Wednesday, October 12, 2011

Samb: Langkawi Trip 2011

Assalamualaikum semua :)

Wah.. nampaknya begitu ramai sekali yang prihatin dengan Wordless Wednesday aku hari ni. Betul gak tu, kalo pak polisi nampak mesti kena soal-siasat kan? Bukan per, keselamatan tu yang penting. Walaupun ramai juga yang naik motor bertiga (terutama parents yang jemput anak2 balik sekolah dengan motor) tapi kanak2 tu kecil aje saiznya. Kalau dah saiz bear tu lagi besar dari saiz orang, ekekek... pepaham jelah. Hopefully adik tu selamat sampai ke rumah dengan abah dan bear pinknya :)

Hah ingat tak lagi entry Langkawi Trip 2011 aku sebelum ni? Sila refresh memory anda dengan mengimbas kembali entry tersebut. Sebabnya entry kali ni adalah sambungan entry hari tu. Sebelum cerita dan gambar menjadi tukun tiruan, meh nak share kat blog ni walaupun korang tak mintak (aku pedulik haper) Muehehe...

Sambungan cerita:

Selepas bebudak menikmati keindahan pantai tanpa ibunya, malam tu kami keluar mencari sesuap nasik (confirmla bukan sesuap kan). Plan asal nak makan sedap2 maklumlah malam terakhir sebelum berpuasa keesokan harinya (ye tak tipu. Esoknya tu adalah 1 Ramadhan ok), tetapi... plan berubah menjadi beli makanan tapau sahaja. Sebabnya abah Izz diserang sakit kepala melampau. Drive pun mata dah berpinar2. Alamatnya terpaksalah makan malam di  bilik hotel sajer (sedeyyyy). Takpelah...

Hari ke-2

Yay... walaupun berpuasa, percutian tetap diteruskan.  Seawal pagi, abah bebudak membawa budak2 ke pantai sementara aku bersiap2. Wah macam datin sangat, bersiap tanpa gangguan gituk. Apa la aktiviti budak2 dan bapak budak ni kat pantai ek?


 Sempat bercamwhore ye?


 Pasukan kuda belang :)

Oh ni kerja korang ye. Saborrrr jelah Pak Jabit!

Balik dari pantai, abah bawak bebudak keliling hotel.


 Dua beradik. Kadang baik, kadang gaduh. Biasaler.

Nampak Izz dah  besar kan? Hasanah ragu2 nak langkah lantai astaka tu.

Ok mak dah siap. Jom naik kereta kita pergi jalan2.

Perjalanan diteruskan ke destinasi pertama untuk hari kedua iaitu ke Taman Lagenda, Langkawi. Tapi kami tak masuk dalam taman pun sebab tak larat nak dukung Hasanah (malas nak keluarkan stroller). Ambil gambar tepi laut jelah k. Cuaca adalah sangat baik dan tenang. Pohon nyiur melambai2.. angin bertiup sepoi2 bahasa (tipu. Sebenarnya tiupan angin adalah sangat kuat ok!) Nasib baik tak melayang :B

 Subhanallah!

 Cantik kannnnsss?

Beautiful view

 Beautiful people *ops!

 Anak dara dan mak dara di bawah pokok kelapak

3 little teddies (yg baju hijo tu little kerrr?)

Kemudian ke destinasi seterusnya, mercu tanda Langkawi. Sape dapat teka dia terror :)

 Ok dah sampai

 Keterujaan yang melampau!

 Singgah sebentar berphotogrup. Abang Izz tak reti duduk diam :( 
*kasi chance la kat uncle belakang tu enterframe

Mercu tanda Langkawi ^___^

 Photogrup again. Jauh sangat kan? Tak suker tak suker :(

Korang tengok Hasanah. Macam tak ikhlas je amik gambar dengan aku T..T

 Menjulang sebelah tangan. Hebat mak ko nak! ^___^

 Hahahak! Korang dapat bayangkan tak kepenatan kami?

 Nak kasi budak2 ni hepi semula, celup2 tangan dalam air. Sekali dia nak kaut masuk mulut aishhhhhhhh...

 Teruskan perjalanan dengan hati yang riang

Thanks abah merancang percutian surprise ini :) *muka lebor pun sanggup tayang janji hati hepi :p

Kejap hepi, kejap menyinga. Kejap memuji, kejap merungut. Lenguh tangan mendukung oi...

 Hasanah masih bad mood

 Ok kena dukung macam ni baru ceria sikit. Abah pulak yang kepenatan.

 Mak kewl aje hahahak! (yolah tu)

 Nampak sangat ambil gambar paksa. Kesian Izz :)

Bukan kat rumah je memunggah, kat Dataran Lang pun masih sempat mengebek segala macam benda. Saborrrrr....

 Bajet comel. Teknik photography kata abah Izz.

Mak pun nak jugakkkk. Hasanah apsal jelir lidah?

Selesai berjimba di Dataran Lang kami teruskan perjalanan ke shopping mall di Pekah Kuah (lupa dah namanya). Ada la beli barang2 sikit. Eh macam dah banyak sangat aku cerita dalam entry ni. Nanti korang tak sempat baca betul2 pulak (penting kerrrrrrrrrrrrrr?) ^_________^

So... bersambung lagi lah ye. Hikhik... (gelak ngengada) Bye :B


Wordless Wednesday #5 : Bear Pun Nak Naik Motor Jugak :)



Tuesday, October 11, 2011

Betul Ke?


Got this from my fren's FB status. Banyak gak eyh? (tapi bersiap sedia la untuk pencen pada usia 60thn kalau panjang umur) Gittew!

*Eh eh pendek je kan entry ni. Walaupun pendek tetapi .... (1000 makna bagi kakitangan awam macam i) ^__^


Dasar Peniru



Hasanah tengah sedap main bead roller coaster tu sorang2. Tetiba Abang Izz datang mengacau. Riuh-rendah mulut si kecik tu marah2. Izz buat muka monyok lepas aku tegur dia.

Izz jenis sentap. Cepat betul merajuk bila ditegur. Tengok, merajuk sampai letak kepala atas meja tunjuk protes. Hasanah menceceh, konon2 dia betul abang salah. Pastu aku pujuk Izz, kejap je dah ok then dia pergi main benda lain.

Tiba-tiba Hasanah pergi dekat meja dan buat macam ni. Hikhik.. DASAR PENIRU!!!


"Kanak-kanak memang mudah meniru perbuatan orang lain. Jadi sebagai orang dewasa kita haruslah menunjuk contoh teladan yang baik kepada mereka jika mahu mereka menjadi insan yang berakhlak mulia. Contohilah akhlak Rasulullah, insan yang memiliki sebaik2 akhlak :)"

Monday, October 10, 2011

Kami Akan Berpindah

Salam semua, amacam seronok ke bercuti 2 hari? Rasa nak aje sambung cuti lagi hari ni. Entah mengapa akhir-akhir ni otot2 pejal belakang betis sering sakit-sakit. Nak kata pakai high heel, idok pun. Nak kata berjalan jauh, everyday jalan ikut route yang sama jer. Nak kata badan semakin sasa, ehem.. ehem.. berat tang tu jugak (tak turun2, naik sekali-sekala). Aku rasa faktor pemakanan la. Mungkin aku makan makanan yang berangin, tu pasal ada angin2 tersembunyi di celah2 otot (teori ampes aku, sila jangan kutuk) Sakit woooooooo....... Rasa macam nak mintak tolong makcik Indon (cleaner) kat ofis ni tolong urutkan, bayarlah upah sikit kan? Tak tahan dah ni. Tapi malu la pulakkkkk :)

Korang.. tadi surat jadual perpindahan dah sampai. Kalau panjang umur murah rezeki, takde aral melintang-pukang bahagian kami (BMKK) akan pindah 29 Oktober ni. Pindah ke Putrajaya lah... aku malas nak pikir panjang lebar pasal benda nih. Kalau difikir2, dicongak2 (kos ulang-alik dan penat badan) alamatnye memang stress. Tak payah pikir negatif, positifkan jelah minda ni. Sekurang2nya dah pindah ke Putrajaya nanti, dapatla merasa duduk ofis baru, kerusi meja baru, karpet baru, tandas baru, pendek kata serba-serbi barulah.

Bila memikir part yang baru2 tu lah hati syokkkkk je. Duit dan masa terbuang untuk kenderaan awam pasni tak kesah dah. Kata mencari rezeki yang halal. Dulu Allah dah bagi senang, sekarang merasala Allah bagi susah pulak. Kita sebagai hamba kenalah selalu bersyukur. At least ada kerja kannnnnnnnnnnsssssss??? Part 2nd yang best tentu2lah sudah berdekatan dengan adik2 seperguruan yang dah berzaman mastautin di Putrajaya tu. Mula la tangan menggatal aje nak mendail nombor adik2 semua, temankan akak mengukur jalan di Alamanda. Hihihi... 

K lah, kerja banyak nak cerita panjang lebar tak sempat. Akhir kata sudilah menatap wajah ofis baru saya yang akan didiami oleh kami dalam tempoh masa kurang sebulan lagi.


 Lot 4G9

 Night view

Kafe kah??? Tanteknyerrrr :)


Ok nanti aku bebel lagi pasal perpindahan ni. Kerja didahulukan, hasil diutamakan (ha'ah sukati aku jer) Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!