memborong. Hikhik.. tapi hadiah2 sponsor oleh bahagian aku memang best2. So aku x risau. Nak tengok hadiah2 aku?

Tadaa! Bekas seramik english deko tu aku dapat dari Puan Manisah (Timb. Pengarah) kat sini. Wow! Cam hebat2 je dapat hadiah dari TP. Yang bestnya, bekas seramik tu bukan kosong tau tapi penuh sarat berisi coklat choclairs dan jelly. Wow nyum nyum.. Patutla masa dapat hadiah tu Puan Manisah bisik kat aku "Ai gemukla sape yang dapat hadiah saya ni.." Masa tu aku musykil & rasa tak puas hati (taula aku tak kurus) tapi tak perlula buat statement camtu. Bila check2 bekas tu barula aku perasan rupa2nye penuh dengan coklat & jelly. Patutla dia cakap macam tu. Isk isk, tiba2 aku rasa bersalah sebab bersangka buruk. Ampunkan patik Tuanku! (dah dapat coklat, panggil Tuanku pun sanggup, kehkeh). Dan kotak berbalut hijau tu lah hadiah cabutan bertuah yang aku dapat. Actually aku pun tak tahu apa benda dalam tu (sebab bahagian aku sponsor 5 hadiah) aku pun dah tak ingat hadiah apa yang kami beli. Dan sampai sekarang pun aku tak buka2 lagi pembalut tu. Tunggulah bawak balik rumah nanti, biar abah Izz je yang bukak. Biar dia excited lebih. Hahahah...

Pukul 5 petang majlis pun tamat. Aku tak tahu macam mana penutup majlis sebab pukul 4.45 aku dah chow naik atas. Dah dapat cabutan bertuah kan, tunggu apa lagi? Eh taklah... dah dekat pukul 5. Aku kan PA, kenala check kalau2 ada surat penting yang perlu diambil tindakan.

Gitula serba sedikit ulasan Majlis Rangkaian Kasih 2010 kali ni. Serba sedikit? Dah naik lenguh tangan aku menaip. Hahak. Oklah, nanti ada masa2 free aku update lagi. Moga dengan cerita aku yang panjang lebar ni korang pun turut merasa kemeriahannya.

Ok jumpa lagi di next entry!

2 comments:

NeenaAnuar said...

chumel nyer mak izz.. naper tak amik gambo penuh... pose2 lar sikit... hehehe..

Mak Izz said...

chumel? ahaks! geli tali perut sy dengar. malula nak amik gambo penuh, sy x pandai pose mcm kak neena.. hikhik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!