Tuesday, January 19, 2010

Renjatan Elektrik

Kenapa sejak aku mengandung ni kan, aku sering terkena renjatan/kejutan elektrik kecil di hujung jari jemari aku? Terutamanya bila suhu sekeliling berada pada paras sangat sejuk (sejuk penghawa dingin di pejabat misalnya). Setiap kali jari jemari memulas tombol pintu dan tiap kali jari jemari membuka laci kabinet fail, automatik renjatan2 kecil berlaku. Bukan itu saja, malah tiap kali bahu terlanggar kekisi pintu (sudah semestinya diperbuat daripada besi) pasti terenjat juga walaupun berlapik dengan baju dan tudung. Sampaikan aku fobia nak memegang sebarang peralatan2 besi di pejabat ni.

Erm.. masa mengandung anak pertama dulu tak pulak macam ni. Ada sesiapa yang senasib dengan aku? Apa puncanya ye?

Sekarang ni kalau nak pulas tombol pintu atau nak buka laci kabinet mesti aku spare towel kat tangan. Aku dah try lapik dengan hujung lengan baju je, tak berjaya. Kena guna kain yang tebal baru renjatan tak berlaku. Jari aku berpeluh ke? Mustahil berpeluh dalam cuaca sejuk begini. Lagipun jari jemari aku memang sentiasa kering.

Paling aku mengelak, berlaga bahu dan lengan dengan kekisi pintu. Fuh.. bila terkejut boleh bikin sakit jantung tau!

Ada sesiapa boleh bantu aku selesaikan masalah ni?

5 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

erm.. ju kerap jugak jadi cmtu akak.. most of the time bila tolak trolly tesco.. mesti kena renjatan elektrik.. penah sekali pgg pintu kereta.. pelik la..

Diarihatiku1976 said...

lor ko ngandung.. akak tak tahu pun ko ngandunggg.. ahahksss

Mak Izz said...

ju - oh ju pun sll kena gak ek. musykil sungguh :[

diarihatiku - dh umum dlm blog pun aritu kak. x baca ke? hehe.. doa sumenya slmt ye kak.

Unknown said...

wife patik juga begitu...puan zaida tu.
dari segi saintifiknye, renjatan letrik yang korang rasa tu disebabkan oleh electric static discharge. cas badan korang dah terlebih negatif atau positif, bila tersentuh besi yang ada contact grounding, dia discharge jadik positif balik ler....yang discharge tu le menghasilkan renjatan letrik tu. tahap pengahsilan cas setiap orang berlainan pastu ada kaitan ngan cuaca keliling kita. utk tau lebih lanjut....baca kat blog saya. terima kasih

jackapron said...

mende nih dah biase kene..
tapi buat tak tau jelah.
dah lali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!