Wednesday, May 26, 2010

Vacation Again

Weekend lepas kami jalan2 melencong bersama keluarga tersayang. Seperti trip ke Melaka, trip kali ni juga kami bergerak 3 biji kereta. Yelah, nak sumbat semua kan. Nak sewa bas melampau pulak.

Ke mana destinasi kami kali ini ye? Takmo cite panjang2. Kasi hint je dulu.

1) Tempatnya di atas bukit
2) Sejuk dan berangin
3) Banyak strawberry


Sila lihat gambar untuk lebih meyakinkan jawapan anda.



Banyaknya pokok kaktus. Berwarna-warni. Subhanallah!


Aksi Dian meniru gaya pokok kaktus. Hem, di mana agak2nya ye?


Jawapan selepas ini! :P

Thursday, May 20, 2010

Jalan2 Bandar Melaka

Selesai kenduri di Kg. Morten kami bergegas ke rumah Yop (sepupu aku belah mak) di Pengkalan Rama untuk solat Maghrib dan melepak2 fikirkan destinasi seterusnya untuk mencuci mata. Pusing punya pusing punya pusing Melaka Town, tak tahu di manakah terletaknya Pengkalan Rama. Haha.. acik sekeluarga bukan orang Melaka. Tak tahu langsung jalan2 di Melaka ni. Haish.. masalah negara sungguh! Walaupun bandarnya kecik aje, tapi kalau dah jalannya kecik2, rapat2, pastu penuh sesak dengan kenderaan bersimpang-siur,manalah nak jumpa. Call Yop berkali2 akhirnya jumpa jugak rumahnya. Rupa2nya apartment yang Yop sekeluarga tinggal betul2 di belakang Melaka River Cruise. Aisey.. zaman kami jalan2 Melaka lebih 10 tahun dulu mana wujud lagi Melaka River Cruise ni. Isk isk..

Sampai rumah Yop, kami terus mandi & solat Maghrib. Then lepak2 isi perut dengan nescafe panas & roti. Pukul 9 malam kami ke gerai makan berhampiran Melaka River Cruise, lupa dah apa nama gerainya tapi yang pasti gerai ni menyajikan aneka jenis makanan berunsur sup. Ala2 Ani Sup Utara lah. Ada nasi/mi/bihun/kueytiaw sup ayam/daging/perut/tulang dan pelbagai lagi makanan panas2. Sup memang kaw! Tapi tulah, tak sempat bergambar pun kat sini. Masing2 perut lapar. Bedal je tak pandang kiri kanan dah. Settle makan, kami jalan2 sekitar Melaka River Cruise. Btw kami tak naik bot pun, sebab kami selalu naik bot kat kampung. Kalau naik bot kat Melaka ni kena bayar RM10, kat kampung seberang Sungai Perak, 30 sen je. Hehe.. Feeling naik bot sama je, tempat je berbeza. Jom tengok gambar kat sana (ada ciput je).


Ok seperti biasa, gambar photo group mesti ada. Please abaikan wajah & penampilan kami semua yang tak berapa semenggah itu. "Hidup mesti sempoi!" <-- ayat kaber :) Kanan sekali baju putih tu Reni, isteri Yop. Dukung anak dara dorang sebaya Izz, Athirah. Yop takde time ni, dia kena kerja. Chef berwibawa la katakan..
Abah mesti enterprem dengan Izz. Izz tengah lalok. Macamla dia yang drive 6 jam tuh.


Harusssssssssss ada. Kami bertiga di Melaka River Cruise, eceh.. eceh.. *Abah pandang siapa tu???


Atuk, Athirah, En dan Mer (adik2ku). Bukan senang nak berkumpul dengan dorang ni. Orang bujang la katakan.. Apa keles join family trip?

Pas berpenat lelah di sini, kami ke 1 destinasi lagi. Reni yang syorkan ke sini. Katanya kalau ke Melaka tak singgah ke sini, cam tak bermakna. Ke mana ek? Sebelum ke sana, kami tinggalkan Izz di rumah Yop. Biar Pak Long dia yang jaga. Pak Long pun sama2 lalok cam Izz sampai sanggup tak turun makan kat gerai tadi. Pak Long pun letih macam dia je yang drive tadi. Heheh..

Destinasi kami adalah ke sini...

Jonker Street. Gambar ihsan cik google. Aku tak sempat snappy2 gambar dh kat sini. Penuh sesak dengan orang.


Sesak tak sesak? Best la Jonker Street ni lebih kurang macam Petaling Street di KL. Cuma Jonker Street ni jalannya kecik sikit. Susah nak lalu, kena berhimpit2. Awas H1N1! Macam2 barang jual kat sini. Cenderamata of course! Best, tapi sebab poket tak berapa best maka hanya dapat beli 1 alat mengurut, sepasang baju Izz sbg kenang2an dan 1 beg makeup from China. Best... tengah malam baru kembali ke rumah Yop dan letihnya tak usah cakaplah. Terus zzzzzzzzzzzzz...

Esok pagi2 lagi selepas breakfast kami dah bertolak pulang ke KL. Tak boleh lama2, banyak lagi keje nak selesai kat rumah. Apepun, sekali sekala berjalan ke Melaka dengan family macam ni seronok jugak. InsyaAllah ada rezeki kita datang lagi untuk melawat tempat2 menarik lain yang tak sempat nak jejak.

*Malam esok kami sekeluarga akan bercuti lagi. Di mana? Tunggu!!!...

Tuesday, May 18, 2010

Wedding di Kg. Morten, Melaka

Ini adalah entry terpendam. Cuti Hari Buruh lepas kami ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu saya sebelah ayah di Kg. Morten. Kami ke sana konvoi 3 biji kereta yang dikepalai oleh adikku, En (selaku pemandu Iswara silver), suamiku Farizal (selaku pemandu Gen-2 silver) dan kakakku, Kak Ngah (selaku pemandu Saga Biru).

Pukul 11 pagi bertolak dari rumah ayah di Bandar Tun Razak dan terperangkap dalam kesesakan jalanraya mulai dari exit Nilai hinggalah ke Kg. Morten sendiri. Tempoh buang masa dalam jammed ialah lebih kurang 6 jam. DIULANGI: 6 JAM! Kami sampai di rumah pengantin tepat jam 5.30 petang. Syabas untuk kami sekeluarga kerana tabah menghadapi detik2 menyampah sepanjang 6 jam dalam kereta.

Di bawah adalah gambar2 gedik + group photo + candid kami sekeluarga di majlis kenduri kahwin (yang dah pun tamat sewaktu kami tiba). *Nasib baik khemah belum dibuka dan makanan di khemah VIP masih ada :P


"Ammar, penat tak duduk dalam kereta tadi lama2? Izz sebenarnya suka sebab dapat duduk atas riba mak 6 jam. Yahoo...!!!"


"Ammar tak kisah. Tapi Ammar laparla. Izz.. lauk pengantin tu nampak sedap je, jom kita pergi sana nak?"


Dari kiri: Yang (abang no. 3), anak buah, Abg Nain (sepupu) dan my lovely mak.
*Aik, nape Abg Nain peluk mak lebih2 ni?(baca dengan nada jealous)


Photo group pertama. Semua belum ready. Wahai pakcik photographer, sabarlah dulu. Kasi kami semua ready.


Yay... inilah keluarga besar kami! (Kenapa aku tak nampak macam mengandung, tapi nampak macam sangat gemuk?) Mengandung = Gemuk. Tak Mengandung = Gemuk jugak. Ok abaikan..


Gambar last yang sempat snap di majlis kenduri, Kak Ngah dan bebudak. Dian, Ammar, Izz dan anak buah kepada Dian, Ammar dan Izz (tak tahu nama budak tu sebenarnya). Hahah.. dah bercucu aku ni weh!

Usai kenduri kami bersalam2an dengan tuan rumah meminta diri untuk kembali ke pangkal jalan. Matahari mula berlabuh, maghrib hampir menjelma. Adakah kami terus pulang ke KL? Sudah tentu tidak. Bukan mudah kami hendak sampai ke Melaka beramai2 begini. Kebetulan ada sepupu yang bermastautin di Pengkalan Rama. Destinasi berikutnya adalah ke sana. Cerita selanjutnya, entry selepas ini.

Saturday, May 15, 2010

Sketsa Hari Ibu

Dialog antara sepasang suami isteri. Lokasi di dalam kamar beradu.

Isteri : Abang, hari ni Mother's Day. Taknak ucap apa2 ke untuk Uji?
(Sambil mengerling manja ke arah suami)

Suami : Ok, Selamat Hari Ibu untuk mak abang.

Isteri : Eh kenapa pulak ucap pada mak abang. Ucap untuk Uji la. Uji kan ibu kepada anak abang.

Suami : Kalau macam tu, suruh Izz jelah ucap pada awak.

Isteri : Izz mana pandai cakap lagi!

Suami : Tunggu sampai Izz pandai cakap.

Isteri : Ceh! (Buang karan je rasanya. Menyesal tanya)

Malam esoknya, isteri telah membeli sesuatu untuk meng'appreciate' dirinya sebagai seorang ibu.




Selamat Hari Ibu kepada ibuku, Puan Zaiton binti Alang Bee.
Selamat Hari Ibu kepada ibu mertuaku, Puan Siti binti Hamid.
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di dunia ini. (Ibu2 yang buang bayi tak termasuk ye)

*Izz, nanti Izz dah besar jangan jadi macam abah tau!

Friday, May 14, 2010

20 Tips Menghalang Kecurian

Kali ni nak kongsi tips sikit. Tips ni aku dapat dari peti pos rumah aku. Ada hamba Allah edar dari rumah ke rumah, aku bajet AJK Persatuan Lorong aku yang buat kerja amal macam ni. Walaupun tips dicetak atas kertas A4 tanpa sampul tapi aku rasa kerja amal dia ni sangat2 berbaloi. Jom baca tips di bawah. Mana tahu berguna?


20 TIPS MENGHALANG KECURIAN

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (pencuri mungkin akan menggunakan anak sebagai tebusan)

2. Kunci/Sorokkan semua pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis, mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri. Bertujuan untuk melindungi mereka)

3. Sekiranya terlihat/terdengar paip di luar rumah terbuka pada waktu malam (jam 12.00 ke atas) jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka menunggu di luar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru di Dungun dan Petaling Jaya)

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas pada waktu tengah malam, kejutkan ibu bapa untuk bersama mereka (sekiranya tandas jauh dan berada di luar rumah)

5. Jangan simpan barang kemas di dalam almari baju (cara lama).

6. Bawa alarm kereta bersama ketika tidur. Jika terjaga pada waktu malam, cuba on/off untuk menakutkan pencuri.

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda syak pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plat nombor kenderaan mereka (selalunya mereka naik motor berdua, setiap kali kita lalu di hadapan mereka, mereka akan menundukkan kepala)

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita, bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan. Beri nombor telefon pejabat/handphone kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan kepada kita.

10. Semasa tidur, pastikan telefon berada di sisi anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti bomba dan polis di telefon bimbit anda.

12. Pasangkan alat pengesan kecurian di rumah (jika mampu)

13. Lampu porch dan belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik apabila waktu malam, baik semasa berada di rumah atau semasa bercuti.

14. Jika bercuti panjang, minta tolong pada jiran supaya mengambil surat-surat dari peti surat (peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah)

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis datang membuat rondaan yang kerap di kawasan rumah anda.

16. Kereta Proton adalah yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru, sekurang-kurangnya anda perlu kunci gear dan stereng sebelum tidur. (Sebenarnya masih boleh dicuri tetapi akan berjaya melambatkan pencuri)

17. Kalau ada anak perempuan, sebaik-baiknya pintu bilik dikunci dari dalam (ada pencuri yang mengambil peluang seksual) dan anda perlu ada kunci pendua (sekiranya berlaku kebakaran)

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki/baseball di bawah katil anda untuk mempertahankan diri dari pencuri yang bertindak ganas.

19. Jangan letak kunci di bawah pasu, dalam peti surat, alang pintu dan tepi tingkap (pencuri biasanya mengetahui taktik ini). Adalah lebih selamat jika berikan kunci kepada jiran atau orang yang kita kenal.

20. Kalau sewa rumah baru, pastikan anda tukar kunci baru (mungkin penyewa lama masih menyimpan kunci pendua)

Sumber Rujukan: PDRM


Banyak perkara baru aku dapat tahu di sini. Yelah selama ni tak pernah ambil port pun tentang cara nak elak/hadapi pencuri. InsyaAllah sama2 kita amalkan mana yang termampu dan mudah2an rumah kita tak menjadi sasaran pencuri/perompak.



Perampok berkaca mata! (Tapi bukan Budak Kacamata)

Thursday, May 13, 2010

Tag Pejabat

Minggu lepas aku telah ditag oleh sahabat karibku semasa di alam politeknik dulu iaitu Jue. Dalam tag itu, aku dikehendaki untuk menayangkan suasana tempat kerja aku (workstation) dalam bentuk entry bergambar.

So semalam aku gigih snappy sana sini sinun sekitar bilik aku untuk menjawab tag ini sebaik mungkin. Jom tengok!



Ok ni adalah pemandangan dari pintu masuk. Nampak tak bilik yang pintunya terbuka ada bendera Malaysia tu? Ar.. tulah bilik aku selaku PA kat ofis ni. Ehm.. tetamu masuk2 je terus nampak muka aku. Aku pulak tetamu masuk je terus nampak muka dorang. Muka kena sentiasa manis beb! (nasib baik memang manis 24jam) Ehek!



Ok dah sampai pun ke pintu bilik aku. Eh tadi pintu terbuka, apsal tutup pulak ni? Aku tutup sebab nak tunjuk korang gambar kat bawah ni.



Ha.. kalau tak nampak memang katarak glaukoma la mata korang. Punyalah bangga ada bilik sendiri, padahal PA cabuk je. Tapi korang perasan tak? Aku masih tak ubah lagi jawatan lama tu ke jawatan baru. Sepatutnya jawatan tu dah ditukar ke Setiausaha Pejabat. Ok2 pasni aku order kat supplier papan nama baru. *Eceh nampak tak bayang kegigihan aku mengambil gambar kat kaca pintu tu?



Ini adalah laluan terus ke ruang bekerja di belakang di mana ada cubicles untuk staf2 sokongan. Cubicles pegawai aku tak amik gambar sebab tak koser nak round 1 pejabat semata2 nak amik gambar masuk blog. Eh, lagipun tag ni kan hanya nak tengok workstation aku, bukannya workstation orang lain. Ha.. pegawai pun hanya duduk di cubicle tau, tapi aku.. ada bilik okeh! Bangga tak bangga?



Yang ni pulak adalah gambar ruang hadapan pejabat aku. Gambar ni diambil betul2 dari pintu bilik aku. Ada sofa & televisyen yang full package dengan ASTRO tapi bukan dapat tengok pun. Kadang2 aje waktu lunch break atau petang Jumaat yang hening, malas nak berpoya2 kat luar duduk sinilah ngadap tv.



Jom masuk bilik aku. Terjah! Inilah suasananya. Tak besar, tak kecik. Sederhana aje. Bolehlah memuatkan aku dan beberapa orang dok menebeng kat sini bila bos takde. Haha.. Bersepah kan bilik aku? Sila pura2 tak nampak :P



Ada 2 buah kerusi rotan untuk tetamu menunggu giliran untuk bertemu bos. Tapi jarang2 dorang duduk sini. Daripada dorang menunggu kat sini, baik dorang menunggu kat sofa hijau depan tv tadi. Selain daripada kerusinya empuk, dapat juga jamu2 mata sambil tengok ASTRO kan? Sebelah kerusi rotan ada rak buku yang dipenuhi dengan puluhan buletin2, majalah2 dan bahan2 penerbitan. Sebelah tu pulak kabinet besi 4 tingkat untuk isi bermacam khazanah termasuklah fail-fail sulit (bukan AF).



Ni pulak pandangan dari sudut berbeza. See my baju batik free tergantung elok di samping blazer yang free jugak. Ihsan kerajaan Malaysia, alhamdulillah.



Gambar ni pulak aku shoot dari kerusi kerja aku ni hah. Betul2 mengadap pintu kan? Agak2 kalau orang datang merompak, mesti aku yang kena dulu kan? Isk isk.. (sape nak merompak waktu2 keje?)



Inilah pc putih buruk besar gedabak kegunaan aku seharian. Tak tau zaman bila punya pc ni. Memang lembap serba serbi. Tapi macam aku pernah cerita dalam entry sebelum2 ni. Walaupun serba kekurangan tapi banyak jasanya.



Ok yang ni pulak adalah gambar pintu masuk ke bilik bos aku. Siapa nak masuk jumpa bos kena jumpa i dulu okeh. Takde pintu masuk lain. Nak taknak, kena tengok muka i jugak yang cantik lawa ni. Haha...



Lawa ke lawak?


Ok2 dahlah tu. Nak balik dah. Apa pun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya berjaya jugak jawab tag nih. 1st time jawab tag bergambar tau! Jue, sila kagum dengan akak. So sekarang korang dah tahulah tempat bekerja aku kan. Tempat aku selalu ngomel2 kat meebo, tempat aku selalu kena tegur dengan bos sebab tak siapkan kerja (erk!) dan di sinilah tempat aku mencari rezeki selama ni.

Aku harap pas bersalin nanti dapat tempat kerja baru, korang doa2kan ek!

*Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Gantikan perkataan 'bermain' tu dengan 'bekerja'. Huhu..

Kerusi dan Meja Kesukaan Izz

Masa kami berkunjung ke rumah Kak Ngah beberapa minggu lepas, Izz memang tak sudah2 main benda ni. Duduk berejam2 pun tak kisah. Bagi apa2 mainan pun takpe. Leka! Yang penting dapat goyang2 kaki duduk atas kerusi budak2 ni. Erm tergerak pulak hati nak belikan Izz kerusi & meja macam ni.



"Mak, Izz suka sangat dengan kerusi dan meja ni. Belilah mak... Boleh Izz belajar dengan adik nanti"

Yolah tu! Mula2 dia excited duduk2, goyang2 kaki, main apa2 mainan yang kita bagi. Lebih sejam jugak dia leka. Pastu.. korang tau2 jelah budak lelaki kan. Dia panjatnya kerusi tu, berdiri macam hero pastu cuba2 panjat meja pulak. Dah berdiri atas kerusi tu mulala goyang2 badan. Apa ingat Inul ke nak goyang2? *Gambar berdiri atas kerusi takde sebab tak sesuai untuk tontonan umum kanak-kanak. Haha..

Rasa2 macam nak beli lah set kerusi & meja macam ni. Apatah lagi bila Izz selalu kacau Ayah Yang dia mengajar tuisyen tiap2 malam. Hem.. hari tu dah jenguk kat Tesco tapi tak menepati piawaian aku lah. Kat mana lagi boleh cari ye? Dekat IKEA takde meja tulis ABC camni kan? Sekadar plain macam tak best pulak. Eh eh, sape nak guna meja ni sebenarnya? Mak Izz ke Izz?

*Masa try kerusi & meja macam ni di Tesco tempoh hari, Izz jatuh terlungkup gara2 excited mencuba. Suara meraung bergema 1 Tesco. Sabor jelah!

Wednesday, May 12, 2010

Batik Free



Batik free ni bukan untuk korang tapi untuk aku :) Best kan keje gomen, dapat batik free tiap2 tahun. Sutera ori tau from Noor Arfa Batek. Tailor lak upah Nusy's Clothier dari Medan Mara. Agak2 korang, aku muat tak pakai batik ni pas bersalin nanti?

*Harap2 muatla...

Aktiviti Terjun Tiruk

Seperti dijanjikan, entry kali ni adalah entry bergambar yang dah berkurun lama terpendam. Aktiviti berenang-renang ke tepian ni adalah aktiviti terjun tiruk kali ke-2 di swimming pool apartment Kak Ngah ku di Green Valley, Rawang. Aktiviti kali pertama aku tak update dalam blog ni tapi ada dalam blog abah Izz. Sila klik untuk baca cerita.

Pagi2 lagi agak2 air klorin swimming pool tu dah kureng, abah Izz tak sabar2 nak terjun tiruk. Kunun2 nak bawak Izz main air tapi korang pun faham2 jelah kan siapa yang lebih over? Jom tengok gambar!


Izz muka takut2 main air. Cuba tengok mata abah Izz. Over kan? Excited sungguh splashing2 air dengan kaki.



Kak Long Dian pulak enterprem. Haha.. mula2 takut duduk kat tangga je. Lepas mummy dia datang. Huargh... terus berani terjun dalam pool. Teror sungguh! Mak Teh dia pun tak beranik. Takottttt!...




Izz dan muka seriusnya. Eleh, mandi kolam pun nak serius. Menyampah! (Abah masih excited menunjuk skill renang)



Woho.. sudah2lah tu. Takkan tak puas mandi lagi. Tengok sape tu abah & Izz?



Oh.. tengok Mak Ngah, Kak Long Dian & Ammar ye. Dorang pun tengah siap2 nak keluar dari pool tu.



Ok, Ammar dah keluar. So.. masing2 selamat kembali ke rumah ye. Mandi dan salin baju. Lain kali kita terjun tiruk lagi :P

Dulu masa kecik2 Izz cukup suka mandi kat swimming pool. Terkekeh2 ketawa. Tapi sejak genap setahun ni dia macam takut2 pulak. Seriau2 je nak cecah kaki dalam air. Muka pun tak enjoy. Tapi kalau mandi dalam bilik air, bukan main lagi suka!

*Anak mak dah pandai takot ye?

Tuesday, May 11, 2010

Checkup 34 Minggu

Fuh~ Lama sungguh tak update blog. Kebizian melanda di samping kekangan waktu untuk curi2 menggunakan komputer orang lain untuk mengupdate blog. Seperti yang aku beritahu sebelum ni, komputer putih besar gedabak kegunaan aku di pejabat selama ni dah lama tak boleh guna untuk update blog. Tu pasal terpaksa curi2 guna komputer orang lain. Bukan senang nak dapat peluang, jadi this time ada sedikit waktu terluang, aku lenjan abis2an :)

Beberapa minggu puasa menulis, banyak benda dah bertakung dalam kepala otak ni nak kongsi cerita. Dari kesah terjun tiruk swimming pool rumah Kak Ngah hinggalah ke majlis sambutan Mother's Day semalam. Wah.. macam hebat2 je. Nak update cerita bergambar, memory card aku tak bawak pulak. Esok lusa jelah. Sekarang meh baca cerita tak bergambar dulu. Heheh!

Pagi tadi pergi checkup 34 minggu di klinik DBKL. Wah dah 34 minggu ko! Diam tak diam je (nampak sangat tipu, padahal memang hari2 menanti saat 38 minggu) Hari ni adalah checkup yang paling menggumbirakan. Pasal apa tau? Pasal.. sepatutnya appointment aku pukul 7.30 pagi. Tapi entah kenapa pagi tadi aku macam malas sangat nak bersiap cepat2. Semua aku buat lembap2 (ke.. memang aku lembap?) Gosok baju lembap, berus gigi lembap, bancuh susu Izz lembap, pendek kata sume lembaplah. Agaknya sebab dah tahu nak pergi checkup so tak payah nak kejar waktu punch card kan.

Sampai klinik je dah pukul 8 pagi. Cuak jugak takut nurse marah. Masa aku letak buku pink tu dalam bakul 7.30AM nurse tu cakap "Kenapa datang lambat?..." Tapi nada suara dia tu very slow. Sebab slow sangat suara dia, aku pura2 tak dengar. Haha.. tak koser nak menjawab. Terus aku cari kerusi & duduk. Fuh, lega! Pastu rutin biasa la. Timbang berat. Ya Rabbi.. berat aku naik 3kg dalam masa 2 minggu! Erk takutnye kena marah dengan nurse. Suspen2. Urine ok, tekanan darah 120/70 ok gak. So tunggu nurse panggil untuk check perut. Tunggu tak sampai 10 min, nurse dah panggil. Wah, i loike.. Dah check perut tunggu kat luar jap. Dalam 10 min camtu, nurse panggil masuk dalam untuk consult. Wow... bestnya. Tak payah tunggu lama2. Tak payah tersengguk2 menahan ngantuk.

Brok brek brok brek (nurse nasihat macam2, nasib baik tak marah pasal berat badan naik mendadak tu), next checkup aku 25 Mei nanti. Aku harap time tu adalah checkup yang terakhir sebelum aku bersalin. Cepatlah bersalin, malas dah nak ulang alik klinik 2 minggu sekali. Penat! (Penat merangkumi jalan kaki dari rumah ke perhentian teksi, berdiri tunggu teksi dan jalan kaki dari perhentian teksi ke klinik) Dan bertambah penat lagi bila settle checkup, kena jalan kaki lagi dari klinik ke stesen LRT Bdr Tun Razak, tunggu LRT, berdiri lagi dalam LRT selama 20 min (sebab takde warga Malaysia prihatin nak bagi ibu mengandung macam aku ni duduk), then jalan kaki lagi dari stesen LRT Sultan Ismail ke pejabat (lintas jejantas melengkung yang macam .....) naik lif ke tingkat 12 kemudian baru sampai ofis. Phewwww! Penat weh... :( Apepun, tadi pukul 9.45 pagi aku dah selamat sampai di ofis. Yeay.. tak perlu buang masa! Acik sukerrrr!

Ok kat sini nak share sedikit tips dari nurse masa checkup tadi. Antara perkara baru yang dia ajar aku:

1) Makan vitamin zat besi tu selepas 2 jam perut kosong. Tujuan: Tak ingat pulak :) Tapi vitamin2 lain tu boleh makan macam biasa selepas waktu makan.
2) Jangan makan vitamin2 tu sesudah minum susu. Sebab vitamin ni kalau makan dengan susu, nanti vitamin tu tak berkesan. Make sure makan vitamin tu setengah jam selepas minum susu.

Aku baru tahu info ni. Korang tau tak? Sebarang fakta lanjut, layarilah internet ek. Cari maklumat sendiri. Hahaha.. aku pun takde masa a.k.a pemaleh nak check tepat ke tak fakta yang nurse beritahu aku tu. Anggap jelah tepat ek. K lah, nanti cerita ceriti lagi pasal hal ehwal aku sepanjang 2 minggu puasa blog nih. Nak sambung kerja, da..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!