Friday, September 30, 2011

..My 1st GA : FM Ini Aku Yg Punyer..

Hihi.. seperti diuar-uarkan dalam entry lalu, aku ada promote GA ni. Kalau aku tak join, nampak sangat kawan masa berada je. Disebabkan aku kawan susah senang bersama maka WAJIB  menjadi salah seorang peserta dengan harapan ingin membolot semua hadiah yang dipertandingkan kalau boleh. Malaysia boleh!!!

Untuk melepasi syarat pertama, Banner GA harus ditempelkan

..My 1st GA : FM Ini Aku Yg Punyer.. adalah kelolaan adik manis comel gebu si Lea. Syarat penyertaan dan maklumat lanjut korang boleh rujuk blog dia. Jangan memalas aku dah linkkan sekali. Untuk menepati syarat utama GA, moh perdengarkan pantun hasil nukilan aku sendiri tanpa kopipes dari  mana2 buku pantun yang ada di pasaran :)

3 soalan pilihan aku adalah :

1) Antara 1kg kapas dan 1kg beras, mane 1 yang lagi berat?
3) Byk2 mi, mi apa yg tak leh dimakan?
4) Kalau Ali Bin Abu, Kambing Bin ape?
 
Jawapannya (setelah memerah otak dan keringat jantan betina fonen)
v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


Bagi soalan 1) Antara 1kg kapas dan 1kg beras, mane 1 yang lagi berat?
 
Jawapan:
Sakit perut  berak keras
Berebut jamban sampai bergadoh
Dah tentu-tentu 1kg kapas dan 1kg beras
Mestilah SAMA BERAT dowwww…


Bagi soalan 3) Byk2 mi, mi apa yg tak leh dimakan?

Jawapan:
Naik scooter dengan awek
Singgah jap kat kedai nyonya
Nak jawab rasa macam nak muntah buwek!
Sebab MISAI Datuk K lah jawapannya :)


Bagi soalan 4) Kalau Ali Bin Abu, Kambing Bin ape?
 
Jawapan:
Orang giler tak siuman
Orang siuman confirmla tak giler
Apa la soalan ko mudah sangat ni Man
Kambing BINATANGler!!!

Aku tahu jawapan dalam tempoh pemikiran 3 jam aku ni tak berupaya lagi memecahkan urat kentut cik Lea tapi..... andaikata tiada contestant lain yang masuk bertanding, tak lain tak bukan
 AKULAH PEMENANGNYA!!! ^______^

Kepada kengkawan di bawah, silalah sudi join GA ni ye. Kalo tak join, lagi bagus! :B


Selamat bertanding!!!

Tuesday, September 27, 2011

Duapuluhsembilantahun :)

Tarikh hari ini pada tahun lapanpuluhdua, tarikh keramat bagi diri aku kerana pada tarikh inilah aku lahir ke dunia. Syukur alhamdulillah, pada usia duapuluhsembilantahun aku masih dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik (walaupun obes akibat diri sendiri), masih mempunyai ibu dan ayah untuk bermanja (dan mengadu nasib) dan diberi peluang menikmati kehidupan yang bahagia bersama suami dan anak2. Syukur ALHAMDULILLAH.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim,

I want to wish myself

HAPPY BIRTHDAY!!!

Abah sayang.. (abah adalah abah Izz  bukan abah aku, sebab abah aku, aku panggil ayah)
Uji tak mintak apa2 pun sempena hari lahir ini cuma....

Iklan dulu: Birthday cake sinonim dengan sambutan hari jadi. Tahun ni tiada birthday cake for me sebab (abah sila isi tempat kosong). Maka sanggup google image kek untuk diriku berangan dalam mimpi (malam karang).

 Aku leh tumpang kek ni. A for Adha. Kepala gajah for ........... (sila isi tempat kosong)

 Adakah bermaksud kena tambah seorang lagi bayi pada usia 29 tahun? (clue = baby boy)

29 forever? Hello.... 19 forever ok! (walaupun dh tua ganyut 290 tahun) ^__^

 Kek teleng (pusing kepala anda untuk melihat kek ini) Meriah betul kek ni ada bunga, sungai yang mengalir, pokok seketoi dan batu2an sungai. Aku namakan kek ni 'kek pencinta alam'

 Walaupun hodoh tetapi it's PINK!

 Untuk si kaki pancing (Hai Andy..)

Kek bantal Mawi dan Ekin ada sape2 terkenang sejarah lalu??? (ini kek kahwin daaa....)

Sambungan perenggan atas:
 
Uji tak mintak apa2 pun sempena hari lahir ini cuma....
 
- Penghargaan
- Kasih sayang tidak berbelah bagi
- Bantuan jika diperlukan
- Sokongan moral dari segenap segi
- Didikan yang tidak henti2
- Nasihat siang malam pagi petang
- Layan saya berborak dengan ikhlas (pleaseeee..)
 
Eh eh cukuplah tu. Kata cuma! ^____^ Semoga dengan genapnya umur 29 tahun ni aku akan menjadi insan yang lebih baik samada dari segi zahir mahupun batin. InsyaAllah AMIN... (tapi kenalah berubah ye, jangan cakap saje pandai) Hokei makcik.....!!! *kenyit mata sket...
 
 
 Last but not least, (ini tahun terakhir umur aku ada tanda 2 di hadapan) T..T

Friday, September 23, 2011

Selesai Sudah

Alhamdulillah selesai sudah penantian selama 6 hari. Walaupun berhempas-pulas menahan nafsu, menahan pedih, menahan derita (nampak sangat iman tipis) akhirnya berjaya! Sesiapa tahu tu, tahulah. Sesiapa tak tahu sila semak entry dulu2. Teka teki u ols...

Sebelum merengek manja dengan lebih lanjut, nak promote contest oleh kawan seguru, Acik Lea. Contest dia dah lama, cuma kebizian melampau tahap gaban (kerana tawadhuk meraikan Syawal) maka aku tidak berkesempatan lagi untuk berjuang di medan contest.

Sesiapa suka/hobi kumpul fridge magnet, silalah jenguk contest beliau iaitu ..My 1st GA : FM Ini Aku Yg Punyer.. Hah, Fridge Magnet korang punyer ke??? Nak jadi hak milik HARUSSSSSSSSSS join contest ni ok! Tak susah pun soalannya, teka teki teka tekuk je, then kena jawab dalam bentuk pantun. Siapa mantan Presiden Kelab Bahasa Melayu masa sekolah dulu WAJIB join ini GA okeh! Tarikh tutup 30 September nanti.

Itu cerita contest  moh cerita benda lain pula. Tengahari tadi biasalah.. kaum ibu berkerjaya yang bangunan pejabatnya di sekitar Jalan TAR kalo tidak ke Sogo jangan mengaku kaum ibu! (hek eleh, padahal aku sorang je yang gigih ke Sogo every week) >__<  Asalnya menemankan si Zihan nak makan popiah kat tingkat 6 Sogo tuh. Dah alang2 sampai Sogo moh le kita ke Baby n Kids Dept mencuci-cuci mata dan mencuci-cuci wallet. Korang macam tak tahu Sogo sales 365 hari setahun. Curlas tak curlas?

Ronda punya ronda, tawaf punya tawaf akhirnya wallet selamat dicuci dengan membeli beberapa helai pakaian bayi :) Sehelai untuk Hasanah dan 2 pasang untuk sepupu Hasanah yang baru lahir petang semalam. Eh lupa pulak nak cerita. Petang semalam sedang elok baru sampai rumah Along telefon beritahu isterinya, Kak Ayu dah selamat bersalin baby boy di HTAR, Klang. Alhamdulillah... tahniah Long! Actually kelahiran tu tak dijangka sebab my SIL baru pregnant 32 weeks. Dah rezeki baby nak jenguk dunia lebih awal. Walaupun consider tak cukup bulan dan seberat 1.9kg tapi baby sihat alhamdulillah. Ibu baby pun sihat. Aku masih belum jenguk dorang lagi insyaAllah tengoklah weekend ni ker atau weekend depan. 

K lah korang nak balik awal today coz family mertua nak datang tido umah malam ni ^____^  Bubbye...



Thursday, September 22, 2011

Jamuan Raya Jabatan 2011

Jangan tersilap tajuk dengan entry sebelum ni. Jamuan Raya KPKK 2011 dan Jamuan Raya Jabatan 2011 adalah 2 jamuan yang BERBEZA. Semalam Jamuan Raya Jabatan 2011 selamat diadakan di Dewan Bestari, Tingkat 10. Korang boleh rujuk entry Jamuan Raya Jabatan 2009 untuk warm-up (hahak perlu ke?)

Sebelum cerita perihal jamuan moh nak eksen pasal gerai kami. Tahun ni Bahagian aku telah diamanahkan untuk  menyediakan dessert kepada tetamu. Mastermind gerai adalah Wani dibantu oleh kawan2 yang super ohsem! Gerai kami berkonsepkan henglish style bertemakan warna purple, pink dan putih. 

 Welcome board hasil kerja tangan Putri

 Wajah keseluruhan gerai kami. Kiri kuak rambut, Putri dan yang comel belah kanan tu Wani. Dua2 ibu mengendong :)

Lantern pelbagai saiz menambah 'kemanisan' hiasan gerai kami. Sila setuju cepat!

 Cantik tak?????

 Membuka selera tak?????

 Nak tayang menu dessert kami. Boleh baca sendiri untuk mengenali jenis dessert :) Apam polkadot rasanya hebat sekali! Tekstur apam sangatlah lembut tapi tak berderai u ols.

 Puding karamel yang gebu dan penuh sampai ke penutup. Tak kedekut langsung.

 Kuih tako ni ya Rabbi.... makan sekali, nak 5 kali!

 Dua kuih ni pun sedap, ramai yang puji. Lebih2 lagi tak manis rasanya sesuai untuk pengidap diabetis

Kuih J.Lo (lopes) adalah terbaikkkkkk...

 Colourful candy stick sebagai buah tangan

Dan tak lupa, bungkusan cenderahati dari BMKK (wajibul)

Jom tengok suasana sekitar jamuan

 Rajes di gerai lontong oleh Bahagian PSP

 Aneka salad dan sandwich oleh Bahagian PDN

 Mama Aqilah dari Bahagian KPK busy menghidangkan cendol & ABC kepada para tamu

 Gerai paling sesak dari Bahagian PSP menyajikan sate ayam dan daging (nak amik gambar pun susah)

 Bahagian PKPM dan gerai Nasi Beriyani

 Tak lupa, gerai minuman (air mineral, teh tarik dan sarsi) oleh Bahagian KPK juga

Kak Aishah dan Sara di gerai buah2an dari Bahagian Antarabangsa

 The crowd 1

 The crowd 2

 The crowd 3 (ada kenal sesiapa tak?)

Zihan n me (pose macam ni nampak tangan aku besar giler)

 Mimi (student praktikal dari UiTM) dan tuan punya kamera (sebab tu gambar dia aku letak 2 keping)

 Dengan UmmiRayyan yang sedang bergegas untuk  bekerja di luar (sian ko nok)

 Photogroup dengan sebahagian staf BMKK (will miss Rani and Elviza after this)

Hebat tak Jamuan Raya Jabatan mak uols???? Tiba-tiba rasa bertuah pulak bekerja di sini. Alhamdulillah... inilah sambutan raya terakhir kami di KL. Bulan 10 ni Jabatan aku akan berpindah secara berperingkat ke bangunan baru di Kompleks Penerangan, Putrajaya. Aku pun tak tahu lagi sama ada masih kekal di sini atau  bertukar ke tempat lain. Apa2 pun, persahabatan dengan kawan-kawan sekerja di BMKK dan di Jabatan insyaAllah akan tetap erat sampai bila-bila ^___^

Eh lupa pulak nak bagitahu, antara menu yang menjadi santapan tekak aku adalah lemang dan rendang (lemang kerak dia keras sket tapi rendang memang sedap), sandwich (rasa sandwich la kan), satay (4 cucuk je) dan mi rebus (oh la la....... heaven!). Lelain tak rasa pon. Even dessert gerai sendiri pun makan masa dah lewat petang (makan kat ofis je). Kesimpulannya semua menu sedap alhamdulillah....

Sekian tamatlah entry Jamuan Raya Jabatan 2011. Tunggu esok lusa punya update eyh. Cite pasal makan-makan lagi kah? :) Boiii....


Wednesday, September 21, 2011

Jamuan Raya KPKK 2011

Assalamualaikum semua!

Last week (dah lupa pulak hari apa) Kementerian aku ada buat jamuan raya. Lokasi makan-makan adalah di Kompleks Kraf, Jalan Conlay. Curlassss... Aku memang dah berhajat dari awal nak turut serta. Last year punya jamuan raya aku tak dapat join (takde transport). Tahun ni transport disediakan, pukul 1.30 aku dah terpacak depan KLMU. Hehe.. semangatttttttt!!!

Konsep jamuan hari raya tahun ni sama seperti tahun2 lepas. Setiap jabatan/agensi dikehendaki menyediakan 1 menu di setiap gerai masing2. Tahun ni Jabatan aku menyediakan gerai Nasi  Beriyani yang rasanya aku tak tahu sebab aku tak makan pun (hehehe).

 Staf Jabatan yang bertuah dipilih sebagai petugas gerai. Salute habis la kat u ols!

 Di belakang gerai, awek cun (ibu kepada 3 orang anak) tetap memberi pose manja walaupun peluh jantan betina fonen semua dah keluar akibat gigih mencedok nasi untuk ratusan tetamu.

Zihan dan Kak Jizah, petugas bertuah dari BMKK. Ngehngeh... Berkhidmat Untuk Negara. Luv u ols!

Jom jengah gerai-gerai lain nak? Gerai memang banyak, menghidangkan pelbagai jenis menu. Tapi aku pilih2 jelah menu apa nak makan. Takkan nak makan semua, mau muntah. Cakap banyak tak guna, jom tengok gambar.


Gerai buah-buahan. Aku lupa agensi mana. Terbaiklah gerai ni sebab buah2 dia semua sedap dan manis.

 Antara banner gerai yang menarik perhatian. Gegar Raya ko! Oleh RTM yang menyajikan menu lemang, ketupat, kuah kacang dan rendang.

Rasa kuah kacang boleh tahan, rendang daging sedap giler (lembut weh dagingnya), rendang ayam so so je sebab isi ayam banyak hancur. Tak dapat amik gambar menu sebab orang tengah ramai beratur, tengok gambar abang cedok menu pun jadilah kan?

 Gerai rojak oleh Filem Negara Malaysia

 Gerai murtabak dan roti jala oleh FINAS

Gerai Minuman oleh Perpustakaan Negara Malaysia (ada air tin teh boh ada umph, teh tarik dan sirap selasih). Rasa teh tarik memang kawwwwww, sirap selasih rasa manis2 buah, okla tak manis sangat.

 Gerai aneka sup dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Sepanjang jamuan berlangsung, tentulah halwa telinga kami disajikan dengan nyanyian lagu-lagu raya dari beberapa artis tempatan yang belum lagi popular (mungkin tak lama lagi) Hehe... Persembahan nyanyian diselang-seli dengan 5 orang pengacara, 3 orang tu popular la jugak. Nak tahu siapa boleh tengok gambar kat bawah nanti.

 Pemenang Bintang RTM tahun 2009 (nama dah lupa)

 Naib Juara Bintang Klasik Nasional (tak ingat tahun ni punya atau tahun lepas)

 Juara Bintang Karaoke peringkat apa tah (pun dah lupa)

Hah inilah 3 pengacara yang popular tu. Agak2 kenal tak? (saje letak gambar pandangan sisi soh korang teka)

Shilla anak si ND Lala pun ada jugak masa jamuan ni tapi aku balik awal tak sempat nak dengar dia nyanyi. Suara semua penyanyi adalah lunak merdu, kalau tak lunak merdu macam mana boleh menang pertandingan menyanyi kan? 3 pengacara kat atas memang lawak giler, aku siap tercongok bawah khemah nak tengok gelagat dorang. Rasa macam taknak balik nak lepak terus kat sini. Tapi of coursela tak kan. Kena balik ofis semula menyambung tugas terbengkalai. Sobs T..T

Bercakap tentang menjamu selera kalau tak pampang gambar makanan adalah tidak sah. Antara menu2 yang berjaya disumbat ke dalam perut pada hari tersebut.

 Hidangan pertama. Lemang dan ketupat beserta rendang. Kaler gelap tu lah rendang daging yang meruntun perut.

 Hidangan kedua. Charkueytiaw panasssss. Slurrrrrrrppppp.... hingga menjilat sudu dan garpu!

 Hidangan ketiga. 6 cucuk sate, sape pakai susuk sila buang lidi dulu okeh!

Hidangan ketiga. Kek gulung pecah2 heheh!

Pastu ada lagi benda aku makan macam jajan2; kerepek, kekacang etc. Makan 3 hidangan utama ni confirm2la perut sengkak kan. Terima kasih jamuan raya kerana berjaya memenuhi tuntutan perut. Kehkeh :) Ramai tak yang hadir ke jamuan ni? Tengok gambar di bawah dan nilailah sendiri ye.




Sampah sarap di atas bukan kami punya ye :)


Last sekali haruslah gambar tuan tanah dan kawannya, Kak Jeeva.

Kesimpulannya jamuan raya KPKK tahun ni adalah best seperti tahun2 sebelumnya. Walaupun tetamu ramai mencecah ratusan orang namun kerusi dan meja tetap cukup untuk kami semua. Walaupun cuaca agak panas namun kipas angin besar ada pancutan air ala dekat Starbucks di segenap ruang sangat2 menyamankan. Menu pun mostly sedap2 (mana yang aku sempat rasa la). Alhamdulillah...  majlis berjalan dengan jayanya (ceay.. pepandai aku je agak2)

Menjelang 3.30 petang, rombongan kami beransur pulang dengan wajah yang ceria, senyuman yang manis dan perut yang comei macam mengandung 4 bulan. Byebye semua.... jumpa lagi jamuan raya tahun depan. Adakah di Putrajaya??? Hanya Menteri akan menentukan... hehehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!