Monday, March 19, 2012

Berniaga di Pejabat

Assalamualaikum wbt

Lama noh aku tak update blog. Busy yang amattttttt.... Apa pun syukur alhamdulillah, bila aku busy tu tandanya aku masih sihat walafiat kan? Selasa lepas ada Mesyuarat Agung PUSPANITA Jabatan Penerangan Malaysia di Kompleks KPKK dan buat pertama kalinya ofis aku buat jualan booth. Selaku AJK PUSPANITA Jabatan, aku ditugaskan untuk menghandle bahagian booth ni. Memang suka tak terkira la kan, selain daripada boleh pilih nak jualan macam mana, aku pun boleh menyelit juga 1 nama. Biz preloved soft toys aku dilupa jangan. Hehe...

Farizal siap amik cuti untuk merealisasikan hajat kami. Takmo cite banyak, tengok gambar jelah ye.

Booth kami beserta jualan jus delima (member tumpang).

Syukur alhamdulillah, sambutan di booth kami pada tempoh hari sangat2 menggalakkan. Sampai tak sempat nak catat jualan dalam buku sebab masing2 datang serbu bagai nak rak. Terima kasihla korang ye sebab beri sokongan tak berbelah bagi. Hehe...

Masa meniaga tu jugak aku dapat  bertemu dengan kawan2 lama yang dah lamaaaaaaaaaaa tak jumpa. Antaranya Kak Leha & Kak Marniza (dua2 cikgu tau). Kak Leha memang part-time biz Mary Kay dan Kak Marniza pulak datang untuk jumpa Kak Leha masa tu. Kami bertiga dulu sama2 bekerja di SBU. Dorang cikgulah, aku cikgi jer. Hihi...

Kak Leha, Kak Marniza & aku (abaikan perut yang nampak GEBU itu ok)

Selain booth jualan, kami invite juga booth pameran dari Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan. Tak sangka juga dapat bertemu kawan lama, skulmet masa sekolah menengah dulu si Hadi yang menjadi pharmacist di situ. Kecik je dunia ni kan.

Start meniaga jam 9.00 pagi, selesai jam 5.30 petang. Berkemas2 untuk pulang dengan hasil keuntungan yang lumayan. Syukur.... 27 Mac ni ada Mesyuarat Agung Kementerian pula. di Angkasapuri. Adakah aku bakal membuka booth di sana? Nanti aku buat pengumuman ye. K lah nak siap2 g kerja. Jumpa lagi di lain masa. Assalamualaikum!

11 comments:

Rose Khadijah said...

alooohh...baru nak bagi gambao kandit booth korang ritu..aku snappy snappy dari atas tangga tau...nak?!!meh sini cepat!..

Fida said...

Wahh...kawan i sekarang ni busineswoman yang berjaya...suker i tengok...keep it up ya!

Kamariah Awang said...

Sambil menyelam minum air, Uji... Seronok jumpa kawan2 lama ni...

Suzila said...

asyukk...congrats ujikus..

hari tu ak g alam sentra..tercari2 gk booth kamu..tp xjmpe...

watyz said...

chaiyok!!!
good luck!!

Deqna said...

wah semakin maju lah bisnes... semoga maju jaya:)

Muslimat said...

Kak saya nak meniaga juga boleh tolong bagi contact ke email muszak52@yahoo.com

Unknown said...

Salam mcm mna nk join booth.blh msj sy 0126379124 atau email norizan3112@gmail.com tq

Mak Izz said...

muslimat & norizan - br bc komen korang nih. jika berminat utk berniaga blh add sy di facebook, Adha Khalid (ujikus@yahoo.com). Then PM sy, kita blh chat dkt situ.

Momstoreretail said...

Tahniah kerana memilih untuk meniaga

Momstoreretail said...

Tahniah kerana memilih untuk meniaga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!