Friday, August 12, 2011

Rumah Contoh di Ulu Bernam

Kunjungan  beberapa minggu lepas ke sebuah rumah contoh di Ulu Bernam membuatkan aku taksub dengan gandingan warna kelabu,  putih dan hitam sebagai tema hiasan dalaman. Untuk rumah sendiri, rasanya belum boleh lagi nak praktikkan. Cat di dinding masih baru (walaupun baru tapi dah ada juga hasil lukisan mural Izz). Maka mungkin idea  ini boleh dikongsikan kepada insan-insan yang sedang pening hendak memilih warna apa sebagai warna konsep rumah mereka.

Jom cuci mata!

 Sofa putih memang menarik perhatian tapi tak berapa praktikal kalau ada anak-anak kecik. Nanti menangis siang malam sofa kotor T-T


 Suka betoi dengan meja kopi bulat krom hitam ni. Siap ada bangku kecik kaler putih auwww! TV macam bahaya kan letak macam tu. Buatnya anak tarik terhempap kelepek! Perhatikan carpet berwarna dark brown, sesuai pulak digandingkan dengan warna putih dan hitam.


Feature wall berwarna kelabu. Carpet kelabu. Dinding putih. Meja makan hitam dan kerusi putih (eh apsal nak cite ni? Kan orang boleh tengok sendiri?) Tak kira  nak cerita jugak :P Gandingan warna yang mantap! Lampu berderet 3 ketoi tu memang i loike...


 Lampu gantung di ruang tamu (atas sofa putih tadi). Cantik ala zen.


 Master bedroom. Rumah ni kecil je maka master  bedroom pun kecil juga. Loike warna olive green for feature wall. Selebihnya putih untuk menjadikan bilik ni kelihatan lebih luas.


Dressing table warna putih jugak. Kerusi warna kelabu. Sheer curtain warna dark grey. Santek. Dereten lilin gemuk sebagai deko.


 Putih and olive green gak untuk bilik tidur ke-2. Pergh....


 Bilik ke-3. Katil bujang yang comel yang amat (sebab kaler putih kan). Bestnya kalau zaman remaja dapat bilik macam ni   ^__^


Siap dengan meja study yang alahai.. comei  momeinya.  Harus belajar dengan tekun sehingga berjaya mengjadi seorang doktor. Dah nasib tak dapat bilik macam ni maka....


 Masa tengok bunga ni pertama kali rasa suka sangat macam nak gigit2 kunyah2 tapi nasib baik sedar diri aku bukan lembu (walaupun saiz dekat2 dah tu). Bila pergi IKEA tengok dorang ada jual bunga ni macam2 kaler u! RM3 je sekuntum. Jom pergi IKEA!


Ya Allah... dapur yang sangat comei  momei gak... Suka! Suka! Hari2 masak rendang rusa kalau dapat dapur macam ni :)


 Laman astakona bedolah (abah Izz sila contohi)


Pandangan rumah dari hadapan. Jaga ni baik sangat tau, walaupun masa kami sampai tu dia tengah tidur tapi terus bangun laju2 jalan bukak pintu pagar bila kami kata nak tengok rumah. Suka kan?

Cantik kan rumah ni? Borak-borak dengan abang jaga tu katanya rumah contoh ni dah ada orang beli. *hampa* Fully furnished 150k je.

150k je???? Ok terus pitam!


14 comments:

~~AzaLea~~ said...

malang, mcmane leh tersesat sampai ke ulu bernam ni??

Mak Izz said...

kampung ayah malang dkt tg.malim atas sket je dr ulu bernam ni. tu pasal singgah. biar sesat jalan jgn sesat akidah :)

watyz said...

cantik.. biasa nye umah contoh mmg mahai ckit. adik aty pon bli umah cth. masuk umah bawak brg2 sendiri + brg yg xde spt brg letrik. aircon smpip 5 tu... :)

Mak Izz said...

watyz - hah ekon sampai 5? jenuhla byr bil letrik. kuikui..

Liza Razak said...

sukenye tgk deco rumah ni!!

Mak Izz said...

liza - suka ek. apa lg, tiru lah :) bestla chombee, chicken & cooter kalo dpt duduk dlm rumah cun mcm ni kan?

ryhan ann said...

best nya kalo dapat umah cam ghini kan...yg paling best bilik tidor ngan dapur tu...kalo dapat dapur yg luas camtu, tiap2 ari kena masak pon tak kisah...bila la kajang nk ada jual umah camtu ek??

Mak Izz said...

ann - mestila best. barulah rumahku syurgaku (hehe). ala dapur tu nampak luas sbb xde barang. cuba letak piuk belanga, kuali buali, lesung blender piuk nasik bagai kecik jgk nampaknyer :P Kajang nilai tanah tinggi, kalo umh camni mesti harga 200k above. amacam berani???

MyReno2u said...

simple design rumah dia..

Kamariah Awang said...

Nii mesti rumah contoh untuk orang yang tak ada anak kecik niii.. Memang cantik,kombonasi warnanya kan?

Mak Izz said...

MyReno2u - simple tp menarik :)

k'kamariah - haha.. mungkinla kut ma. kombinasi warna yang menarik utk mereka yg suka design moden. untuk mereka yg berjiwa klasik macam sy, x brp 'in' :P

Muna asy shifa said...

Ok besok jgk p cri cat warna nie..siap jerk tdo lena lah ayam aku..rmh bru dia ikut colour rmh cth...

Anonymous said...

nak tanya- rumah ulu bernam ni kat taman bernam jaya ke?

Mak Izz said...

yuslan - rumah dh siap ke??? mmg menawan combination kaler grey/putih ni. sy dh abadikan dkt rumah baru. tp xde amik gmbr pun. sobsss...

cik anon - ha'ah betul la tu. dkt tmn bernam jaya. duduk situ ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!