Thursday, March 31, 2011

Rumah Kak Ngah

Balik dari kampung hari tu, singgah bermalam di rumah Kak Ngah. Fewwit... Rumah Kak Ngah ada perabot baru! Hehe.. ada la beberapa barang yang aku macam suka tengok. Jom tengok sama2. Sebelum tu nak pesan, abaikan sebarang ketidakkemasan rumah ye. Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Ekekek...


Meja & kerusi makan baru from IKEA. Aku suka sebab nampak 'country'. Aku suka tengok je, kalau nak beli design macam ni untuk rumah sendiri, tak kut. Hehe.. Siapa la makan bersepah2 tu kan? Larikkkk...



Rak kayu murah untuk letak rice cooker, electric kettle dan eh kenapa kettle ada dua? (baru perasan)



Ruang penyimpanan atas sinki. Rumah Kak Ngah berkonsep 'mampumilik'. Tak mampu nak buat kitchen kabinet maka beli rak besi ni then gantung je atas sinki. Memang kelihatan agak 'semak mata memandang' tapi if ada vitamin R (RAJIN) dalam badan, pinggan mangkuk boleh diatur lebih kemas dan teratur sekaligus menghasilkan imej yang lebih 'cantik dan indah'.



Pilihan langsir roman blind di bilik Dian. Entah kenapa aku tak terfikir nak buka lampu masa ambil gambar ni. Tak pasal2 gelap.



This is my favvyyyyyyyyyyyy things! Para bertingkat di kepala katil. Letak anak patung banyak2 (walaupun senget-benget). Cantik sangat menjadi hiasan kamar si gugurl! Rumah aku pun ada tapi takdela sampai 3 tingkat. 1 je pun jenuh nak buang habuk. Ekekek...



Ni almari lama tapi tetap juga nak ambil gambar. Aku suka sebab BANYAKNYA BUKU!!! Abang ipar dan Kak Ngah suka membaca. Jadi of courselah berlambak2 buku di rumahnya. Dan itu juga 1 sebab aku suka menyinggah ke rumah Kak Ngah sebab nak baca buku dan majalah bermacam-macam jenis. Macam aku cakap tadi, kalau ada vitamin R dalam badan, mesti rak buku ni boleh kemas dan teratur kan? Hehe.. Bilalah nak ada rak buku macam ni dekat rumah?



More shelves di bilik Ammar bertemakan warna biru. Masih kosong lagi para2 ni. Entah bila nak susun barang.



Last but not least langsir di bilik Ammar. Lampu buka tapi still gelap. Konsep roman blind jugak.


Gambar2 di ruang lain tak ambil sebab rumah sangat 'kemas'. Lain kali dah cantik2 aku snap & share kat sini ye. Btw rumah Kak Ngah di Perdana Park, Lembah Hijau, Rawang. Rumah flat je (tapi ada swimming pool tau) Eh dah lama tak terjun tiruk. Abah, jom swimming! Oklah tu je, bye...

Wajah2 OTW Balik KL

On the way balik KL, singgah sebentar di Parkson Ipoh untuk makan2 menghilang lapar dan dahaga. Restoran Uncle Kenny Rogers (KR) pilihan hati.


Eh sebelum tu bergambar dulu di rumah opah. Hasanah dan cekak ribbon emas barunya. Muka monyok sebab sedih nak berpisah dengan opah. Hasanah pakai cekak ni ok, dia tak tanggalkan TAPI abang Izz dengki. Sekejapan dia tarik cekak ni bawak lari. Tak dapatlah Hasanah nak melaram lama2. Sabor jelah mak Hasanah!


Saksikan wajah aku yang besar gedabak perasan cun. Tersenyum gembira sedang menanti hidangan tiba. Aku suka servis kat sini, cepat dan pantas tak macam KR di Maju Junction. Padahal customer sama banyak je.


Abah menjeling & Hasanah duduk santai. Eleh macamlah adik boleh makan ayam.


Tak lupa Acik yang sentiasa ayu dan bersifat ayu. Terima kasih sudi ikut kami balik kampung a.k.a tolong sama handle budak2. Nanti Kak Uji bagi hadiah spesel. Apa la tu?


Eh rupa Hasanah macam boboi kan? Tu pasal le aku pakaikan cekak ribbon emas tu supaya kelihatan gugurl.


Minum susu jelah dik. Lelain biar kami yang makan. Gambar makan2 takde sebab masing2 dah kelaparan. Waktu bersantap mesti fokus.


PERHATIAN: Gambar Izz takde sebab masa ni dia membuat perangai taknak duduk diam2. Sibuk je nak turun dari kerusi dan lari2. Malaslah nak cerita lebih2 nanti orang kata aku merungut jaga anak :)


Selesai makan, sempat jalan2 tawaf Parkson. Kebetulan F.O.S ada sales. Beli baju Hannah Montana kaler pink untuk Hasanah sepasang RM7 je. Pastu agaknya memang rezeki aku dan abah Izz kami dapat beli tshirt RM11 buy one free one. Yeay... gumbira tak terkata sebab kain memang kualiti 100% cotton. Aku beli 1, abah Izz amik 1 yang free tu.


Kemudian teruskan perjalanan pulang ke rumah (tapi tak balik rumah lagi, singgah rumah Kak Ngah di Rawang). Next entry cerita pasal rumah Kak Ngah k. Bye bye!


Wednesday, March 30, 2011

Jalan2 Lagi


Teruskan perjalanan ke Masjid Ubudiah yang indah

Pertama kali menjejak kaki di sini



Singgah sebentar untuk solat



Mengukur masjid (Hasanah... lain kali masuk masjid kena tutup aurat tau!)



Mak dengan Hasanah je. Abah dengan abang Izz. Acik tengah solat.



Menyejukkan otot perut dengan lantai marmar masjid yang dingin


Ronda-ronda sepuas hati

Panjat-memanjat kegemaran Hasanah


Jom balik rumah opah. Semua orang dah letih.


Bila waktu beransur petang kami pun bertolak pulang ke rumah opah. Sempat singgah The Store untuk beli pampers budak2 yang dah kehabisan. Sampai rumah opah mandikan budak2, siapkan dorang then tidur sekejap melepaskan lelah. Jam 4.30 petang kami mula bertolak ke Kuala Lumpur. Sedih je raut wajah opah. InsyaAllah panjang umur, sihat tubuh badan, takde aral melintang bulan 6 kami balik lagi!


Selamat tinggal opah! Selamat tinggal Kuala Kangsar! Selamat tinggal kenangan manis. Moga kita berjumpa lagi :)

Tuesday, March 29, 2011

Jalan2 Tempat Bersejarah

Jom sambung cerita balik kampung. Merujuk entry lepas, kami berjalan2 di Taman Astakona dan membeli-belah di Arena Square. Kemudian teruskan perjalanan ke Istana Kenangan di Bukit Chandan.








2 anak dara di pintu pagar istana



Giliran mak dan Izz posing pulak



Our little family. Izz ikut muka abah. Hasanah ikut muka mak.



Gembiranya Izz di Istana Kenangan as Muzium Diraja Perak



Geng redah Kuala Kangsar!


Ok settle dah bergambar. Jom pergi tempat lain pulak!





Perjalanan diteruskan ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar, berdekatan je dengan Istana Kenangan tadi.



Acik posing sakan!


(sengaja ubah selera, kami bergambar di luar kawasan belakang istana)



Cantiknya istana! Cantik lagi langit ciptaan Illahi :)



::To be continued::



Salam Semua, Apa Khabar?

Tajuk sangat poyo konon2 diri tu artis :) Aku baru sampai ofis ni. Keletihan yang teramat sangat. 4 hari tak online tidak bermakna aku duduk-duduk goyang kaki di pejabat mahu pun rumah. Ada yang jauhhhhh lebih dahsyat daripada itu.


Ke mana aku menghilang selama 4 hari ni? Tak sudi lagi ke nak update blog sedangkan entry balik kampung tak selesai lagi. Isk isk... bukan begitu. 4 hari merantau ke tempat orang memang tak cukup masa nak memblog. Sekarang nak buat kerja dulu. Petang2 karang dah settle aku sambung entry balik kampung dan lepas tu baru aku cerita kisah perantauan aku k. Daa..

Thursday, March 24, 2011

Jalan2 Kuala Kangsor

::Sambungan dari entry lepas::


Destinasi pada hari Ahad tentulah berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Kuala Kangsar, Bandar Diraja. Walaupun Kuala Kangsar ni kampung aku, tapi setiap kali balik kampung, aku memang tak pernah JEMU bersiar-siar sekitar bandar. Sebagai bandar diraja, Kuala Kangsar banyak tempat2 menarik dan bersejarah untuk dilawati dan diambil gambari. Maka saksikanlah wajah2 kami yang berminyak menikmati panaroma indah bandar Kuala Kangsor!

Haruslah menara jam jadi landmark utama bandar diraja ini!

Tersenyum gumbira dengan Anah ebot menanti hidangan istimewa di tepi Sungai Perak



Pemandangan di tepi Sungai Perak. Sayup2 kelihatan jambatan yang menghubungkan Kuala Kangsar dan Sayong (kampung opah lor)


Abang Izz mengexplorace seperti biasa. Takut woh.. (takut dia terjun tiruk masuk sungai)


ABC penyaman gigi


Cendol dan laksa Kualer. Rasa cendol mantop daboom! Rasa laksa so-so je. Kuah cair la, terus frust menonggeng :P


Hero and heroins


Beautiful scenery. Subhanallah! Indahnya ciptaan-Mu


Nak pi mana tu?


Taman Astakona ler

Apsal taknak pandang kamera abang Izz?


Budak tembam junior dah basah lencun, panas!


Abang Izz pun (muka boring ar?)


Abah, Acik dan budak2. Tengok tu panas melenting2.


Walaupun panas, gigih juga bergambar. Cantiknya kaler padang rumput.


Abah jelir lidah sengaja bikin gambar rosak. Nak kena ni!


Jenuh Acik tarik tangan Izz. Sibuk je nak lari sana-sini-sinun


Habis jalan dekat taman, pergi Arena Square (bersebelahan) ada jualan macam2 barang. Seperti biasa, kedai jual alat permainan menjadi fav Izz.


Berani betul dia ni pegang dan ambil barang bawak lari.


Dan selamba badak menerai kereta mainan. Harga kereta ni kalau tak silap aku RM420!


Melaram saja ok! Jangan harapla mak nak beli. Destinasi berikutnya adalah ..... seperti biasa tunggu next entry k!



::To be continued::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!