Wednesday, December 14, 2011

More Maika Bag for Kids

Alhamdulillah sambutan terhadap Maika Bag agak memberangsangkan. Koleksi Maika bukan sahaja untuk wanita dan gadis remaja, malah terdapat juga koleksi untuk si comel anda baik boboy mahu pun gegurl :) Jom cuci mata!


Sling beg merah terang gambar pepatung besar gedabak sangat menawan hati. Rugi siapa yang tak mendapatkannya :)

Backpack comel gabungan warna pink dan putih untuk anak2 kecil yang suka main beg sekolah dan pura-pura ke sekolah ^___^
SOLD


Satu-satunya  backpack untuk si boboy. Mesti boboy gembira mendapat hadiah backpack kereta plat 1234 sebagai hadiah pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Kalau boboy dapat hadiah ni mesti dia akan cakap "Tanjat Boboy..."
SOLD


Shoulder beg comel pink lembut untuk anak-anak kecil isi telekung dan buku Iqra' ke sekolah agama. So sweet!

Shoulder bag tali boleh laras (eh macam senapang boleh laras pulak ye) pun sweet jugak untuk anak2 kecil isi baju dan seluar sukan kalau ada PJ di sekolah. Beg ni kalau mama teringin melaram ke shopping mall jadikan handbeg pun boleh juga. 2 dalam 1 gitu! Hanya laraskan tali, mama dan anak  boleh bergaya!

Sama gak macam 2 caption di atas. Nak isi jajan pun boleh juga. Omel bangat!








SOLD


Semua  backpack di atas boleh dibawa ke sekolah, tadika, nursery, rumah nenek, rumah jiran dan ke mana2 sahaja oleh adik2 comel kerana ianya tahan lasak. Boleh isi buku sekolah, pencil box, botol air, baju 3-4 pasang, pampers, botol susu, termos size sederhana, mainan (ni boleh isi untuk pergi rumah nenek dan rumah jiran je, pergi sekolah tak boleh tau) dan macam2 lagi. Kalau kawan2 berebut beg ni pun (sebab comel sangat) gerenti tak putus. Jangan kawan ko gunting dahler. Hehe..

So sesiapa berminat sila roger di kotak komen. Material bag cotton tebal, high quality don't worry. Harga seperti yang tertera. Tunggu apa lagi, jom shopping!

Monday, December 12, 2011

Dress for Cutie Girls (GAP & Gymboree) MURAH

Berita baik untuk mereka yang mempunyai anak gadis! Sweet comel loteh dress untuk mereka, Mak Izz jual dengan harga terbaek!!! Mesti korang menangis tengok harga (selepas dibandingkan dengan harga pasaran). Kalo tak rembat, WAJIB rugi  T__T

Pink Butterfly
RM35
2y, 3y
material 100% cotton

 English Rose
RM35
4y (suitable for 2y)
6y (suitable for 3y)
material 100% cotton

Retro Pink
RM 35
6-12m
12-18m
18-24m
 material 100% cotton

 Chocolate Ribbon
RM30
2y, 3y, 4y, 5y
material 95% cotton, 5% spandex

Ok lap air mata (dan hingus) anda sekarang. Sesiapa berminat boleh tinggalkan pesanan di ruangan komen ^___^  Terima kasih!

Where is the Cat?

Seperti yang dijanjikan (walaupun aku dah mungkir waktu) maka aku nak reveal lah kucing yang dicari2 dalam entry ini. Sesiapa yang dapat jumpa kucing comel itu, tahniah aku ucapkan kerana mata anda memang tajam :) Kepada yang berusaha mencari tetapi menemui jalan buntu, tahniah juga aku ucapkan kerana tetap berusaha mencuba :) Kepada mereka yang malas guna otak dan mata untuk mencari tahniah juga aku ucapkan kerana sudi menjengah blog aku walaupun hanya membaca tajuk, ngeeeeeeeeeeee... ^___^

Takmo cakap banyak, moh tengok di manakah kucing comel itew???


Ya, di dalam bulatan merah itu. Puas hati? ^___^

Oklah nak sambung buat kerja dulu. Will update new entry later :)  Berita baik untuk mereka yang  mempunyai anak2 gadis. Tunggu!!!..........

Friday, December 2, 2011

Minggu Depan Jelah


 Ada kawan yang meminta aku me'reveal' kucing yang dicari dalam entry sebelum ini. Aku tengok, sambutan tak berapa menggalakkan. Jadi aku ambil keputusan, next week ajelah baru aku reveal ye. Hehe.. Teruskan pencarian anda! Jangan mudah give up. Sebab kucing comel tu memang ada di situ, di sebalik timbunan sampah. Yang dah jumpa, diam2 dulu. Minggu depan kita reveal sama2.

Oh ye nak beritahu bahawa saya akan bercuti pada hari Isnin dan Selasa depan kerana pulang ke Jerantut, Pahang. Ada urusan penting di sana. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang ye. Terima kasih! Assalamualaikum :)

Thursday, December 1, 2011

Sato Sports Carnival

Sabtu lepas, company Farizal menganjurkan Sports Carnival yang melibatkan semua staf Sato. Sebagai isteri contoh, pagi2 lagi dah bangun dan siapkan budak2.  Agak sukar nak mandikan dorang awal2 pagi ni. Bising je mulut abang Izz, "Nak mandi air panas... nak mandi air panas..." Adeh.. pandai pulak ko demanding ye. Sebab water heater masih tersimpan rapi dalam kotak di dalam stor (abah sila amik perhatian), maka gigihla aku masak air panas untuk buat air mandian dorang. Tak koser nak dengar Izz melalak pagi2. Dan tak koser tengok dorang selsema sebab sejuk. Kesiannnn...

Dah siap semua bergeraklah kami ber-4 ke Kompleks Sukan Shah Alam. Jalan clear je, pagi2 Sabtu sape je nak terhegeh2 di jalan raya kan? Setibanya di kompleks, agak sukar mencari parking sebab dah ramai staf yang sampai lebih awal. Pusing kali ke-2 baru dapat parking. Terus zassss ke khemah makanan sebab acara dah nak start. Perut harus diisi dahulu sebelum bersukan. Pesanan penaja dari Doktel Adha. Hehew... perut lapar sebenornya. Tahniah Sato kerana menyediakan menu breakfast yang boleh tahan best. Ada bihun goreng, nasi lemak, karipap mini, sandwich mini dan 2 ketul sosej dalam setiap beg plastik. Teh tarik juga disediakan. Memang kawwww! Sebab dah lambat, maka abah sempat jamah makanan sedikit dan terus ke padang. Aku bertugas menyuap budak2 makan dulu. Dah settle baru ke tempat duduk penonton. Masa ni semua pasukan sedang berarak di balapan. Ada 4 buah pasukan semuanya, rumah Kuning, Hijau (rumah abah), Merah dan Biru. 


Time ni, dorang dah abis berarak. Baru nak masuk line rumah masing2. Aku suka tengok rumah Kuning sebab dorang ada maskot, Naga. Hihih... kreatif sungguh!

Masa semua pasukan dan beratur di padang, aku pun carila kelibat abah Izz dan Hasanah. Main lambai2. Soh bebudak lambai abah depa, Izz dok mencari tapi tak jumpa2.  Budak kecik kan, agaknya penglihatan tak matang lagi. Kehkeh.. aku jelah yang mengusya abah dari jauh. Bebudak sibuk dengan aktiviti terkejut dan macam2 lagi.

Acara pertama adalah acara senamrobik berirama. Masa ni Izz dah bising2 cakap nak turun.. nak turun.. Korang bayangkanlah aku handle 2 orang budak masa ni. Kesian jugak dekat Izz, maka tangan sebelah kiri dukung Hasanah, tangan sebelah kanan pimpin Izz bawak dorang turun ke balapan. Dengan harapan nak soh Izz dan Hasanah join acara senamrobik tu (sebab budak2 lain pun turun juga). Tapi rupa2nya, dorang lebih banyak terpacak jakun je kat bawah tengok ramai orang bersenamrobik. Dah nak abis tu baru aku nampak Hasanah terenjut2 sikit badan dia. Walah.... macam2 ler. Dah abis tu bawak dorang naik atas semula. Duduk dan tengok acara padang. Abah Izz naik atas sebab dia takde join apa2 acara waktu pagi.

Dah berpeluh2 sebab panas dan penat (penat tawaf seluruh kompleks)

Happening juga la tengok semua acara. Ada acara lari 4x25meter, tarik tali, bawak bola pingpong dalam sudu, sepak raga bulat dan etc. Acara indoor pun ada macam badminton, futsal dan pingpong.

 Abah adalah team hijau. Maka aku gigih mencari t-shirt hijau untuk bebudak nih. Sebelah kanan tu Zaidi (ofismet abah) dan Zahira. Izz dan Hasanah bertambah seronok sebab ramai kawan2 sebaya dekat sini.

Abang Izz merajuk sampai peluk dinding sebab kena marah dengan aku. Biasalah.. budak2 kan bila tempat ramai2 orang macam ni perangai dia luar biasa sikit. Heheh!

Hasanah yang kepenatan. Aku je yang tak pakai baju hijau sebab tak sempat nak cari. Btw bukan senang nak jumpa tshirt size aku. Huhu~ *Tak pepasal jadi team rumah Kuning pulak. Adeh..

Abah hanya join acara sepak raga bulatan dan dapat tempat ke-2. Tahniah abah dan pasukannya!

Masa ni game futsal baru nak mula. Pergh... memang hebat tengok dorang ni main. Aku dah lupa pulak team mana yang menang. Yang pasti, team Hijau tak masuk final. Heheh!


 Dalam stadium, aku duduk dengan pasukan Kuning. Baru sesuai! Kihkih.. 

Selesai acara indoor, kami semua berkumpul semula di luar. Acara kemuncak adalah acara padang akhir, cabutan bertuah dan ucapan penutup oleh MD Sato. Keputusan sukan, keseluruhannya dirangkul oleh pasukan rumah Biru. Rumah Hijau tempat terakhir rasanya, lupa pulak. Alah.. tak kisahlah menang atau kalah, yang penting semua warga Sato dapat berkumpul bersama2 meraikan karnival sukan yang best ni. Clap! Clap! Clap! Tahniah buat semua pemenang (samada acara sukan atau pun cabutan bertuah). Tahun ni takde luck untuk kami sekeluarga. Takpelah.. tahun2 yang akan datang mana tahu rezeki kami pulak :) Entry ini diakhiri dengan 2 keping gambar budak comot yang lasak sangat sampai mak kurung dia kat tempat ni. Berguna jugak tembok batu ni. Hehe...



Tengok tu, Hasanah protes dengan menggigit tembok. Aduhai... anak sape nih?
 

Akhir kata...


"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!